Dalam diam ada isi

Posted by TUPAI

Makin senyap daripada kontroversi bukan bermakna Jehan Miskin, 31, semakin hilang daripada arus perdana dunia seni. Dia kini lebih senang menumpukan perhatiannya kepada kerja dan syarikat produksinya yang baru saja ditubuhkan dan diberi nama Mastermind Group.

Syarikat produksi yang diusahakan bersama rakan kongsinya itu baru saja menerbitkan program Sengal TV yang ke udara di Astro Warna. Program 13 episod itu bersiaran setiap Jumaat. Selain menerbitkan program TV, Mastermind Group juga mengembangkan cabang perniagaannya dengan menerbitkan korporat video.

Baru-baru ini Tupai sempat bertemu dengan Jehan dan bertanya tentang perkembangan terbarunya dalam dunia lakonan, perniagaan dan percintaan.

Jom ikuti temu bual ini...

Pertama sekali tahniah kerana telah berjaya menubuhkan satu syarikat produksi yang di beri nama Mastermind Group. Sebelum bercerita lebih lanjut tentang syarikat produksi Jehan, Boleh Jehan cerita sedikit tentang perkembangan kerjaya lakonan Jehan?
Terima Kasih. Sekarang saya banyak tertumpu kepada syarikat produksi saya. Saya juga sedang menanti deretan filem lakonan saya yang akan masuk pawagam pada tahun ini, antaranya ialah filem "Apokalips", "Hikayat Merong Mahawangsa", "Awan Dania The Movie", "Cun" dan "Tolong Awek Aku Pontianak".

Boleh Jehan Cerita sedikit tentang Mastermind Group dan kenapa Jehan memilih bidang ini untuk perniagaan?
Mastermind Group telah ditubuhkan selama setahun setengah pada Jun 2009. Saya ada Azizi Chunk Adnan sebagai 'in house director'. Syarikat saya masih baru lagi tapi orang yang bekerja di bawah syarikat ini adalah orang-orang yang berpengalaman dalam industri. Mastermind Group menerbitkan program TV, korporat video, drama dan banyak lagi. Saya memilih perniagaan ini kerana saya jiwa saya kearah bidang ini. Rasanya lebih senang kalau saya buat perniaagan yang saya suka. Saya bermula dari bawah. Saya pernah kerja sebagai seorang editor. Kemudian pereka grafik selepas itu saya belajar serba sedikit kerja-kerja krew selepas saya habis belajar.

Kalau dilihat sekarang kebanyakkan filem yang mendapat sambut atau mempunyai skrip yang bagus akan diadaptasi kepada teater. Apa pendapat Jehan tentang perkara ini?
Bagus. Saya suka. Dulu teater bukan satu perniagaan yang menguntungkan. Sedih bila industri kreatif tidak boleh nak seimbangkan dari segi perniagaan. Bila nak buat teater tidak boleh buat besar-besar. Tapi sekarang, bila ada filem yang mendapat sambutan dan mereka adaptasikan ke teater, mereka pasti akan ada ramai orang yang akan datang menonton. Kalau dilihat semua ini bermula dari "Puteri Gunung Ledang", "Cuci The Muzikal" dan terbaru "Terima Kasih Cinta" dan selepas itu "Lat The kampung Boy". Saya akan pergi menonton teater "Terima Kasih Cinta". Ini juga kan memberi manfaat kepada para pelakon itu sendiri.

Sudah lama tidak mendengar kisah percintaan Jehan. Adakah sekarang hati Jehan telah terisi oleh seseorang dan Adakah dia dari kalangan selebriti juga?
Yes. I got someone now. Bukan dari kalangan artis. Dia orang biasa saja.

Adakah tahun 2011 ini, Jehan akan menamatkan zaman bujang?
Untuk berkahwin bukan dalam masa terdekat ini. Saya akan beritahu kepada semua bila sampai masanya nanti.

Jehan Miskin adalah seorang....
Saya seorang yang happy go lucky, degil, kuat bekerja, berpendirian teguh dan seorang yang setia.(ketawa)

Harapan Jehan untuk tahun 2011?
Harapan saya untuk syarikat dan kerjaya saya lebih kurang harapan saya untuk industri. Untuk kami terus maju ke depan, untuk kami tidak serik untuk membuat cerita-cerita baru dengan kualiti yang bagus dengan semangat dan jiwa yang berani. Saya harap Mastermind Group boleh menyumbang kepada industri perfileman tempatan.

Jehan bersama salah seorang pekerja di syarikatnya 
Antara koleksi figura -figura yang menjadi kesukaan Jehan 
Jehan bersama sebahagian koleksi figura-figura yang dikumpulnya 

, , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook