Fenomena SEARCH & WINGS Kembali

Posted by TUPAI

Selepas kejayaan dua siri konsert yang berlangsung di Kuala Lumpur dan Johor Bahru pada pertengahan tahun 2010, dua gergasi rock negara, Search dan Wings akan kembali mengegarkan  pentas menerusi dua siri konsert Double Trouble iaitu "DiGi Live : Konsert Gemuruh DT Search & Wings" yang dibawakan secara ekslusif oleh RYE Productions Sdn. Bhd. dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terkenal, DiGi Telecommunications Sdn Bhd.

Dua siri konsert tersebut akan diadakan di utara tanah air bertempat di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 18 Disember dan Surf Beach, Sunway Lagoon pada 25 Disember 2010.

Search dan Wings akan mendendangkan rangkaian lagu-lagu popular mereka yang telah menjadi pujaan peminat sejak sekian lama dalam konsert yang dijangka berlangsung selama dua jam itu. 

Antara lagu akan dipersembahkan oleh Search adalah Fantasia Bulan Madu, Isabella, Pawana, Fenomena, Meniti Titian Usang, Opera Hidup, Derap Komando dan banyak lagi. Sementara Wings pula akan tampil dengan lagu-lagu popular mereka seperti Pentas Opera, Peronda Jaket Biru, Rock 'n' Roll Lu Punya Suka, Sejati, Taman Rashidah Utama dan Bernafas Dalam Lumpur. 

Kepada peminat dua kumpulan gergasi rock ini jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket konsert tersebut. Harga tiket masih kekal iaitu RM70.

Search 
Wings 

Hero NAKED GUN Meninggal Dunia

Posted by TUPAI

Pelakon terkenal Hollywood, Leslie Nielsen, 84 telah meniggal dunia pada 28 November 2010 yang lalu semasa tidur akibat kegagalan paru-paru berfungsi.

Dilahirkan pada 11 Februari 1926 di Kanada, Nielsen pernah berkhidmat dengan Royal Canadian Air Force kemudian menjadi disk jockey(DJ) sebelum menceburi bidang lakonan.

Nielsen yang terkenal dalam filem bersiri Naked Gun, Airplane! dan juga Scary Movie telah memulakan kariernya pada 1950 untuk sebuah rancangan televisyen, Television Golden Age dan pada tahun 1956 mendiang telah keluar dengan filem pertamanya, Ransom.


Pelakon filem parodi terkenal ini pernah mendapat Anugerah UCLA's Jack Benny dan juga ACTRA Award Of Excellence. Pemergiannya meniggalkan isteri keempatnya, Barbaree Nielsen dan dua anak perempuannya, Thea dan Maura.

Leslie Nielsen dalam Naked Gun

Eva Longoria tak nak anak?

Posted by TUPAI

 
Nampaknya khabar angin yang mengatakan Eva Longoria bakal mengambil anak angkat dari Haiti adalah tidak benar! Perkara ini telah pun disahkan oleh sumber rapat kepada aktres "Desperate Housewives" ini.

Selepas menfailkan penceraian daripada suami Tony Parker, Eva dikatakan sangat kecewa dengan perpisahan itu dan banyak menghabiskan masa dengan pelakon lain daripada drama bersiri popular itu.

Seperti yang dipetik daripada People.com, sumber rapat itu memberitahu, "Eva sangat kecewa. Walaubagaimanapun dia mengharapkan yang terbaik buat Tony. Eva inginkan perpisahan ini setenang yang mungkin. Tony adalah seorang yang baik dan Eva inginkan yang terbaik buatnya."

Eva telah menfailkan perceraian daripada Tony baru-baru ini

Glee : Christmas Album Top 10 Carta Billboard!!!

Posted by TUPAI

Siri drama yang mendapat sambutan hangat pada masa kini, "Glee" telah mengeluarkan Album bersempena Hari Natal yang akan muncul tidak lama lagi. "Glee: The Music, The Christmas Album" telah laris dijual sehingga menduduki tempat  ke lapan dalam carta Billboard's Top 200. Album tersebut telah terjual sebanyak 161,198 dalam masa seminggu. "Glee: The Music, The Christmas Album" mengandungi lagu-lagu klasik seperti "Angels We Have Heard On High", "We Need A Little Christmas" dan yang istimewanya ialah " You're A Mean One Mr Grinch".  



Dewi Perssik & gambar half naked... sekali lagi!

Posted by Nona Andika

Tak habis-habis lagi kontroversi yang dibuat oleh penyanyi dangdut dan pelakon berasal dari negara jiran Indonesia iaitu Dewi Perssik. Kepada yang tak berapa familiar, Dewi pernah membintangi filem seperti "Tusuk Kuntilanak" dan juga "Tiran Mati Di Ranjang".

Baru-baru ini selepas pergaduhannya bersama seorang lagi penyanyi dangdut, Julia Perez di set penggambaran, Dewi mencetus kontroversi apabila gambarnya tidak berpakaian dan hanya ditutupi rambut panjang beredar di internet.

Seperti yang dipetik daripada KapanLagi.com, Dewi mengaku gambar tersebut adalah miliknya. Menurutnya gambar yang sepatutnya menjadi milik peribadi itu telah diambil selepas penggambaran muzik video di pejabat milik Ahmad Dhani, Republik Cinta Management. Walaubagaimanapun Dewi tidak mengetahui siapa yang telah bertindak menyebarkan gambar tersebut.


Ini dia gambar-gambar Dewi Perssik yang
telah beredar di internet

Pasha lamar kekasih

Posted by TUPAI

Akhirnya terjawab sudah desas desus tentang vokalis kumpulan Ungu untuk melamar kekasih hatinya Adelia Wilhelmina. Tanggal 28 November 2010, Keluarga besar Pasha akan berkunjung ke rumah orang tua Adelia di Bandung untuk melakukan proses lamaran. Apa yang istimewanya tarikh 28 November 2010 dipilih adalah sehari selepas Pasha menyambut hari ulang tahunnya yang ke 31 tahun. Pasha yang bernama lengkap Sigit Purnomo, lahir pada tanggal 27 November 1979.

Menurut kata kakak Pasha, Emil Salim, "Pasha sendiri meminta acara lamaran di undur sehari kerana selepas menyambut hari ulang tahunya dia mempunyai show. Kerana katanya nanti supaya tidak kelihatan terkejar-kejar", ungkap Emil.

Tambahnya lagi, Acara lamaran itu akan berlangsung pada sebelah pagi. InsyaAllah, mohon doa supaya acara akan selesai pada sebelah petang,". Katanya. Pasha yang sebelum ini pernah menafikan akan melamar kekasih hatinya yang merupakan seorang Pramugari.  

Pasha dengan gaya rambutnya yang baru 

NGANGKUNG, Komedi Yang Bermesej

Posted by TUPAI

Filem komedi seram, Ngangkung telah keluar dipawagam bermula semalam, 25 November 2010 dengan jayanya. Ngangkung yang di barisi Shaheizy Sam sebagai watak utama memaparkan kisah dalam kehidupan segelintir orang yang inginkan kesenangan dengan jalan yang mudah. Sanggup memuja untuk mendapatkan kesenangan sehingga keluarga menjadi kucar kacir.

Nama Shaheizy Sam sedang meningkat naik setelah Adnan Sempit. Digelar Johny Depp Malaysia, Shaheizy Sam telah berjaya merangkul beberapa anugerah di dalam kariernya. Walaupun semakin mendapat pujian dari pelbagai pihak, Shaheizy Sam masih tidak berpuas hati dan merasakan perjalanannya masih bermula. 
Team Tupai telah berjaya mendapatkan Shaheizy Sam bagi temubual ekslusif bagi filem Ngangkung. Mari kita ikuti bersama!

Shaheizy Sam memegang watak Azim dalam Ngankung. Boleh ceritakan serba sedikit mengenai Ngangkung?
Dalam cerita Ngangkung, saya membawa watak Azim yang tak ceria dan bosan. Watak yang saya bawa ini inginkan pembaharuan dan telah mengikut kawannya bermain judi serta memuja untuk mendapatkan nombor ekor.

Apa perbezaan watak yang dibawa Shaheizy Sam dengan filem yang lepas?
Perbezaan yang paling ketara ialah ciri fizikal watak yang dibawa, contohnya dari segi suara dan perangai. Pada Ngangkung watak saya adalah serius berbanding filem yang lepas.

Dalam pengambaran Ngangkung, apa perkara yang paling susah bagi Sam?
Perkara yang paling susah sekali adalah jarak, jauh dari rumah. Banyak lokasi pengambaran adalah jauh dari rumah. Susah untuk balik ke rumah. Lagi satu ada lokasi-lokasi yang orang kata 'keras', banyak benda yang perlu dijaga.

Jika dilihat jalan cerita Ngangkung berkaitan dengan pemujaan nombor ekor, adakah Sam percaya perkara-perkara macam tu?
Saya percaya benda-benda halus itu ada. Bergantung pada orang, saya sebagai Muslim percaya benda-benda macam ni walaupun saya tak pernah lihat. Pemujaan seperti ini pun masih lagi berlaku sekarang walaupun dunia sudah moden.

Apa yang menarik dalam Ngangkung supaya orang datang menonton di pawagam?
Cerita ini berunsur komedi, terselit juga mesej-mesej yang ada walaupun cerita ini komedi. Cerita mengenai seorang yang menjadi teruk akibat ingin menjadi senang dengan memuja nombor ekor. Boleh dijadikan teladan kepada penonton dalam bentuk komedi.

Berapa lama Sam menceburkan diri dalam dunia seni?
Saya bermula dengan beberapa babak dalam filem, dan beberapa drama. Bermula dari tingkatan 3 saya mendapat tawaran dalam telemovie sehingga kini. Saya malu pada mulanya, kerana masih baru dalam industri seni. Kira-kira dalam 14 tahun sudah saya menceburkan diri dalam dunia seni.

Dalam filem-filem Sam berlakon sebelum ini ada beberapa perkataan yang menjadi ikutan ramai. Adakah Ngangkung juga ada perkataan yang akan diingati penonton?
Seperti Adnan Sempit, ada perkataan yang diingati penonton, sampai sekarang masih lagi diguna. Bagi setiap filem yang saya berlakon ada tag line yang digunakan seperti Kongsi yang akan keluar tahun depan "Lu Langsi, Lu Mati". Bagi Ngangkung pula anda haruslah datang ke pawagam untuk menyaksikan sendiri komedi yang akan anda ingati.

Itu sahaja temubual Team Tupai bersama Shaheizy Sam, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ngangkung boleh la ke pawagam yang berhampiran untuk saksikannya sendiri.

Untuk melihat trailer Ngankung sila klik di sini. 

Shaheizy Sam dalam Ngangkung

MAT GELAP di Coliseum!

Posted by TUPAI

Kepada yang tiada aktiviti pada hari Sabtu (27 November) ini, apa kata kita ke Panggung Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk menyaksikan filem komedi tahun 90-an arahan Zarul Al-Bakri iaitu "Mat Gelap"?

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan menayangkan kembali filem lakonan Imuda, Liza Othman, Jit Murad dan Zahim Al-Bakri ini pada jam 12.00 tengahari.

Oh, masuk adalah percuma dan anda juga berpeluang bertemu bintang pujaan anda di sana!



Hujan Di Pelancaran Album HUJAN

Posted by TUPAI

Hujan berpayung ketika perlancaran

Seperti kena dengan nama band ini, hujan turun dengan lebatnya semasa perlancaran album terbaru Hujan, Lonely Soldier Boy di pusat membeli belah, Times Square. Walaupun hujan turun dengan lebatnya, ini tidak membantutkan majlis perlancaran album baru mereka.

Kumpulan yang membawa pulang dua trofi di AIM untuk kategori Album Rock Terbaik dan Lagu Rock Terbaik ini hadir dengan 14 buah lagu,dengan 10 daripadanya adalah lagu baru didalam album terbaru mereka, antaranya ialah Inspektor Remos, Kita Tidak Peduli, Bagaikan Matahari dan Kasihan.

Melihatkan kulit album Lonely Soldier Boy yang berunsurkan kartun yang di inspirasi dari kartun jepun tahun 80 an, album terbaru dari mereka nyata membawa sedikit kelainan dari yang lepas. Di majlis perlancaran semalam juga turut ditayangkan klip video bagi lagu terbaru mereka, Muda.
Selesai majlis perlancaran album Lonely Soldier Boy, Hujan persembahan showcase untuk peminat-peminat.  Beberapa rakan artis yang turut hadir semasa persembahan showcase mereka antaranya ialah Aizat Af, Jayzuan, Dina,  dan beberapa lagi artis lain. Sebanyak lapan lagu telah disampaikan dengan bertenaga dan diakhiri dengan sesi bertemu peminat.



Saya Tak Tahu Wujudnya Kontroversi Itu - Remy Ishak

Posted by TUPAI

Sebut sahaja teater Natrah pasti ramai yang tahu tentang kontroversi yang melanda teater tersebut. Bahkan untuk pementasan Natrah yang kedua juga telah mencetuskan kontroversi disaat -saat akhir pementasan teater akan mula dipersembahkan kepada orang ramai.

Seminggu sebelum pementasan teater Natrah musim kedua dipentaskan, sang pengarah Erma Fatima telah menimbulkan kontroversi dengan menarik diri dari mengarahkan teater tersebut.

Kesempatan bertemu dengan Remy Ishak yang merupakan Hero dalam teater Natrah untuk bertanya tentang kontroversi yang tercetus, Remy menjawab, "Saya sebenarnya tidak tahu tentang kontroversi tersebut kerana saya sibuk dengan kerja saya. Sampai satu masa diaorang menelefon saya minta untuk datang pada sidang media Kak Erma kembali mengarahkan Natrah baru saya tahu wujudnya kontroversi ini.

Itupun saya terfikir juga masa bila pula Kak Erma menarik diri dari mengarah Natrah". Katanya ketika ditemui selepas habis pementasan teater Natrah di Istana Budaya malam semalam.

Bertanya tentang watak Remy sebagai Mansor Adabi dalam Natrah kedua ini, dia membalas "Bila diberi peluang kali kedua untuk membawakan watak tersebut saya akan memberikan yang terbaik dari yang tahun lepas. Dari segi skrip masih sama, perkembangan watak pun tidak ada, cuma dari pandangan peribadi saya olahan cerita lebih kemas.

Selain Remy, teater tersebut turut dibintangi oleh Maya Karin, Umie Aida, Datin Sofia Jane, Liana Jasmay, Nabila Huda, Aaron Aziz, Fizz Fairuz dan ramai lagi. Teater Natrah akan mula dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula pada 25 November 2010 sehingga 5 Disember 2010.



Johan: "Saya Bukan Pelawak, Cuma Penghibur"

Posted by TUPAI


Johan Raja Lawak, satu nama yang semakin meningkat naik ketika ini. Seorang pelakon, pelawak dan juga pengacara ini semakin banyak mendapat tawaran dalam bidang lakonan dan rancangan televisyen. Bermula sebagai seorang peserta dalam rancangan Raja Lawak, Johan telah mengembangkan sayap ke bidang lakonan dalam beberapa filem seperti Hantu Mak Limah Balik Rumah dan terbaru yang masih dalam penggambaran ialah Bujang Terlajak. Pengacara yang kerap kali digandingkan dengan Zizan, mempunyai cara yang sendiri dalam membuat penonton ketawa. Walaupun diulit beberapa kontroversi, Johan tetap berada dalam landasannya tersendiri.

Dalam temubual ekslusif di set lokasi filem Bujang Terlajak arahan Prof Razak Mohaideen  yang lepas, Johan telah menceritakan tentang filem Bujang Terlajak, pengalaman serta kisah setelah bergelar penghibur. Tambahnya lagi tidak senang untuk menjadi seorang penghibur, memerlukan skil dan latihan untuk membuatkan orang ketawa. Selain dari Johan Raja Lawak, Bujang Terlajak turut dibintangi oleh Saiful Apek, Nabil dan Fazura.

Mari ikuti temubual ekslusif bersama Team Tupai!

Boleh Johan ceritakan sedikit tentang watak di dalam cerita Bujang Terlajak ini?
Dalam cerita Bujang Terlajak, saya memegang watak sebagai Johan, nama saya sendiri yang berpura-pura menjadi orang kurang upaya untuk memikat Puteri(Fazura). Tetapi di saing hebat oleh kawan Johan, iaitu Apek dengan Nabil. Seorang menjadi pekak, buta dan bisu.

Bagaimana Johan rasa apabila dapat bekerja bersama Apek, Nabil dan Fazura dalam Bujang Terlajak?
Apek dan Nabil gila-gila dan memudahkan saya berkomunikasi dengan mereka. Selalu juga buat rehearsal untuk mendapatkan keserasian.

Johan sudah dua kali berlakon di bawah arahan Prof Razak, bagaimana rasanya berlakon dibawah arahan Prof?
Prof senang dibawa berbincang, jika ada apa-apa saya akan bertanya dan menunggu arahan dari dia. Dia juga selalu "give and take", jadi kami sama-sama memahami antara satu dengan yang lain

Dikenali dalam dunia hiburan sebagai pelakon komedi. Adakah Johan tidak teringin mencuba watak yang lebih serius?
Dalam cerita Halimah Jongang saya pernah membawa watak yang serius. Itu satu je la setakat ini. Saya tak kisah watak apa yang diberi, itu tanggungjawab saya tetapi bergantung juga kepada pengarah itu sendiri bagaimana dia membawa ceritanya. Pengarah itu yang memainkan peranan dalam pembentukan watak yang saya pegang.

Dalam karier Johan juga dikenali sebagai pengacara Raja Lawak, apa perkembangan Raja Lawak setakat ini?
Raja Lawak dalam perangcangannya akan bermula dalam bulan Januari tahun depan. Tahun ini akan mencari yang berpotensi tinggi dan kami akan terbang ke Sarawak pada tahun ini. Saya sendiri akan kesana dan melihat sendiri peserta, satu pengalaman yang berlainan dan mencabar kepada saya.

Kalau dilihat realitinya Johan, Zizan dan Nabil sahaja yang menyerlah dari Rancangan Raja Lawak. Mana pergi peserta yang lain?
Sebenarnya mereka ada, mungkin ada peluang bagi mereka cuma mereka tidak mahu ambil peluang yang ada. Kalau di ikutkan saya adalah nombor 3 dan Zizan nombor 2, apabila peluang tu datang saya ambil dan tonjolkan apa yang saya ada.


Adakah Johan puas dengan apa yang dicapai sekarang?
Bagi saya, manusia tidak pernah puas, begitu juga dengan saya. Mungkin sampai ke mati saya tidak akan puas dan inginkan lagi dan lagi. Cuma bagi saya yang sederhana sudah mencukupi, cukup dengan tahap saya sekarang ini.

Apa lagi yang Johan belum capai lagi dalam bidang lakonan?
Apa yang saya nak, pertama sekali adalah cari rezeki untuk keluarga saya. Saya mahu keluarga saya hidup senang dan bahagia. Kalau saya dapat anugerah sekali pun saya tidak boleh gadai anugerah tu.

Sebagai anak saudara kepada Salleh Yaakob, bagaimana perasaan menjadi anak saudara kepada seorang pelawak terkenal?
Bagi saya perasaan tu biasa sahaja. Saya menjadi diri saya dana kalau melihat saya dengan pakcik saya lebih kurang sahaja. Kalau ada orang kata saya macam Salleh Yaakob pun saya tak kisah kerana saya ada pertalian darah dengannya, jika ada yang kata saya macam Apek atau Nabil maksudnya saya dah meniru mereka.

Kalau kita lihat Salleh Yaakob sebagai pelakon,penyanyi,pengacara,pelawak dan juga dj radio, adakah Johan akan jadi seperti beliau?
Bagi saya itu adalah kepelbagaian, pelbagai bakat yang ada pada beliau. Saya rasa saya ada  bakat seperti itu dan saya ingin menjadi seperti itu. Tidak semestinya untuk menghiburkan orang hanya dengan berlawak, banyak juga cara lain yang boleh digunakan untuk menghiburkan orang.

Selain dari filem Bujang Terlajak, ada projek lain tak selepas ini?
Buat masa sekarang program Oh Yeah bersama Afdlin Shaukli. Ada juga Alang Menanti Malang oleh Yob Hitler sebanyak 13 episod dan pada tahun depan ada projek terbaru bersama Afdlin Shauki, Along Bukit Beruntung.

Soalan terakhir, bagaimana Johan membahagikan masa bersama keluarga?
Saya kalau sedang bekerja memang kekurangan masa untuk bersama keluarga dan saya cuba mencari masa yang terluang bersama keluarga. Kalau cuti pun saya akan duduk dirumah bersama dengan anak saya.

Itu sahaja temubual khas kami bersama Johan, nantikan kemunculannya pada tahun hadapan dalam Bujang Terlajak.


NATRAH Sudah Jadi Teater Bollywood?

Posted by TUPAI


Hasil kejayaan musim pertama, malam tadi berlangsungnya malam perlancaran teater Natrah musim kedua. Dihadiri oleh barisan-barisan VIP, rakan-rakan artis dan juga rakan-rakan media untuk menyaksikan Natrah musim kedua ini. Hasil dari Natrah yang pertama, Istana Budaya telah penuh dengan penonton-penonton yang ingin menyaksikan kehebatan teater Natrah musim kedua ini.

Dengan dibarisi oleh nama-nama besar dalam industri seperti Sofea Jane, Zila Jalil, Maya Karin, Remy Ishak, Aaron Aziz, Umie Aida, Fizz Fairuz dan Liyana Jasmay, Erma Fatima berjaya mengajak penonton untuk datang menghayati teater arahannya. Natrah yang mengisahkan konflik agama dan isu penjagaan terhadap Natrah sehinggalah berlakunya rusuhan di Singapura.


Untuk Natrah musim kedua ini terdapat kejutan dimana terdapat unsur-unsur tarian Bollywood! . Meriah dan penuh berwarna-warni, seperti menonton cerita Hindustan.

Semasa sesi soal jawab bersama media, Erma Fatima telah ditujukan pertanyaan mengenai unsur-unsur tarian Bollywood yang diselit dalam Natrah musim kedua ini. Erma menegaskan beliau tidak membuat teater mengenai sejarah melainkan kisah cinta Natrah, sejarah hanya latar belakang semata dan tarian Bollywood itu hanya untuk tujuan hiburan.

Bagi Remy Ishak pula ini adalah kali pertama beliau menari dalam lakonannya baik teater ataupun drama. Walaupun ini pertama kali menunjukkan bakat tariannya, Remy tidak malu untuk menari kerana ini telah menjadi tanggungjawabnya dalam teater Natrah. Mendapat latihan oleh selama sebulan, lakonan Remy nyata tidak menghampakan dan tariannya sangat bagus!

Teater Natrah musim kedua ini akan mula dibuka untuk tayangan umum bermula hari ini, 25 November 2010 di Istana Budaya. Jangan ketinggalan menyaksikan teater Natrah; Cinta, Perjuangan Dan Air Mata.





NATALI Filem Erotik 3D

Posted by TUPAI


Wahh, filem erotik dalam 3D? Dahsyat sungguh dunia perfileman sekarang. Segalanya nak dibuat dalam 3D termasuklah cerita berunsurkan erotika! Cerita yang diberi tajuk "Natali" mungkin memberi impak yang besar kepada penonton.

Mengisahkan konflik percintaan, filem berdurasi 90 minit ini mempunyai adegan-adegan yang boleh menimbulkan nafsu ghairah. Cuba bayangkan jika filem biasa yang ada aksi bogel, cium-cium dan aksi ranjang biasa sahaja sudah dahsyat impaknya, jika dalam 3D lagilah berpuluh kali impaknya!

Mungkin boleh buat kutipan tertinggi dalam sejarah Korea. Mungkinkah "Natali" akan masuk ke pawagam Malaysia? Sama-sama kita nantikan.

Sebelum itu mari kita lihat gambar-gambar filem "Natali" yang panas ini! Jangan tenung lama sangat pula ya.


 



 

Poster Natali yang akan hadir dalam 3D

SEKSI & EKSOTIK Victoria's Secret

Posted by TUPAI


Wow!!!Hangat sungguh "2010 Victoria's Secret Fashion Show". Victoria Secret memang terkenal dengan koleksi-koleksi pakaian dalam yang seksi dan menawan. Semestinya jenama terkenal ini menjadi pilihan selebriti-selebriti terkenal dunia. "Victoria's Secret Fashion Show" kali ini menampilkan tema yang unik dan chic. 

Acara itu dimeriahkan oleh Katy Perry dan Akon serta model-model ternama seperti Adriana Lima, Alessandra Ambrosio, Rosie Huntington- Whiteley, Chanel Iman dan Karolina Kurkova. 

Jom saksikan gambar sekitar acara "2010 Victoria's Secret Fashion Show"..

Model terkenal Adriana Lima bersama Akon










Katy Perry ketika membuat persembahan lagu "Hot N Cold", "California Gurls" dan "Teenage Dream" 


Katy Perry bersama Akon 

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook