Ditanya mengenai filem terbarunya, "Dilarang Masuk", Azma begitu teruja untuk melihat filem itu ke layar perak. Tambahnya lagi, "Dilarang Masuk" merupakan sebuah filem yang sangat istimewa kerana merupakan filem pertama di Asia yang menggunakan kamera DSLR Canon 5D Mark II dan telah disahkan oleh syarikat Canon.
Untuk "Dilarang Masuk", Azma memegang watak sebagai Roni, seorang yang merasakan dirinya macho, bagus dan gila duit. Empat orang telah sesat dalam hutan dan terjumpa satu rumah, mereka terjumpa mayat dalam rumah itu dan duit RM2.6 juta. Maka dari rumah itu bermulalah segala misteri. Tambahnya lagi, filem ini juga mempunyai jalan cerita yang bagus dan menarik bagi tontonan penonton.
Dr.Mahathir Mohamed juga menjadi ikon bagi Azma. Baginya, banyak perubahan yang telah dilakukan oleh beliau.Pembangunan negara juga semakin bagus dan banyak perubahan yang dapat dilihat.
Sebagai seorang pelakon dan pengarah, masa untuknya banyak terarah kepada famili dan seimbangkan dengan kerja. Dari hal itu juga Azma juga masih belum mempunyai calon pasangan lagi. Tiada yang terlintas dalam fikirannya.
Nantikan temubual ekslusif kami bersama Azma Yusoof nanti bagi lebih info mengenai dirinya.

