Justin Bieber tukar gaya rambut?

Posted by TUPAI


 
Oh tidak! Jangan risau! Penyanyi pop terkenal masa kini, Justin Bieber tidak menukar gaya rambutnya pun! Namun kelihatan menggayakan rambutnya yang 'mahal' itu dengan gaya yang berbeza ketika photoshoot untuk cover majalah Rolling Stones yang akan berada di pasaran pada 18 Februari 2011.

Ini dia cover majalah Rolling Stones!
Seperti ramai yang tahu, rambutnya itu adalah aset termahal buatnya. Oleh sebab itu Bieber  telah sanggup menghabiskan wang sebanyak USD$750 (RM2,297) setiap kali trim rambutnya itu yang dilakukan dua kali sebulan. Ish ish ish. Sanggup ye?

Walau apa pun, pasti ramai peminat Bieber di Malaysia teruja menantikan bulan April menjelang tiba kerana Malaysia akan 'diserang' oleh Bieber Fever!

Filem biografinya yang sudah pun ditayangkan di Amerika Syarikat akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 14 April 2011. Manakala penyanyi yang digosipkan bercinta dengan artis Disney, Selena Gomez akan mengadakan konsertnya, Justin Bieber My World Tour pada 21 April di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Psssttt. Dengar cerita tiket dah sold out! Dah dapatkan tiket anda belum?

, , , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook