Popular Post

Archive for November 2010

Jay Park: HOT & BERTENAGA

By : TUPAI
Pada hari Sabtu lepas, 4 Disember 2010 Abolutely Pop Resources telah menganjurkan Jay Park: Sesi bertemu peminat di Hotel Berjaya, Kuala Lumpur.

Jay Park atau nama sebenarnya Park Jaebeom yang mula mencipta nama dengan menganggotai kumpulan boyband Korea yang popular, 2PM kini bergerak secara solo dengan menggunakan nama pentas Jay Park. Jay Park juga merupakan salah seorang anggota kumpulan b-boy dari Seattle, Art of Movement (AOM). Jay Park sebagai seorang artis solo amat popular menerusi lagu “Nothin’ On You” versi Korea di mana dia mendendangkan lagu ini dengan menggantikan bahagian yang dinyanyikan oleh Bruno Mars.

Persembahan yang mengambil masa selama lebih kurang 2 jam, Jay Park mendendangkan beberapa buah lagu antaranya "Nothin’ On You", juga single terbarunya "Demon" dan juga mempersembahkan beberapa persembahan tarian “breakdance” dengan krew "Art of Movement”. Jay Park juga meluangkan masa 20 minit di antara persembahannya untuk sesi bermesra bersama para peminat yang bertuah di atas pentas.

Selepas persembahan, Jay Park sudi melayan wakil media untuk bertanyakan soalan pada satu sesi sidang akhbar. Aturcara program berakhir dengan sesi bergambar dan tandatangan autograph dengan para peminatnya.

Saksikan kehebatan Jay Park beraksi di atas pentas seperti berikut.

Tiket-tiket masih boleh dibeli pada hari persembahan

Para peminat sabar menunggu untuk memasuki dewan

Semasa mendendangkan lagu "Demon"

Smexy!

Menunjukkan bakat terpendam melukis potret salah soerang peminatnya

Salah seorang peminat bertuah yang berpeluang mencuit hidung Jay

Gaya persembahan yang bertenaga

Kasut baru beli?

Menari sampai terduduk

Menjawab soalan yang diajukan dengan penuh serius


Tertarik dengan iklan berkenaan dirinya dalam salah sebuah majalah hiburan tempatan

Jay dengan solo pose

Menerima hadiah dari wakil kelab peminat Jaywalkers Malaysia

Menerima cenderamata dari pihak penganjur



Ngangkung BOX OFFICE!!!

By : TUPAI
5.6 juta dalam masa 11 hari tayangan bukan mudah untuk sebuah filem melayu apatah lagi genre filem itu komedi seram. Tapi itu bukan mustahil bagi filem Ngangkung terbitan MIG Production yang telah mencatatkan kutipan sebanyak itu. Di fahamkan pada minggu pertama ditayangkan, Ngangkung sudah pun mengatasi kutipan Adnan Semp-it.

Mengikut perkiraan sumber-sumber yang boleh dipercayai, Ngangkung boleh mengutip sampai lapan juta. Wow...kalau betul apa yang dicakap oleh sumber tersebut nampaknya Ngangkung boleh lawan Adnan Semp-it. Kalau keadaan mengizinkan, ada kemungkinan filem Ngangkung ini akan di panjangkan tempoh tayangannya.

Pada hujung minggu lepas, Sumber-sumber yang boleh dipercayai mengatakan tayangan filem Ngangkung kebanyakkannya "full house". Seperti TGV Kinta City, Ipoh dan GSC Ipoh tayangan pada pukul 4.30pm dan 9.30pm dan GSC Alamanda pun full house pada tayangan pukul 5pm. Memang hebatlah...
 
 
Adakah Ngankung akan memecah rekod filem Adnan Semp-it yang telah mengutip sebanyak 7.66 juta. Sama-sama kita nantikan. Kepada siapa yang belum menonton filem ini, cepat kerana tinggal beberapa hari saja lagi filem ini akan ditayangkan.

Ngangkung yang dibintangi oleh Shaheizy Sam, Angah(Raja Lawak), Eira Syazira, Putri Mardiana, Azad Jazmin dan Farisha Fatin.

MUALLAF Menang Pengarah Terbaik FFAP ke 54!

By : TUPAI
Haa..! Siapa kata filem Malaysia tidak hebat? Tidak setanding filem-filem luar? Tidak setaraf pengarah-pengarah Hollywood, Perancis atau Bollywood? Buang tanggapan itu jauh-jauh. Filem Malaysia sekarang ini telah diiktiraf oleh pengkritik dan peminat filem antarabangsa!

Selepas filem Kaki Bakar arahan Uwei Hj Shaari dibawa ke Festival Cannes, Perancis dan beberapa filem tanahair yang mendapat anugerah antarabangsa, tiba pula filem arahan Arwah Yasmin Ahmad mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui Mualaf. Mualaf telah berjaya menggondol anugerah Pengarah Terbaik pada Sabtu, 4 Disember 2010 yang lepas di Festival Filem Asia Pasifik ke 54.

Filem yang dilakonkan oleh Brian Yap, Sharifah Amani, Sharifah Aleysha dan Yeo Yann Yann ini mengisahkan tentang kehidupan dan keagamaan yang dikupas secara menarik sekali. Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu? Mualaf yang tidak berjaya di FFM23 yang lalu telah berjaya di persada antarabangsa. Tahniah Mualaf!
Muallaf yang ditayangkan pada 2009

JOM BOLING! BERSAMA TUPAI Meriah Dan Gempak!

By : TUPAI

Pada Sabtu, 4 Disember 2010 yang lepas telah berlangsungnya satu acara Boling yang cukup menarik dan unik dianjurkan oleh Tupai, sebuah portal hiburan terkini yang hip! Bertempat di Pin Junction, e@Curve, Jom Boling! Bersama Tupai telah berjaya mengumpulkan peserta-peserta dari pelbagai bidang. Selain dari pemenang-pemenang bertuah, acara yang menarik dan meletup ini juga dihadiri oleh peserta dari kalangan artis, syarikat rakaman, pengedar filem, syarikat telekomunikasi, produksi filem, media dan juga blogger!

Acara Jom Boling! Bersama Tupai yang bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim bukan sahaja dari kalangan industri seni, malahan dari peminat-peminat, blogger, syarikat telekomunikasi telah berjaya mengumpulkan artis-artis seperti Diana Amir dan Yana Samsudin dari filem Aku Masih Dara, Black Mentor, Daus AF8, Azwan dan Shy8 dari filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Raja Ilya dan Kristina dari filem Appalam, serta Aurora Salwa. Selain dari beramah mesra, bergurau senda dan berkenalan anatara satu sama lain, peserta yang hadir telah berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik tajaan Sony Music  Entertainment Malaysia, Warner Music Malaysia, Dutch Lady, Tohtonku, Tayangan Unggul, Metrowealth, Matahari, O'slee, TuneTalk, Berjaya HVN dan Graphicraft.

Pelbagai gelagat dan aksi peserta-peserta dapat disaksikan semasa Jom Boling! Bersama Tupai berlangsung. Dengan pelbagai strategi yang digunakan oleh sepuluh pasukan yang bertanding nyata berjaya membuatkan Pin Junction riuh rendah! Permainan yang berlangsung sebanyak dua pusingan ini dikira dengan mata jatuhan pin bagi menentukan juara Jom Boling! Bersama Tupai.

Selain hadiah bagi Juara, Tempat Kedua dan Ketiga, hadiah bagi peserta yang berjaya mengutip jumlah mata paling banyak dan peserta yang berjaya membuat balingan 'strike' paling banyak juga disediakan.

Pasukan paling aktif dan menggunakan strategi berhenti makan dahulu yang dianggotai oleh Yana, Alif, Roy dan Yanie telah berjaya memenangi hadiah utama, Yanie(KRU) dari pasukan tersebut juga telah berjaya menggondol gelaran peserta yang mengumpul mata tertinggi dalam permainan dan tercalon bagi peserta yang mendapat balingan 'strike' paling banyak bersama Azriana(Sony Music). Jom Boling! Bersama Tupai yang tamat pada jam 5.30 petang di akhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai. Muka kepuasan dan kegembiraan jelas terserlah pada setiap wajah peserta-peserta yang terlibat dalam acara Jom Boling! Bersama Tupai.

Nantikan galeri Jom Boling! Bersama Tupai, melihat aksi-aksi peserta yang tersangat la aktif dan pasukan-pasukan yang menang!

Antara peserta paling happening dan paling banyak dapat hadiah, Yanie(KRU)

Diana Amir fokus ketika membuat balingan.

Kredit kepada PIXEL Photo DESIGN bagi gambar-gambar Jom Boling! Bersama Tupai.

ROCK THE WORLD Kembali Lagi!

By : TUPAI

Rock The World kembali lagi! Pada tahun ini adalah ulangtahun ke sepuluh Rock The World yang dibawakan oleh Fat Boys. Gig besar-besaran yang diadakan setiap tahun ini sentiasa dinanti ramai terutama sekali remaja yang minat akan kumpulan muzik tanah air.

Diadakan ditempat yang sama pada Rock The World 9 tahun lalu, Tempat Letak Kereta B, Stadium Bukit Jalil, pada 26 Disember 2010 jam 10 pagi. Ulang tahun sedekad Rock The World kali ini membariskan 'comeback' kumpulan-kumpulan muzik tanah air yang pernah bermain di Rock The World sebelum ini seperti One Buck Short, Sevencollar T-Shirt, Republic Of Brickfields, Disagree dan banyak lagi. Ticket boleh didapati di Ticketpro, Rock Corner, Music Valley atau terus beli di pintu masuk pada 26 Disember ini.


One Buck Short

Disagree

Sevencollar T-Shirts


Fenomena MIYABI Di Indonesia!

By : TUPAI

Kalau dR.Rozmey dikhabarkan untuk memanggil Pamela Anderson untuk projek barunya nanti, di negara jiran  kita,Indonesia sedang 'panas' dengan filem baru lakonan bintang lucah kacukan Jepun, Perancis dan Kanada dari Jepun iaitu Maria Ozawa atau dikenali dengan panggilan manjanya, Miyabi.

Miyabi yang pernah menggemparkan dunia hiburan Indoensia dengan filemnya, Menculik Miyabi dulu menyiapkan filem lakonan barunya dalam filem seram yang bertajuk Hantu Tanah Kusir. Filem mengenai suatu tempat perkuburan yang diberi nama Tanah Kusir yang penuh misteri, pemujaan dan hantu. Kebanyakan peminat-peminat beliau terutamanya di Indonesia menantikan kemunculan filem ini dilayar perak. Di laman Facebook Maria Ozawa, kebanyakan peminat-peminat beliau memuji hasil lakonannya dalam Hantu Tanah Kusir. Tidak pasti dari segi mana mereka memujinya, dari lakonan atau keseksian Miyabi dalam filem tersebut.

Menurut media-media di Indonesia, kedatangan Miyabi ke Indonesia pada akhir November lalu untuk promosi filem barunya itu menimbulkan satu fenomena baru, bukan sahaja dari peminatnya malahan dari beberapa pihak yang tidak berapa suka akan kedatangan beliau seperti Front Pembela Islam(FPI). Semua lapangan terbang di Indonesia telah di jaga oleh FPI untuk menantikan kehadiran Miyabi. Tidak diketahui tujuan mereka berkumpul di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta untuk menghalang Miyabi dari membuat promosi filem barunya itu atau mereka inginkan autograf Miyabi.

Filem Hantu Tanah Kusir ini telah ditayangkan di pawagam-pawagam Indonesia bermula pada 25 November yang lepas. Mari kita lihat trailer filem Hantu Tanah Kusir yang bikin 'panas' di Indonesia!

Ketabahan Seorang HANI

By : TUPAI

Cuti sekolah telah pun bermula. Adik-adik comel yang duduk melepak dirumah tidak membuat apa-apa sebelah malam, dari pada melepak di tepi longkang, berpeleseran di pusat membeli-belah tu seeloknya duduk di depan kaca televisyen buka siaran TV3.

TV3 melalui slot Lestary, akan hadir dengan drama terbaru, Hani. Hani, sebuah drama 13 episod ini akan dibintangi oleh Nur Fathia, Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah, Rozita Che Wan, Esma Daniel, Nurul Elfira Loy, Zarynn Min, Airis Yasmin dan Ngasrizal Ngasri. Drama yang mengisahkan ketabahan seorang pelajar tingkatan lima yang akan menduduki SPM menjadi buta selepas menjalani pembedahan untuk menyelamatkan otaknya.

Sebuah lagi drama yang bagus untuk tontonan remaja-remaja diluar sana, drama Hani telah disutradarakan oleh Heykal Hanafiah dan akan mula ditayangkan bermula 7 Disember 2010 jam 9.00 malam pada setiap hari selasa. Selamat menonton ye adik-adik!


Ummu Hani dilakonkan oleh Nur Fahtia

Nama Artis Hollywood Yang Susah Disebut

By : TUPAI
Jika sudah bergelar artis, segala aspek diambil perhatian. Baik dari segi pakaian, tutur kata, rambut, badan, tempat tinggal dan banyak lagi akan menjadi perhatian orang. Begitu juga dengan nama mereka. Nama begitu penting dalam industri hiburan untuk diingati ramai.

Bukan bertujuan untuk mengutuk, merendahkan atau memainkan nama seseorang, tetapi lain tempat lain rekabentuk nama mereka. Ada artis yang mempunyai nama yang susah disebut, berbelit-belit lidah hendak menyebutnya, apatah lagi untuk dingat dan dieja. Mari kita lihat artis-artis Hollywood yang susah namanya untuk disebut!

Arnold Schwarzenegger


Ali Fedotowsky

David Strathairn

George Stroumboulopoulos

Liev Schreiber

Mahershalalhashbaz Ali

Mia Wasikowska

Shia Labeouf

Stephanie Szostak

Zach Galifianakis

Jangan sampai pening kepala untuk menyebut dan mengeja nama mereka ye!

AKU MASIH DARA filem kontroversi penutup 2010?

By : TUPAI

Selepas mengarah "Syurga Cinta" pada tahun 2009, Ahmad Idham kembali dengan sebuah lagi filem berbentuk Islamik berjudul "Aku Masih Dara" (AMD) yang bakal ditayangkan di pawagam pada 16 Disember akan datang.

Menampilkan pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23), Yana Samsudin, Raja Farah dan Diana Amir sebagai peneraju utama, tajuk filem ini juga sudah pasti mampu membangkitkan kontroversi.

Jika sebelum ini Ahmad Idham menampilkan "nasi lemak 50 sen" dalam "Cuti-Cuti Cinta", kali ini "aku sangap lubang" dan "semua perempuan pakai tudung sebab nak cover lovebite" adalah antara petikan dialog yang boleh didengari ketika menonton AMD. Tambahan gaya seksi yang ditampilkan menerusi treler filem sahaja sudah cukup mampu menarik penonton ke panggung.

Selain Yana, Raja Farah dan Diana, AMD turut dilakonkan oleh Farid Kamil dan Ashraf Muslim. Yang pasti, ramai gadis-gadis akan mempunyai impian untuk mendapatkan suami idaman seperti Ustaz Firdaus iaitu watak yang dilakonkan oleh Ashraf selepas menonton filem ini.

Sebelum ke pawagam pada 16 Disember ini, apa kata kita tengok gambar-gambar daripada filem yang berdurasi 85 minit dan diklasifikasikan sebagai PG13 ini.


















Advertisement
Advertisement

- Copyright © Tupai - Ada Hiburan, Ada Stail! -