Top 10 Filem Tempatan Catat Kutipan Tertinggi

Posted by TUPAI


Nampaknya tahun 2010 semakin menghampiri penghujungnya. Apa yang kita dapat saksikan, industri perfileman tempatan semakin hari semakin menunjukkan perkembangan positif, sekaligus menunjukkan filem tempatan masih lagi mempunyai pengaruh dan peminat setia.

Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, pencapaian filem tempatan dilihat lebih maju dan perkembangan aktiviti perfileman dalam tempoh sedekad sehingga penghujung 2010 dilihat semakin agresif.

Jika dilihatkan, Metrowealth International Group (MIG) telah mengungguli carta Top 10 filem yang mencatat kutipan tertinggi pada tahun 2010 dengan enam buah filem. Manakala Tayangan Unggul Sdn Bhd dengan dua buah filem, Primeworks dan KRU Studio masing-masing dengan satu filem.

Jom lihat filem manakah yang mendapat kutipan paling tertinggi untuk tahun 2010!

1. NGANGKUNG (RM8 juta)

Pengarah: Ismail Bob Hashim. 
Pelakon: Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, Azad Jasmin, Azlee Jaafar, Eira Syazira,
Mazlan Ahmad dan Putri Mardiana.


2. ADNAN SEMPIT (RM7.66 juta)

Pengarah: Ahmad Idham  
Pelakon: Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Along (Raja lawak) dan Cat Farish


3. HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH (RM6.2 juta sehingga 30 Disember 2010)

Pengarah: Mamat Khalid  
Pelakon: Awie, Johan (Raja Lawak), Ummi Nazeera, Azwan, Sofi Jikan dan Shy8


4. EVOLUSI KL DRIFT 2 (RM5.67 juta)

Pengarah: Shamsul Yusof  
Pelakon: Shaheizy Sam, Shamsul Yusof, Aaron Aziz dan Scha Al-Yahya


5. LAGENDA BUDAK SETAN (RM4.28 juta)

Pengarah: Sharad Sharan  
Pelakon: Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar, Raja Farah dan Fazura


6. JANGAN PANDANG CONGKAK 2 (RM4.23 juta) 

Pengarah: Ahmad Idham 
Pelakon: Cat Farish, Nora Danish, Lan Pet-Pet, Azlee dan Lisa Surihani


7. V3: SAMSENG JALANAN (RM3.88 juta)

 
Pengarah: Farid Kamil
Pelakon: Bront Palarae, Farid Kamil, Intan Ladyana, Lisa Surihani dan Aqasha


8. NIYANG RAPIK (RM3.2 juta)

Pengarah: Ahmad Idham  
Pelakon: Shaheizy Sam, Liyana Jasmay, Kamal Adli, Awal Ashaari, Zed Zaidi dan Fizz Fairuz


9. CUTI-CUTI CINTA (RM3.17 juta)

Pengarah: Ahmad Idham  
Pelakon: Nora Danish, Farid Kamil, Cat Farish

 
 10. MAGIKA (RM3.14 juta)

Pengarah: Edry Abdul Halim  
Pelakon: Mawi, Diana Danielle, Fimie Don, Ziana Zain, Ning Baizura, Aznil Hj Nawawi, M.Nasir dan ramai lagi.

Janet Jackson singgah Singapura. Malaysia bila pula?

Posted by TUPAI

Menurut USA Today, penyanyi terkenal Janet Jackson telah mengumumkan dia akan memulakan sesi jelajah dunia Janet Jackson Number Ones, Up Close and Personal di Singapura pada 7 Febuari 2011. Negara jiran kita dikatakan telah dipilih berdasarkan undian peminat dan konsert tersebut akan diadakan di Singapore Indoor Stadium.

Jackson telah merancang untuk menyanyikan lagu-lagu daripada album Number Ones. Malah penyanyi ini turut menjanjikan persembahan yang cukup "intim dan peribadi" daripada persembahan-persembahannya sebelum ini. Tiket untuk 35 buah negara yang dijadualkan akan mula dijual bermula 7 Januari 2011.

Adik kepada Raja Pop Michael Jackson ini juga akan mendedikasi sebuah lagu untuk setiap negara yang dijelajahnya dan dia juga akan turut mengiktirafkan 20 orang muda di mana kehidupan dan kerjaya mereka telah memberi sumbangan terhadap komuniti.

Mesti susah nak datang Malaysia kalau penampilan macam ni...

Di bawah adalah kenyataan yang diberikan oleh Jackson:
"It's not about effects, it's not an extravaganza, it's not about being as big as in the past. This one is all about you and me. I love you Singapore. Let's go!"

Hmmm. Malaysia tak ada dalam senarai ke?

3 SUARA satukan Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila

Posted by TUPAI


Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah tubuhkan kumpulan? Eh tidak! Tetapi mereka akan bergandingan bersama untuk sebuah album berjudul "3 Suara". Album ini akan membawa kita ke zaman kegemilangan muzik Melayu sekitar era 80-an dan 90-an dan ianya berunsur pop.

Menurut Pengarah Urusan Sony Music Entertainment (M) Sdn Bhd, Adrian Lim, lagu-lagu era tersebut dipilih kerana pada waktu itu, ramai yang memandang tinggi terhadap industri muzik Malaysia.

"Semua lagu dalam album ini telah diinspirasikan daripada penyanyi-penyanyi popular tanah air era 80-an seperti Noorkumalasari, Francessca Peter, Zaiton Sameon dan ramai lagi," tambah Adrian ketika ditemui di majlis pra-dengar "3 Suara" baru-baru ini.

Dari kiri: Kevin Chin, Shila Amzah, Jaclyn Victor dan Adrian Lim.
Ning Baizura tidak dapat hadir di majlis pra-dengar yang diadakan baru-baru ini.




Dari segi pemilihan artis, komposer Kevin Chin telah memilihnya sendiri berdasarkan keunikan dan gaya tersendiri artis masing-masing. Kevin yang pernah bekerjasama dengan Anuar Zain dan Krisdayanti ini menganggap projek istimewa ini sebagai hobi memberitahu dia sememangnya peminat Ning dan juga Jac.

"Saya mula mengenali Shila apabila dia menyertai program realiti televisyen 'One In A Million'. Memandangkan saya sudah ada seorang penyanyi balada dan diva R&B, kemasukan Shila si puteri pop bagaikan sudah melengkapkan pemilihan artis untuk album ini," kata Kevin.

Sepuluh buah lagu telah dimuatkan dalam album "3 Suara" ini telah memakan proses yang lama iaitu melebih setahun.


"3 Suara" akan berada di pasaran 4 Januari 2011.

Resse Witherspoon bertunang!

Posted by TUPAI

Nampaknya aktres terkenal Reese Witherspoon sudah ready to move on apabila jurucakap kepada Witherspoon mengesahkan kepada UsMagazine.com bahawa dia sudah bertunang dengan teman lelakinya, Jim Toth.

Pasangan ini mula bercinta sekitar Januari 2010, tidak lama selepas pelakon "Legally Blonde" ini berpisah dengan pelakon Jeka Gyllenhaal yang kini sedang digosipkan bercinta dengan penyanyi popular Taylor Swift.

Toth, seorang ejen Hollywood dikatakan sudah rapat dengan kedua-dua anak Witherspoon, Ava, 11, dan Deacon, 7, hasil daripada perkahwinannya dengan pelakon "Cruel Intentions", Ryan Phillippe. Witherspoon dan Phillippe bercerai selepas tujuh tahun bersama.

Dipetik daripada laman web tersebut, Witherspoon sangat gembira dengan kehidupannya sekarang dan sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga semula.

Nampaknya ramai pula artis bertunang di penghujung tahun 2010 ini. Sebelum ini Natalie Portman dan LeAnn Rimes. Who's next?



Anak-anak Witherspoon juga kelihatan sudah selesa dengan kehadiran Toth

HKLBR mengganas di pawagam

Posted by TUPAI



Masuk minggu ini sudah minggu ketiga bagi filem "Hantu Kak Limah Balik Rumah"(HKLBR) di tayangkan di pawagam. Berita terbaru yang Tupai dengar, khabarnya HKLBR telah mengutip sebanyak enam juta.

Wow...satu angkat yang hebat. Bukan calang - calang filem yang boleh mengutip dan bukan senang untuk mencapai ke tahap jumlah sebanyak itu. Tupai di fahamkan ada setengah peminat sudah tengok filem ini berulang - ulang kali. Kalau sampai macam itu sekali memang ternyata filem ini best. 

Jadi kepada sesiapa yang belum menonton lagi filem arahan Mamat khalid ini cepat-cepat tempah tiket. Di fahamkan juga setiap tayangan full house. HKLBR akan mengganas di pawagam sampai minggu depan. Apa lagi cepat pergi ke pawagam tengok filem ini. Kalau terlepas menyesal tak sudah.

"Hantu Kak Limah Balik Rumah" di bintangi oleh pelakon - pelakon hebat seperti Awie, Umi Nazirah, Johan Raja Lawak, Shy8 dan ramai lagi. Sebelum itu apakata layan dulu video klip "Hantu Kak Limah Balik Rumah". Lagu "Cinta Kristal" nyanyian Awie. Enjoy..   


Natalie Portman Umumkan Pertunangan & Kehamilan

Posted by TUPAI


Aktres hollywood, Natalie Portman meraikan dua perkara penting dalam satu masa. Baru-baru ini, bintang Israel-America berusia 29 tahun itu mengumumkan tentang kehamilannya dan pertunangannya dengan Benjamin Millepied. Natalie Portman hamil anak pertama dengan tunangnya yang merupakan seorang pereka tari balet. Dia dijangka melahirkan pada musim luruh tahun depan.

Pasangan itu bertemu lewat 2009 ketika melakonkan adegan drama balet, "The Black Swan". Benjamin Millepied yang berasal dari Perancis, 32, seorang penari klasik balet terlatih yang belajar di sekolah Balet Amerika ketika remaja. Dia diambil oleh pembuat filem untuk bertanggungjawab mereka tari tarian Portman dalam drama balet, "The Black Swan".

Drama The Black Swan mengisahkan sorang penari balet terkenal Nina, yang merana akibat tabiat buruknya yang merosakkan diri.

Konsert solo Aizat Januari ini

Posted by TUPAI


Selepas muncul dengan dua buah album iaitu "Percubaan Pertama" dan terbaru "Urusan Aizat Amdan", nampaknya penyanyi berusia 21 tahun ini sudah bersedia untuk mengadakan konsert solo pertamanya, Urusan Aizat Amdan - Live in Damansara.

Bakal diadakan di Bentley Music Auditorium, Wisma Bentley, Mutiara Damansara pada 29 Januari 2011, jam 8.30 malam, konsert yang berdurasi dua jam ini diadakan bertujuan untuk mempamerkan hasil kerjanya kepada peminat serta pencinta muzik dengan lebih dekat lagi.

Aizat bakal mempersembahkan 16 buah lagi yang diambil daripada kedua-dua albumnya seperti "Lagu Kita", "Susun Silang Kata", "Pergi", "Kau Aku" dan banyak lagi. Malah Aizat bakal bergandingan dengan DJ Fuzz untuk beberapa buah lagu. 

Kepada peminat yang ingin menonton Aizat secara dekat, bolehlah mendapatkan tiket yang dijual dengan harga RM50. Walaubagaimanapun tiket harga promosi RM35 boleh dibeli di laman web rasmi Aizat atau telefon saja Kasi Gegar Entertainment di 03 - 42707020 untuk maklumat lanjut.

Unik & Menariknya tentang Lady Gaga!!

Posted by TUPAI



Bila sebut saja nama Lady Gaga pasti ramai yang sudah terbayang keunikkan kostum yang sering di tampilkan olehnya ketika membuat persembahan atau di karpet merah. Lady Gaga meraih populariti menerusi lagu-lagunya yang sentiasa mendapat perhatian oleh peminatnya. 

Pasti ramai yang tidak tahu siapa sebenarnya penyanyi lagu Bad Romance ini. Ini dia 10 fakta menarik tentang Lady Gaga:

1. Lady Gaga belajar bermain piano secara sendiri dan hanya dengan mendengar alunan muziknya ketika berusia empat tahun. Lady Gaga adalah seorang pemain piano klasik terlatih. 

2. Lady Gaga pernah menimba ilmu di Tisch School Of Arts di New York University. Gaga adalah salah seorang daripada dua puluh orang yang mendapat pengiktirafan awal dari sekolah tersebut.

3. Nama sebenar Gaga adalah Joanne Stefani Angelina Germanotta.

4. Dia mendapat nama "Lady Gaga" daripada pengurusnya, yang diambil dari lagu Queen berjudul Ga Ga.

5. Gaga pernah muncul dalam program realiti MTV Boiling Point pada 2005 sebagai Stefani. Dia tampil dengan pakaian normal dan berambut perang. Tapi sayang dia gagal memenangi hadiah RM309 (AS100) kerana tidak sanggup menahan amarahnya. 

6. Lady Gaga juga pernah muncul dalam The Hills episod 2008. Sebelum pertunjukan, pakaiannya rosak namun sempat di baiki oleh Whitney Port dan Lauren Conrad. 

7. Pada 2006, Gaga telah menjayakan sebuah konsert di kelab New York City dengan Stefani Germanotta Band, atau lebih di kenali dengan SGBand. Dalam konsert tersebut, Gaga hanya mengenakan kemeja biasa dan seluar, berbanding dengan penampilan uniknya sekarang. 

8. Untuk pengetahuan semua, Gaga pernah belajar satu sekolah dengan Nicky dan Paris Hilton di sekolah swasta di Manhattan, Amerika Syarikat. 

9. Pada awal Kariernya, Gaga bernaung di bawah syarikat rakaman sebagai komposer untuk artis lainseperti Britney Spears, Pussycat Dolls, Fergie dan New Kids On The Block. Tapi sekarang, dia lebih banyak menulis dan menghasilkan lagu untuk dirinya sendiri. 

10. Lady Gaga pernah mewarnakan Rambutnya yang hitam menjadi perang kerana ramai orang tidak dapat membezakan dirinya dengan Amy Winehouse. 

11. Dia juga sering tampil mengenakan rambut palsu dengan berbagai warna. 

12. Menurut sebuah wawancara dengan Rolling Stone, Gaga selalu berpakaian tak cukup kain dan sedikit aneh agar neneknya yang hampir buta boleh melihatnya di televisyen. Katanya: "Saya tetap dengan pendirian untuk tidak memakai seluar sehingga nenek saya boleh melihat saya di televisyen".  

Ulasan: Lonely Soldier Boy - Hujan

Posted by Chen-Chen

Ketika sedang menulis ulasan bagi album ke-3 bagi sebuah band yang berjaya meng-'Indie'-kan dunia mainstream muzik di Malaysia, Chen² masih lagi belum puas mendengar keseluruhan album ini.

Apabila mendengar keseluruh album terbaru band Hujan yang bertajuk Lonely Soldier Boy ini. seperti biasa, ada beberape track yang sudah pun menjadi siulan Chen² dek kerana track² itu sudah pun di dengar berulang kali di dalam demo/album Hujan sebelum ini. Namun apa yang sangat berbeza kali ini adalah susunan muziknye yang lebih complete & smart.

Apa yang Chen² rasa sangat berbeza kali ini adalah lirik² di dalam album kali kebanyakanye lebih puitis(puitis yang menjiwangkan) dari album/demo yang sebelum ini & boleh dirasa seakan di-inspirasi dari muzik & lirik dari jiran seberang kita(Chen² rasa anda tahu negara mana yang Chen² maksudkan *wink*).

Walaupun ada berberape lagu yang mengunakan berkataan yang lebih kurang sama dari track yang sebelum, namun iya boleh dimaafkan dengan melodi² lagu yang lebih catchy dari album sebelum ini.

Jika sebelum ini track Lonely Soldier Boy adalah track yang kurang meminati oleh Chen², namun kali ini susunan muziknye lebih bagus dari sebelum ini. track² seperti "Bahgia", "Bagai Matahari", "Muda", "Sentiasa Anda" kemungkin besar akan berjaya menambat hati anak² muda yang sedang hangat bercinta(mahupun putus cinta). Tidak hairanlah jika track² ini akan berjaya menjuarai di dalam carta² muzik radio popular mahupun di dalam anugerah juara lagu masa hadapan.

Secara keseluruhan, Hujan berjaya menerbitkan sebuah album yang memuatkan 14 track ini lebih bagus dari yang sebelumnye.

BINTANG
Senikata: 3
Komposisi: 3.5
Rekaan/Hiasan Album: 3.5
Keseluruhan: 3.5

Peraduan FASTER

Posted by TUPAI


MENANGI BARANGAN EKSKLUSIF & TIKET PRA-TONTON "FASTER"

Diarahkan oleh George Tillman Jr., "Faster" mengisahkan seorang bekas banduan yang baru dibebaskan dari penjara. Hampir sepuluh tahun di penjara, Driver (lakonan Dwayne Johnson) mempunyai misi untuk membalas dendam terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas kematian salah seorang ahli keluarganya. Pada masa yang sama, dua lelaki telah mengekorinya iaitu seorang pegawai polis veteran (Billy Bob Thornton) dan seorang pembunuh upahan (Oliver Jackson-Cohen).

"Faster" dilakonkan oleh Dwayne Johnson, Billy Bob Thornton, Oliver Jackson-Cohen, Carla Gugino dan Maggie Grace.

Saksikan "Faster" di pawagam pada 13 Januari 2011!




HADIAH UTAMA x 3 
Edisi Terhad Singlet "Faster"
Edisi Terhad Car Boot Organizer "Faster"
Edisi Terhad Cermin Mata "Faster"
2 x Pas Filem "Faster"


HADIAH SAGUHATI x 17
2 x Pas Filem "Faster"

MAKLUMAT TAYANGAN
Tarikh: 11 Januari 2011 (Selasa)
Masa: 9.00 malam
Lokasi: GSC 1 Utama


Anda ingin memenangi barangan eksklusif serta tiket pra-tonton filem "Faster"? Mudah sahaja! Jawab dua (2) soalan mudah serta lengkapkan slogan di bawah. Ingat! Penyertaan dengan butir peribadi lengkap, jawapan tepan dan slogan paling menarik dan kreatif akan dipilih sebagai pemenang!

Tunggu apa lagi? Hantarkan penyertaan anda sekarang!

SOALAN
1. Siapakah pengarah filem "Faster"?
a) Ahmad Idham
b) Donnie Yen
c) George Tillman Jr.

2. "Faster" akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada.....?

a) 3 Januari 2011
b) 13 Januari 2011
c) 23 Januari 2011

SLOGAN
Apakah yang anda lakukan jika salah seorang daripada ahli keluarga anda ditimpa malapetaka?
(Tidak melebihi 20 patah perkataan)

PENYERTAAN
Pembaca TUPAI hanya perlu menghantar e-mel dengan menaip FASTER sebagai subjek e-mel. Lengkapkan dengan nama, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon beserta jawapan bagi kedua-dua soalan dan slogan di atas dan hantarkan e-mel tersebut ke peraduan@tupai.com.my

NOTA
 
• Peraduan akan berakhir pada 6 Januari 2011 jam 11.59 malam.
• Senarai nama pemenang akan disiarkan di laman web www.tupai.com.my pada 7 Januari 2011.
• Notis pemenang hanya dibuat melalui laman web. Sila layari portal hiburan terkini anda  www.tupai.com.my untuk mengetahui anda adalah pemenang peraduan ini.


MUALLAF: Bersinar di ASK, Gagal di FFM

Posted by TUPAI

"Muallaf" gandingan dua beradik: Amani (kanan) dan Aleysha (kiri)

Filem terakhir pengarah tersohor Yasmin Ahmad, "Muallaf" telah berjaya menggondol dua anugerah di Anugerah Skrin 2010 (ASK 2010) yang telah melabuhkan tirainya pada 24 Disember lalu. Dinobatkan sebagai Filem Terbaik serta Sharifah Amani diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik untuk wataknya sebagai Rohana, "Muallaf" dilihat lebih 'menyinar' di Anugerah Skrin berbanding Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23).

Seperti yang ramai sedia maklum, "Muallaf" gagal mendapat sebarang kemenangan di FFM23 yang diadakan akhir Oktober lalu dan ia telah menjadi pertikaian banyak pihak.

Sharifah Amani yang ternyata terkejut dengan keputusan tersebut telah berterima kasih kepada Allahyarham Yasmin dalam ucapannya tersebut.

Kehilangannya memberi impak besar kepada
pelakon yang pernah bekerjasama dengannya
Amani kemudiannya memberitahu, "Malam Anugerah Skrin adalah penuh kejutan. Terdapat ramai orang berbakat di luar sana dan persaingan semakin sengit. Oleh itu saya cukup berbangga menerima anugerah tersebut."
Awal bulan ini, Yasmin telah memenangi anugerah Pengarah Terbaik untuk filem "Muallaf" di Festival Filem Asia Pasifik ke-54 di Taipei.

Pada malam tersebut, pelakon lelaki popular Shaheizy Sam telah dianugerahkan Anugerah Yasmin Ahmad iaitu Anugerah Khas Juri yang memberi pengiktirafan kepada bakat baru yang berpotensi untuk melangkah jauh dalam industri seni.

"Muallaf" mengisahkan tiga individu yang mencari ketenangan melalui agama. Filem ini dilakonkan oleh Sharifah Amani, Sharifah Aleysha dan juga Brian Yap. "Muallaf" telah ditayangkan di pawagam di Malaysia pada 24 Disember 2009.

Yasmin Ahmad telah meninggal dunia pada 25 Julai 2009 selepas diserang strok pada 23 Julai dan menjalani pembedahan akibat pendarahan dalam otak.

Wani Juara Sulung Kamilah Bintang!!

Posted by TUPAI

Selama lima minggu berjuang, berkat hasil usaha yang bersungguh - sungguh, keazaman dan impian untuk menjadi juara program pertandingan nyanyian realiti yang pertama di Astro Ceria, Kamilah Bintang, akhirnya menjadi kenyataan. Syazwani Binti Sapari, 10 tahun atau lebih selesa dengan panggilan Wani telah di nobatkan juara sulung bagi pertandingan tersebut.
 
Wani berjaya membawa pulang hadiah utama Tabung Pendidikan bernilai RM15,000, Pakej percutian ke Taman Tema Gold Coast untuk keluarga ( empat orang: dua orang dewasa dan dua orang kanak - kanak) termasuk Hotel dan tiket penerbangan, Sebuah komputer riba berjenama VAIO, Dua keping tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah Ipod Shuffle. Faisal terpaksa akur di tempat kedua dan membawa pulang hadiah berupa Tabung Pendidikan bernilai RM10,000, Pakej percutian ke Taman Tema Hong Kong untuk sekeluarga ( empat orang: dua orang dewasa dan dua orang kanak - kanak) termasuk Hotel dan tiket penerbangan, Dua keping tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah Ipod Shuffle. Sementara tempat ketiga dimiliki oleh Farhan dan membawa pulang hadiah berupa Tabung Pendidikan bernilai RM5,000, Pakej percutian ke Pulau Sentosa Singapura untuk sekeluarga (empat orang: dua orang dewasa dan dua orang kanak - kanak) termasuk Hotel dan tiket penerbangan, Dua keping tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah Ipod Shuffle. 

Walaubagaimanapun, persembahan dari Dayang, Qistina dan Aiman tidak mengecewakan dan mendapat sambutan dari penonton dan mereka tidak pulang dengan tangan kosong. Tempat keempat, kelima dan keenam mendapat Dua keping tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah Ipod Shuffle.

Pada konsert akhir tersebut Wani menyampaikan lagu "Bertamu Di Kalbu" nyanyian asal Jaclyn Victor. Selain Wani, lima lagi peserta ialah Qistina menyanyikan lagu "Dan Sebenarnya" oleh Yuna, Aiman mendendangkan lagu "Lelaki Ini" oleh Anuar Zain, Dayang"Memori Tercipta" Oleh Shila, Farhan "Lagu Untukmu" oleh Meet Uncle Hussain dan Faisal "Salam Terakhir" Oleh Sudirman. 

Turut membuat persembahan istimewa malam konsert akhir Kamilah Bintang adalah Aizat mendendangkan lagu "Susun Silangkata", Farah Asyikin "Kembali Lagi Disisimu", Hujan "Pagi Yang Gelap", Stacy "Jahat", Amy SEARCH "Gemuruh", Jaclyn Victor "Gemilang" dan Persembahan kesemua peserta Kamilah Bintang mendendangkan lagu "Kamilah Bintang". Juri pada malam tersebut adalah Adibah Noor, Aznil Hj Nawawi dan Shafizawati Sharif (Cikgu Shafi) dan pengacaranya pula Nora Danish dan Zoey.

Aksi persembahan bersama ketika mendendangkan lagu "Kamilah Bintang". Turun kelihantan di atas pentas Amy SEARCH.
Aksi para juri Adibah Noor & Aznil Hj Nawawi. 
Ini dia aksi juara pertandingan Kamilah Bintang, Wani.
Pemenang tempat ketiga Farhan.
Dayang 
Aiman
Qistina

Maher Zain Masuk Istana Budaya!!

Posted by TUPAI


Kemunculan pertama di Malaysia beberapa bulan telah mendapat sambutan yang hangat oleh rakyat Malaysia. Kali ini Maher Zain akan bertandang ke Malaysia sekali lagi untuk para peminatnya pada 8 April hingga 10 April 2011. Konsert tersebut akan diadakan di Istana Budaya. Jadi kepada peminat - peminat Maher Zain jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan konsert tersebut. Apa lagi cepat - cepat kumpul duit dari sekarang supaya tak terlepas. Kalau terlepas nanti menyesal tak sudah.

Selain dari konsert Maher Zain di IB, Antara program menarik di Istana Budaya pada tahun 2011 adalah seperti berikut:-

- 7 Januari - 10 Januari
  Konsert Jamal Abdillah:J2011 - Lagenda

- 21 Januari - 30 Januari
  Muzikal Tun Mahathir 2

- 5 Februari - 6 Februari
  Konsert keunggulan 33 Tahun Francissca Peter

- 17 Februari - 6 Mac
  Teater Terima Kasih Cinta

- 17 Mac - 3 April 
  Lat Kampung Boy - Sebuah Muzikal

- 8 April - 10 April
  Konsert Maher Zain

- 14 April - 17 April
  West End Stars Concerts

- 29 April - 1 Mei
  Konsert Wings Opera Hidup

- 6 Mei - 8 Mei
  Konsert Semalam Di Malaysia - D'Lloyd

- 13 Mei - 17 Mei
  Teater Muzikal Wayang

- 1 Jun - 5 Jun
  Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa...60an

- 15 Jun - 25 Jun
  Teater Naskhah Sastera

- 1 Julai - 3 Julai
  Festival Muzik Kuala Lumpur 2011

- 14 Julai - 19 Julai
  Dreamgirls

- 8 September - 21 September
  Konsert P Ramlee

- 1 Oktober - 18 Oktober
  Muzikal The Secret World Of Nora

- 16 Disember - 25 Disember
  Teater Semerah Padi

Wow! Jake Gyllenhaal berbogel?

Posted by TUPAI

(Foto diambil di Baller.com)
Mesti ramai yang sangat kagum dengan bentuk badan Jake Gyllenhaal apabila melihat gambar di bawah bukan? Hahaha! Jangan terpedaya ya? Itu bukannya gambar Gyllenhaal pun! Gambar tersebut telah di-altered.

Dipetik daripada Esquire UK, Gyllenhaal yang muncul dengan filem terbarunya, "Love & Other Drugs" mengaku banyk berbogel untuk filem ini. Gyllenhaal telah bergandingan dengan Anne Hathaway dan filem ini akan ditayangkan di negara jiran kita, Singapura pada 6 Januari 2011.

Jom kita tengok perbandingan gambar original  dengan yang telah di-altered ini!

Wow! Kedua-duanya nampak hot! Tapi rasanya badan Gyllenhaal (kanan) tak se-tough itu bukan? Hehe




Psssttt... Agak-agaknya "Love And Other Drugs" akan masuk Malaysia tak memandangkan Gyllenhaal telah mengaku ada banyak adegan bogel dalam filem tersebut?

Leonardo DiCaprio jana pendapatan tertinggi 2010

Posted by TUPAI

Tinggal seminggu lagi untuk melangkah ke tahun 2011. Bagi tahun 2010 bermacam-macam perkara telah berlaku sama ada perkara buruk atau perkara baik.

Bagi tahun 2010, tuah memihak kepada pelakon Leonardo DiCaprio kerana dilaporkan telah mengungguli senarai pelakon yang memperoleh pendapatan tertinggi bagi tahun ini dalam senarai majaah Forbes. Ini adalah hasil dari kejayaan besar dua buah filem lakonannya iaitu Inception dan Shutter Island yang mengutip 700 juta pound di seluruh dunia telah melonjakkan nama pelakon yang berusia 36 tahun itu dalam senarai tersebut. 

Mia Wasikowska, 21, di tangga kedua dan mengetepikan hero filem Alice In Wonderland, Johnny Depp. Filem Alice In Wonderland mengutip 667 juta pound. 

Sementara itu, berada di kedudukan tangga kelima dan keenam adalah Hero filem Harry Potter Daniel Radcliffe, 21, dan Robert Pattinson, 24. Filem lakonan Radcliffe iaitu francais Harry Potter mengumpul sebanyak 505 juta pound dan Twilight pula mengutip 485 juta pound. 

Daniel Radcliffe 

Robert Pattinson 

Galeri KHURAFAT

Posted by TUPAI


Pecubaan pertama pengarah muda Syamsul Yusof mengarah filem seram boleh dikatakan berjaya. Menampilkan para pelakon yang berbakat dalam filem ini seperti Syamsul Yusof, Liana Jasmay, Sabrina Ali dan ramai lagi. Tidak menghampakan, lakonan Sabrina Ali yang harus di puji kerana membawakan watak dengan berkesan dan memberi impak pada cerita ini. Hantu-hantu yang di tampilkan dalam filem ini memang lain daripada yang lain. 

Khurafat akan mula di tayangkan pada 13 Januari 2011. Jangan lepaskan peluang untuk menonton cerita ini. Memang seram habis dan mendebarkan. Sebelum itu jom tengok gambar - gambar sekitar penggambaran filem ini.   

















CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook