Yovie & Nuno sebuah band yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dianggotai oleh empat jejaka iaitu Yovie Widianto selaku ketua (Komposer, Produser, Pengarah Muzik, Acoustic & Electric Piano, Keyboard), Dudi Oris (Vokal), Diat, (Guitar) dan Dikta (Vokal). Kumpulan yang berasal dari Indonesia ini telah ditubuhkan pada tahun 2001. Semenjak itu, nama Yovie & Nuno semakin dikenali ramai. Bersempena dengan kemunculan album ke 7 mereka iaitu "Winning 11". Sebagai menghargai para peminat mereka di Malaysia , mereka telah mengadakan sesi ramah mesra dan Showcase bersama Yovie & Nuno pada 25 Mac 2011 di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.
Sinlge pertama "Menjaga Hati" dari album "The Special One" telah berjaya menaikkan nama dan populariti Yovie & Nuno di Malaysia. Populariti lagu ’Menjaga Hati’ turut mendorong kejayaan Yovie & Nuno secara digital apabila muat turun nada dering untuk lagu tersebut telah mencecah 1.5 juta muat turun di Malaysia. Single kedua "Dia Milikku" telah dijadikan lagu tema untuk sinetron "Cinta Kirana" yang ditayangkan di Astro Ria pada tahun lepas.
Melalui album "The Special One" yang dipasarkan pada tahun 2008, Yovie & Nuno telah meraih berbagai kejayaan. Mereka juga memenangi pelbagai anugerah seperti "Anugerah Most Favourite Artist Indonesia", "MTV Asia Awards 2008", "Anugerah Most Favourite Artist Group/Band or Duo - MTV Indonesia Awards 2008", "Album Terbaik - Album The Special One - AMI Awards 2009", "Duo / Kumpulan Terbaik 2009 – Anugerah Planet Muzik", "Artis Paling Popular Indonesia 2009 – Anugerah Planet Muzik" dan banyak lagi.
Dalam album "Winning 11" ini mengandungi 11 lagu baru terbaik dari Yovie Widianto. Antara lagu yang mendapat sambutan hangat adalah Manusia Biasa (Cinta Luar Biasa/CLB). Lagu lain adalah Tak Setampan Romeo, Sampai Akhir Waktu, Merindu Lagi, Malam Mingguku, Pada Hari Ini, Pertama, Mengejar Mimpi, Cerita Untuk Dunia, Indahnya Berdua dan Manis.
| Yovie Widianto selaku penggerak kepada kumpulan Yovie & Nuno |
Dikta (Vokal). Anggota yang palin muda dalam Yovie & Nuno |
| Dudi Oris (Vokal). Dudi memiliki vokal yang cukup bagus dan mantap |
| Dudi bersama Diat selaku pemain Guitar dalam kumpulan Yovie & Nuno |

