Wan Raja: Saya Tidak Takut

Posted by TUPAI

 Walaupun masih baru dalam dunia lakonan,  bagi pemilik nama sebenar Saiful Redzuan Abu Bakar atau lebih dikenali dengan panggilan Wan Raja, dia sendiri sememangnya tidak pernah menyangka terpilih untuk memegang salah satu watak utama iaitu sebagai Ghaus dalam filem yang penuh kontroversi ini. Menurut pelakon kelahiran Pulau Pinang itu, asalnya dia sekadar menemani seorang rakan yang menghadiri sesi uji bakat mencari watak utama filem ...Dalam Botol yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

"Masa itu saya memang tiada niat langsung untuk terbabit dalam sesi uji bakat tersebut, saya hanya menemani kawan saya sahaja. "Kemudian apabila Raja Azmi lalu di hadapan saya, terus dia bertanya sama ada saya berminat untuk turut menyertainya. Tanpa berfikir panjang, saya terus bersetuju dan akhirnya berjaya pada sesi uji bakat tersebut," jelasnya.

Walaupun berjaya semasa uji bakat, sebaliknya dia terpaksa bersaing dengan dua orang lagi aktor popular iaitu Norman Hakim dan Fauzi Nawawi di peringkat akhir. "Bayangkan pada masa itu saya terpaksa bersaing dengan dua orang lagi pelakon yang sangat popular. "Saya tidak terlalu meletakkan harapan yang tinggi untuk menjadi pilihan ramai. Namun mungkin sudah menjadi rezeki saya, akhirnya saya berjaya memegang watak tersebut," ceritanya.  "Sebagai pelakon baru saya rasa tidak layak untuk memegang watak Ghaus ini kerana ia merupakan satu watak yang berat dan penuh emosi", ketika ditemui di pejabat Cinema Online dan Tupai pagi semalam. Biarpun perasaan seronoknya ketika itu sukar untuk digambarkan, tetapi dia merasa agak tertekan kerana menyedari tanggungjawab yang begitu besar untuk membalas kepercayaan yang diberikan oleh peminat serta penerbit yang telah memilihnya.

Bila ditanya sama ada dia sudah bersedia dengan pandangan orang ramai terhadap watak yang dibawanya, Wan Raja membalas, "Sebenarnya sudah lama saya bersedia. Saya hanya perlu hadapinya dengan tenang, matang dan sebaik mungkin. Dari mula lagi sampai ke hari ini ramai orang bertanya kepada saya, sama ada saya gay atau tidak,". ujarnya memberitahu bahawa dirinya adalah normal.

Sempat juga Tupai bertanya tentang perasaannya apabila melakonkan babak dimana Wan Raja hanya memakai seluar dalam. "Terus terang saya katakan saya takut dan tidak selesa tapi bila mula penggambaran saya rasa sudah tanggujawab saya untuk melakonkan babak tersebut dengan sebaik mungkin. Sama ada suka atau tidak, saya kena buat sebab saya fikir inilah cara penerbit untuk berdakwah  tapi caranya berbeza dengan memberikan visual kepada penonton. Selagi dialognya tidak menduakan ALLAH, saya akan melakukannya. Ujarnya diakhir perbualan. 

...Dalam Botol akan berada di pawagam pada 24 Mar 2011.

, , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook