Kepada sesiapa saja yang mengikuti akaun Twitter Fasha Sandha pagi ini pasti sudah sedia tahu dengan bukti-bukti yang diberikan oleh Fasha yang dikatakan untuk menegakkan kebenaran selepas Nora Danish memberi kenyataan tentang hubungannya dengan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli di sebuah akhbar tabloid tempatan.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan telah mengemukakan beberapa bukti bahawa dia dan Jejai masih lagi berhubung, sekaligus menafikan kenyataan Nora yang mengatakan bahawa hubungan Fasha dan Jejai sudah pun berakhir dua bulan lalu.
Screenshot yang diambil daripada BlackBerry Messenger milik Fasha ini menunjukkan Jejai masih lagi berhubung dengannya ketika bercuti di Jepun bersama keluarga dan juga Nora. Malah ada juga call log yang menunjukkan durasi perbualan Fasha dan Jejai yang berlangsung selama hampir satu jam.

![]() |
| Ini dia gambar ketika Nora dan keluarga Jejai pergi melancong ke Jepun baru-baru ini. (Foto diambil daripada Ohbulan.com) |
Malah Fasha turut menyatakan di Twitter bahawa dia masih lagi menyimpan mesej ugutan daripada "perempuan itu" di mana Team Tupai andaikan adalah Nora dan ia sudah pun menjadi kes polis.
Dipetik daripada akhbar Harian Metro hari ini, Fasha telah memberi kenyataan balas bahawa dia telah memutuskan hubungan dengan Jejai pada 18 Januari lalu.
Apa pendapat anda? Adakah anda merasakan Fasha Sandha terlalu emosional? Kami pasti pembaca dan peminat di luar sana tahu menilainya sendiri.
Berikut adalah antara screenshot yang diambil daripada Twitter milik Fasha Sandha.