Aktres terkenal Reese Witherspoon menjadi seorang pengantin baru sekali lagi apabila beliau berkahwin dengan teman lelakinya, Jim Toth pada Sabtu lalu. Upacara perkahwinan tersebut diadakan secara peribadi di rumah Witherspoon di Ojai, California, Amerika Syarikat.
Dipetik daripada majalah People, seramai 120 orang tetamu termasuk selebriti terkenal seperti Renee Zellweger, Tobey Maguire, Salma Hayek, Robert Downey Jr., Alyssa Milano dan Scarlett Johansson yang hadir bersama Sean Penn. Kedua-dua anak Witherspoon bersama bekas suami, Ryan Phillippe, Ava dan Deacon turut menyertai ibu mereka pada hari upacara tersebut.


