Hailee Steinfeld sebagai Puteri Aurora

Posted by TUPAI

Pelakon Hailee Steinfeld mungkin kehilangan peranan dalam filem "The Hunger Games" kepada pelakon Jennifer Lawrence. Walaupun begitu, pelakon yang membintangi filem "True Grit" ini, telah terpilih untuk melakonkan salah satu watak puteri yang paling popular di layar perak dalam filem "Sleeping Beauty", Kata AceShowBiz. 

Lindsay Devlin dipertanggungjawabkan untuk menulis skrip bagi filem ini. Di fahamkan untuk filem "Sleeping Beauty" kali ini, ia akan memberi fokus tentang Puteri Aurora daripada memberi fokus kepada adegan ciuman sang putera yang terdapat dalam cerita asal terbitan Disney.

Steinfeld yang memegang watak sebagai Matte Ross dalam filem "True Grit" pada tahun 2010, telah mendapat pelbagai kejayaan dan penghargaan sepanjang kerjayanya sebagai seorang pelakon termasuk "2010 Young Artist Award for Best Performance in a Feature Film (Leading Young Actress)" dan "2010 Broadcast Film Critics Association Award for Best Young Performer".
Gadis yang berusia 14 tahun ini, memulakan kerjaya lakonannya pada seawal usia lapan tahun. Steinfeld juga tercalon dalam 83rd Annual Academy Awards bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Dia dijadualkan akan membintangi sebuah filem yang diadaptasi dari novel yang berjudul "Forgotten".

Sementara itu, sumber dari laman sesawang hiburan juga melaporkan bahawa pihak Disney sedang dalam usaha untuk membikin satu lagi projek "Sleeping Beauty" yang berjudul "Maleficent". Projek itu akan diterajui oleh pengarah filem "Alice In Wonderland" iaitu Tim Burton dan skripnya ditulis oleh  Linda Woolverton. Untuk kelainan dalam filem ini, ia akan menceritakan tentang asal usul "Sleeping Beauty" dan akan memberi fokus kepada watak penyihir itu sendiri. Pelakon filem "The Tourist" Angelina Jolie, dijangka akan memegang salah satu  peranan dalam filem ini.  

Hailee ketika menghadiri Anugerah Oscar 

, , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook