Alahai ... DALAM BOTOL

Posted by TUPAI


BINTANG 
Keseluruhan: 2
Plot: 1.5
Lakonan: 2
Efek Khas: 1.5
Sinematografi: 1.5

Tonton filem ini jika anda suka: "Brokeback Mountain", "2 Alam", "Tiresia"

Diadaptasi daripada kisah benar, "...Dalam Botol" sebuah filem bergenre drama mengisahkan satu pasangan cinta sejenis, Rubidin (Arja Lee) dan Ghaus (Wan Raja). Demi cinta, Rubidin sanggup menjalani pembedahan jantina  lalu menukar identitinya menjadi Ruby. Walaubagaimanapun Ghaus tidak menyukainya dan bertindak meninggalkan Ruby. Oleh kerana wasiat ayah, Ruby pulang ke kampung dan kembali menjadi Rubidin. Tanpa diduga, gadis bernama Dina (Diana Danielle) datang menghiasi hidup Rubidin. Mereka bahagia sebagai pasangan normal dan membuat keputusan berkahwin tanpa Dina tahu keadaan sebenar Rubidin.
Filem yang pada mulanya diberi tajuk "Anu Dalam Botol" telah banyak mencipta kontroversi sejak mula lagi. Ini kerana ia membicarakan dunia homoseksual yang sememangnya satu topik yang agak taboo terutama sekali di Malaysia yang masih lagi mengekalkan nilai-nilai ketimuran. Bagi penerbit Raja Azmi, penghasilan filem ini bukanlah satu kerja yang mudah kerana terpaksa ditapis oleh pelbagai pihak agar bersesuaian dengan penonton di sini.

Jalan cerita yang dipersembahkan agak kelam-kabut serta mengelirukan dan suntingan tidak kemas sedikit sebanyak mengganggu perhatian ketika menonton filem ini. Ia sekaligus membuatkan penonton tertanya-tanya apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh Khir Rahman yang merupakan seorang pelakon dan pengarah berpengalaman walaupun "... Dalam Botol" adalah filem pertama arahan beliau. Selain  pergerakan kamera yang tidak begitu stabil dan bergoyang menganggu para penonton untuk menyelami jalan cerita tersebut.

Dari segi lakonan pula, persembahan lakonan pelakon baru Arja Lee agak mengecewakan kerana gagal menyampaikan wataknya dengan baik. Mimik muka yang kosong bagaikan tidak berperasaan membuatkan wataknya tidak berjaya disampaikan kepada penonton. Mungkin Arja perlu banyak belajar sebelum ditawarkan watak berat sebegini agar kerjaya beliau tidak dikatakan hanya berpegang kepada rupa yang kacak sahaja. Pujian harus diberikan kepada pelakon veteran Ogy Ahmad Daud dan juga pelakon "Magika" (2010), Diana Danielle kerana menampilkan lakonan yang memberi impak kepada filem ini. Babak akhir antara Ogy dan Diana adalah satu-satunya babak yang  dikatakan menghidupkan filem ini.

Penggunaan muzik  latar yang tidak sesuai juga memberi kesan yang ketara. Apakah patut jika babak kenduri kahwin, muzik latarnya pula berentak rancak ala-ala muzik rock. Mungkin babak tersebut adalah babak kemuncak atau klimaks kepada filem tersebut. Namun dengan penggunaan muzik sedemikian sangatlah tidak sesuai.

Ada beberapa syot stastik yang ditampilkan seolah-olah mengikut gaya filem arahan Allahyarham Yasmin Ahmad yang membawa maksud tersendiri. Malangnya Khir seolah-olah gagal menyampaikan maksud di sebalik syot sedemikian dan akhirnya ia kelihatan bosan.

Dimanakah silapnya sehingga muncul pelbagai 'masalah' dalam filem yang telah mencuri perhatian orang ramai dengan kontroversi melanda sejak awal pembikinan lagi? Adakah kerana telalu banyak babak yang telah dipotong untuk menepati 'ciri-ciri' agar sesuai untuk tontonan penonton tempatan? Atau pengarah dan penerbit kekurangan idea dan hanya sekadar ingin memeriahkan lagi industri filem tanah air? Sayang sekali kerana dengan perhatian dan idea filem yang berbeza tersebut seolah-olah memberi harapan baru kepada industri filem tempatan.

Walaubagaimanapun, tahniah buat filem "…Dalam Botol" kerana mendapat perhatian dan sudah pun diiktiraf oleh pihak Library of Congress, Washington D.C yang mereka meminta salinan filem ini untuk simpanan di sana.

, , , , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook