Lagu INSYA ALLAH dalam versi melayu!!!

Posted by TUPAI



Akhirnya janji yang pernah di buat oleh Maher zain telah di tunaikan olehnya. Maher Zain akan mengadakan satu konsert "Maher Zain Live In Concert 2011" pada 25 dan 26 Febuari depan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. 

Tujuan utama konsert itu diadakan adalah sebagai penghargaan kepada peminat-peminat yang berada bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Brunei, Singapura, Indonesia dan Filipina. 

"Saya sangat bersyukur dan bertuah kerana diterima baik di negara ini, Saya juga sudah menganggap Malaysia sebagai negara kedua saya. 

"Saya memilih Malaysia kerana negara ini memberi sokongan kepada saya, bukan saja peminat tapi juga para media di sini.

"Saya janji akan bagi yang terbaik pada malam konsert itu nanti. saya mahu berkongsi segalanya dengan mereka. Mungkin kerana showcase yang lalu terlalu singkat jadi kali ini saya yakin semua yang hadir akan terhibur dengan rangkaian lagu-lagu saya kerana masa yang diperuntukan lebih lama," Katanya ketika di temui selepas sidang media Maher Zain Live In Concert 2011.  

Di fahamkan dalam konsert itu, Maher turut mengundang tiga penyanyi iaitu Iffan Makki, Mesut kurtis dan In-team sebagai artis undangan. Maher juga akan berkolaborasi dengan lebih 10 orang pemuzik antarabangsa. kepada peminat Maher Zain boleh dapatkan segala maklumat di laman web www.inteam.com.my dalam masa terdekat ini. Tiket - tiket dijual pada harga dari RM50 hingga RM200. 

Sementara itu Maher sempat memberitahu, dia sekarang dalam proses merakam semula lagu "Insya Allah" dalam versi melayu. Di samping itu dia jga sibuk dengan proses pembikinan album keduanya. 

Maher juga sempat memberi komen tentang kontroversi yang berlaku yang dirinya tidak muncul pada rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) di Tv9 pada Ahad lalu. 

"Saya tidak tahu langsung yang saya perlu hadir ke TV9. Pada keesokkan harinya baru saya tahu tentang hal tersebut. Trdapat salah faham tentang tarikh yang sepatutnya saya hadir. 

"Saya tahu ramai yang kecewa debgan perkara ini. Saa minta maaf kepada semua.Kami telah berjanji dengan pihak TV9 untuk menghadirinya pada minggu depan (esok)," Katanya pada akhir perbualan. 
  

, , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook