Walaupun filemnya baru sahaja ditayangkan di pawagam pada 27 Januari yang lalu tetapi berita mengenai akan sambungan filem "Haq" telah pun diumumkan. Pengumumam mengenai trilogi "Haq" telah dibuat oleh eksekutif produser, Jumaatun Azmi pada malam gala di The Gardens, Kuala Lumpur.
Tambah Jumaatun lagi, trilogi "Haq" akan memperlihatkan beberapa persoalan yang tidak terungkai pada filem "Haq" yang pertama ini.
Menceritakan mengenai pertembungan dua kuasa baik dan jahat, perbalahan dua beradik yang mempunyai kuasa bagi menegakkan pegangan masing-masing. Filem aksi ini telah dibintangi oleh pelakon terkenal tanah air seperti Zul Huzaimy, Adi Putra, Nanu Baharudin dan Raja Farah.
"Haq" yang baru sahaja ditayangkan di panggung kedengarannya mendapat sambutan yang kurang memuaskan dari penonton dan orang industri sendiri.Adakah dengan pembikinan trilogi "Haq" ini akan dapat menghasilkan lanjutan yang lebih bagus dari sebelumnya?