 |
| Shajiry sebagai Azlan |
Teater "Terima Kasih Cinta" (TKC) telah diadaptasi daripada filem 'Cinta' arahan Kabir Bhatia pada tahun 2008. Dari layar perak di Malaysia dan kemudian Indonesia, ia kini dipentaskan dalam bentuk teater muzikal dengan barisan pelakon yang penuh berbakat.
TKC telah pun dipentaskan di Istana Budaya bermula 19 Februari hingga 6 Mac 2011 ini boleh dikatakan sebagai pementasan broadway tempatan yang menyajikan 21 buah lagu lama yang membangkitkan kenangan cinta. Muzikal TKC masih mengekalkan jalan cerita yang sama iaitu menceritakan tentang lima kisah cinta yang berbeza, tetapi semuanya berkait antara satu sama lain mendapat sentuhan dari pengarah dan koreografer yang tidak asing lagi iaitu Pat Ibrahim. Pat Ibrahim sememangnya terkenal dengan hasil kerjanya dalam pementasan 'Puteri Gunung Ledang', 'P.Ramlee The Musical', 'Cuci The Musical' dan 'Konsert Satu Datuk Siti Nurhaliza'.
Antara pelakon yang membintangi muzikal ini ialah Latif Ibrahim, Safura, Tony Eusoff, Norish Karman, Vince Chong, Nadia Aqilah, Shajiry Damery, Farahdhiya, Deja Moss, Anding dan Diddy Hirdy.
Selain itu, Latif Ibrahim yang turut dilihat sebagai tonggak utama kekuatan pada pementasan ini. Terbukti ketika suara penyanyi malar segar ini berkumandang cukup memukau penonton saat memdendangkan lagu "Permata Untuk Isteri" nyanyian asal Kopratasa. Bergandingan bersama Safura yang diakui memiliki vokal dan lakonan yang mantap, pasangan ini berjaya menonjolkan keserasian dan penonton dapat merasakan cinta dan emosi yang bergelodak dalam jiwa mereka berdua.
Kesemua lagu yang dialunkan pada pementasan itu di gubah semula oleh pengarah muzik yang terkenal Roslan Aziz. Antara lagunya ialah "Dia" (Sheila Majid), "Seribu Impian" (Casey), "Selanjur Bercinta" (Aisyah), "Impian Anak Jalanan" (Kembara), "Bimbang Terluka Lagi" (Noorkumalasari/Sudirman), "Cinta" (Jaclyn Victor/Misha Omar), "Kau Ilhamku" (Man Bai), "Belaian Jiwa" (Carefree), "Sejati" (Wings) serta dua lagu baru, "Terima Kasih Cinta" dan "Kuasa Cinta".
Kepada yang berminat untuk menyaksikan pementasan ini boleh mendapatkan tiket di laman web Ticket2u yang berharga bermula RM30 hingga RM250.
 |
| Barisan pelakon yang membintangi pementasan "Terima Kasih Cinta" |
|
 |
| Nadia Aqilah sebagai Arianna & Vince sebagai Taufiq |
|
 |
| Cinta Suci antara Arianna & Taufiq |
|
 |
| Cinta luar biasa. Saat yang menyatukan cinta diantara Rubiah (Safura) & Elyas (Latif Ibrahim) |
|
 |
| Rubiah saat meluahkan kata hatinya adakah pencarian cintanya sudah berakhir |
|
 |
| Saat Taufiq meluahkan rasa hatinya kerana takut kehilangan Arianna |
|
 |
| Latif Ibrahim |
|
 |
| Cinta tanpa batasan. Pergolakan rumah tangga Harris (Tony Eusoff) & Airin (Norish Karman) yang dibina atas dasar cinta akhir sampai penghujungnya |
|
 |
| Set pementasan Terima Kasih Cinta yang hampir sama seperti teater antarabangsa, West Side Story |
|
|
 |
| Anding memegang watak sebagai Dani |
|
 |
| Cinta abadi diantara kakak (Dyan/Deja Moss) dan adik (Dani/Anding) |
|
 |
| Cinta yang tidak disangka antara Azlan (Shajiry) & Azura (Farahdhiya) |
|