![]() |
| Zizan (kiri) dan Dira pengacara baru "Melodi" bermula April ini |
Setelah desas-desus mengatakan Fara Fauzana dan Wahid akan meninggalkan program televisyen hiburan popular tanah air, "Melodi" mula kedengaran dan pelbagai spekulasi timbul siapakah yang bakal menggantikan tempat mereka, kini terjawab apabila pihak TV3 mengesahkan Zizan Raja Lawak dan Dira Abu Zahar akan mengambil alih berkuatkuasa April ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, kontrak Wahid dan Fara Fauzana akan tamat tempoh pada penghujung Mac ini. Oleh itu Zizan dan Dira diperkenalkan sebagai pemangkin baru "Melodi".
![]() |
| Bye-bye Wahid & Fara! |
Wahid dan Fara akan bersiaran sebagai pengacara "Melodi" buat kali terakhir di Karnival Jom Heboh Batu Kawan, Pulau Pinang pada 27 Mac ini. Zizan dan Dira pula akan mengambil alih pada minggu berikutnya iaitu 3 April dengan bersiaran langsung di Arena Of Stars, Genting Highland bersempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.
Wahid dan Fara telah memikul tanggungjawab sebagai pengacara "Melodi" selama enam tahun. Semenjak "Melodi" diterbitkan pada tahun 1992, nama-nama seperti Fauziah Ahmad Daud, Aznil Nawawi, Azwan Ali dan Raja Azura adalah antara yang pernah mengendalikan program ini.
Apa-apa pun, all the best kepada Zizan dan Dira!



