Peraduan CUN

Posted by TUPAI



MENANGI PAS FILEM "CUN"!

"Cun" menyaksikan pengarah Osman Ali serta pelakon Maya Karin dan Remy Ishak bekerjasama sekali lagi sejak bergandingan melalui filem "Anak Halal" pada tahun 2007. Filem bergenre komedi romantik ini mengisahkan seorang pengacara televisyen terkenal, Luna (Maya Karin) mengetahui teman lelakinya mempunyai hubungan asmara dengan wanita lain. Dek kerana terdesak dan sedih dengan berita tersebut, Luna membawa dirinya ke sebuah kampung terpencil. Di sana, Luna bertemu dengan hero kampung, Atan (Remy Ishak) dan mula menyukai kehidupan di kampung tersebut.

"Cun" dibarisi pelakon Maya Karin, Remy Ishak, Ning Baizura, Kartina Aziz, Faezah Elai, Mislina Mustafa, Jehan Miskin, Marsha Londoh, Nadia Nisaa dan ramai lagi!

Saksikan "Cun" di pawagam bermula 31 Mac 2011!


HADIAH ISTIMEWA X 50
Dua pas filem "Cun"

Untuk memenangi dua pas filem "Cun", anda hanya perlu menjawab dua (2) soalan dan lengkapkan slogan di bawah. Penyertaan dengan jawapan tepat, slogan terbaik serta butiran peribadi lengkap (nama, nombor telefon dan nombor kad pengenalan) akan dipilih sebagai pemenang.

SOALAN
1. Sebelum ini, pelakon Maya Karin dan Remy Ishak pernah bekerja di bawah arahan Osman Ali untuk sebuah filem pada 2007. Namakan filem tersebut.
a) Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
b) Anak Halal
c) Hantu Kak Limah Balik Rumah

2. Apakah genre filem "Cun"?
a) Drama Aksi
b) Animasi
c) Komedi Romantik

SLOGAN
Pasangan manakah yang menjadi pilihan anda dalam sesebuah filem dan mengapa? (Tidak melebihi 20 patah perkataan)

PENYERTAAN
Untuk menyertai peraduan ini, pembaca TUPAI hanya perlu menghantar e-mel dengan meletakkan CUN pas sebagai subjek e-mel. Lengkapkan penyertaan anda dengan nama, nombor telefon, nombor kad pengenalan serta jawapan dan slogan di atas. Hantarkan e-mel anda ke peraduan@tupai.com.my

NOTA
•   Peraduan akan berakhir pada 28 Mac 2011 jam 11.59 malam.
•   Senarai nama pemenang akan disiarkan di laman web
www.tupai.com.my pada 29 Mac 2011.
• Notis pemenang hanya dibuat melalui laman web. Sila layari portal hiburan terkini anda www.tupai.com.my 
untuk mengetahui anda adalah pemenang peraduan ini. 


, , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook