Adegan seks dalam THE HUNTER

Posted by TUPAI

Bjarne Wong
Sebelum menghasilkan filem sulung berbahasa Melayu, "Sayang You Can Dance" pada tahun 2009, Bjarne Wong pernah mengarahkan filem "The Legend Of The Red Curse" (2005) dan "Possessed" (2006) terlebih dahulu. Kini pengarah yang bakal menginjak usia 40 tahun ini pula akan muncul dengan filem seram dalam bentuk 3D yang pertama kali dilakukan di Malaysia.

Bercakap ketika majlis pelancaran filem ini yang diadakan di Shenzhen, China pada awal Mac lalu, Bjarne memberitahu filem yang bakal menelan kos sebanyak RM6 juta ini akan mempunyai sekurang-kurangnya satu adegan seks antara pelakon utama, Isaac Ong dan Tavani Hu. 

Barisan pelakon "The Hunter"

Walaubagaimanapun tambah pengarah berasal dari Sarawak ini, penonton yang berada di negara di mana penduduknya berfikiran konservatif mungkin tidak akan melihat adegan tersebut langsung kerana berkemungkinan besar akan dipotong daripada filem itu.

"The Hunter" yang bakal memulakan penggambaran pada Jun nanti dijangka akan diedarkan di beberapa buah negara di Asia seperti Malaysia, Hong Kong, Singapura, Indonesia, India dan Filipina.

Selain daripada Isaac dan Tavina, filem ini turut dilakonkan oleh model Carmen Soo, Sharifah Amani, Cindy Chen, Smythe Wong, Koe Yeet dan Lou Qi.

Tavina Hu dan Isaac Wong

Tavina Hu mencuri perhatian ramai apabila membuat pose seksi dan mengghairahkan ketika majlis pelancaran filem ini di Shenzhen, China.

, , , , , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook