Rabu lepas, 26 Januari berlangsungnya tayangan perdana "Sini Ada Hantu" arahan James Lee. Diadakan di GSC Mid Valley, ramai kelibat pelakon-pelakon yang terlibat dan teman media yang hadir untuk menyaksikan filem hasil dari pengarah yang pernah memenangi FIPRESCI Prize di Bangkok International Film Festival pada 2005.
"Sini Ada Hantu" merupakan sebuah filem komedi seram yang menampilkan empat cerita didalamnya. Hantu Pokok Pisang, Hantu Nombor, Hantu Asrama dan satu lagi cerita anda perlu menonton filem ini hingga selesai untuk mengetahuinya. Sebuah filem yang juga menerapkan unsur perpaduan didalamnya, penampilan tiga kaum utama di Malaysia dengan bahasa masing-masing. Filem ini telah dibintangi oleh Baki Zainal dan juga Alvin Wong sebagai watak utama.
Walaupun ramai pelakon yang menghadirkan diri semasa majlis tayangan berlangsung, kelibat Fasha Sandha yang memegang watak sebagai hantu pokok pisang tidak kelihatan. Adakah kerana isunya sekarang ini yang membuatkan Fasha ingin mengelak diterjah media. Semalam Fasha telah mengeluarkan bukti dari bentuk sms, gambar dan juga durasi panggilan bagi menyangkal kenyataan Nora yang memberi kenyataan Fasha dan Jejai telah putus.
Mari kita lihat gambar sekitar tayangan perdana "Sini Ada Hantu".
Mari kita lihat gambar sekitar tayangan perdana "Sini Ada Hantu".
| Pengarah dan produser "Sini Ada Hantu" |
| Ehemm..ehemm.. |
| Beto dan Sufian |
| Chomat Samad |
| Barisan pelakon bagi cerita Hantu Nombor |
| Qhaud |
| Barisan pelakon,pengarah serta produser |


