Setelah mentakluki Jepun and Taiwan, Girls Generation kini kembali dengan album mini mereka yang ketiga berjudul "Hoot"! Apa maksudnya "Hoot"? Mengikut penerangan peminat di Korea, "Hoot" adalah sebutan yang bermaksud 'ketawa'.
Selepas mengumumkan bahawa Girls Generation akan kembali dengan lagu yang baru, peminat mereka berasa amat teruja sehingga 'teaser' muzik video untuk "Hoot" mencecah satu juta dalam Youtube! Pada 26 Oktober 2010, Girls Generation juga meraih tempat pertama di Jepun dengan single Jepun mereka yang bertajuk "Gee"! Ini tidak termasuk pada hari tersebut, lagu "Hoot" dijual di beberapa laman web muzik digital termasuk Soribada, Melon, Dosirak, Naver, Daum, Bugs, Cyworld dan Monkey. Pastinya lagu tersebut juga meraih tempat pertama di semua laman web! Album mini "Hoot" telah dilancarkan pada 27 Oktober 2010, dan semestinya, ia telah merangkul kesemua carta muzik di Korea.
![]() |
| Album "Hoot" meraih tempat pertama pada hari yang sama ia dilancarkan! |
![]() | |
| Muzik video bagi "Hoot" telah mencecah 2 juta di Youtube dalam masa dua hari sahaja! |
Ingin lihat konsep baru bagi setiap ahli Gils Generation? Jom tengok gambar rasmi yang diterbitkan oleh SM Entertainment!
![]() |
| Taeyeon |
![]() |
| Yuri |
![]() |
| Jessica |
![]() |
| Sunny |
![]() |
| Tiffany |
![]() |
| Hyoyeon |
![]() |
| Seohyun |
![]() |
| Sooyoung |
![]() |
| Yoona |

tentang kisah cintanya telah membuatkan penerbit tertarik untuk mempotrait kisah hidupnya dalam bentuk visual. Kepada peminat setia ladenga ini jangan lupakan saksikan filem "Bruce Lee, My Brother" di pawagam berhampiran anda.Filem yang bergenre aksi, biografi dan documentari ini dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat antaranya Aarif Lee, Christy Chung, karen Mok dan Tony Leung Ka-Fai. Dia rahkan oleh Manfred Wong dan Raymond Yip Wai Man. Filem di edarkan oleh RAM Entertainment dan mula beraksi pada 25 November 2010.
Jom saksikan treler "Bruce Lee, My Brother".
| Antara barisan pelakon "Suatu Ketika... Akinabalu" |
Dalam loghat Dusun, "Akinabalu" sebenarnya bermaksud 'gunung nenek moyang'. Mungkin ramai yang tidak tahu atau menganggap ia perkara kecil dalam sejarah kita namun peristiwa Perang Dunia kedua yang berlaku antara 1943-1945 terus menghantui keluarga enam orang askar yang hampir terkorban. Sepanjang tempoh tersebut, Kawad Maut Sandakan-Ranau telah mengorbankan 2,428 tawanan perang tentera Kuasa Bersekutu.
Bagi mereka yang kurang tahu mengenai peristiwa ini, anda bolehlah menonton di Astro Citra apabila ia ditayangkan pada November akan datang. "Suatu Ketika... Akinabalu" menceritakan penderitaan yang ditanggung oleh enam askar berani mati dalam versi cereka berdasarkan kejadian sebenar itu.
| Pengarah "Suatu Ketika... Akinabalu", Khabir Bhatia |
Selepas peperangan Singapura pada tahun 1942, tawanan perang Australia dan British telah dihantar ke Utara Borneo untuk dikerahkan membina landasan terbang tentera dan kem tawanan perang di Sandakan. Oleh kerana tidak diberikan makanan dan rawatan perubatan sewajarnya, bilangan tawanan semakin berkurangan dan mereka yang masih hidup terlalu lemah untuk meneruskan kerja pembinaan. Kecewa dengan hasil kerja mereka, komanden kem, Kapten Hoshijima Susumu mengeluarkan perintah untuk menembak mati baki tawanan yang masih hidup. Walaubagaimanapun enam askar British telah berjaya melarikan diri dari Ranau.
"Suatu Ketika... Akinabalu" dilakonkan oleh Dira Abu Zahar, Gavin Stenhouse, Aaron Aziz dan Munif Isa. Siri pendek lapan episod ini yang diarahkan oleh Khabir Bhatia akan ditayangkan di Astro Citra (Saluran 131), setiap hari Ahad bermula 7 November 2010 pada jam 9.00 malam.
Memang comel sangat bila Nona Andika terjumpa video penyanyi popular Pete Gene Hernandez atau lebih dikenali sebagai Bruno Mars di YouTube ketika kecil. Dalam video ni, peminat boleh tengok Bruno Mars yang ketika itu berumur empat tahun menjadi pengajuk kepada Elvis.
Dilahirkan dan dibesarkan di Honolulu, Hawaii, Bruno Mars yang berusia 25 tahun ini sudah pun dikenali ramai dan popular dengan lagu single-nya "Just The Way You Are".
Jom layan video ni di pagi Jumaat dulu ya?
Ah! Akhirnya kita sudah ketahui sedikit info rasmi mengenai filem francais terbaru "Batman". Pengarah Christopher Nolan sudah mengumumkan tajuk filem ketiga "Batman" yang berjudul "The Dark Knight Rises".
Seperti yang dipetik daripada temu ramah bersama Los Angeles Times, Nolan turut menidakkan spekulasi kononnya watak The Riddler akan memegang watak antagonis dalam filem tersebut. Nolan juga memberitahu mereka akan menggunakan watak-watak yang sama seperti yang mereka ada dan pada masa yang sama akan memperkenalkan beberapa watak baru.
Selepas filem pertama "Batman Begins" dan filem ketujuh yang mendapat kutipan tertinggi sepanjang masa, "The Dark Knight", filem "The Dark Knight Rises" dijadualkan akan ditayangkan di pawagam pada tahun 2012.
Seperti yang dipetik daripada temu ramah bersama Los Angeles Times, Nolan turut menidakkan spekulasi kononnya watak The Riddler akan memegang watak antagonis dalam filem tersebut. Nolan juga memberitahu mereka akan menggunakan watak-watak yang sama seperti yang mereka ada dan pada masa yang sama akan memperkenalkan beberapa watak baru.
Selepas filem pertama "Batman Begins" dan filem ketujuh yang mendapat kutipan tertinggi sepanjang masa, "The Dark Knight", filem "The Dark Knight Rises" dijadualkan akan ditayangkan di pawagam pada tahun 2012.
Anda pandai melawak? Mampu membuat orang ramai ketawa dengan lawak jenaka anda? Bagus! Mungkin anda lah yang dicari-cari oleh "Raja Lawak". Rancangan realiti televisyen popular yang sudah memasuki musim kelima ini sedang rancak menjalankan uji bakat. Destinasi berikutnya adalah di Go Down Theatherette, Kucing Waterfront, Sarawak pada 30 dan 31 Oktober 2010 dan terakhir adalah di The Mall, Kuala Lumpur pada 6 dan 7 November 2010.Kepada mereka yang berminat, anda haruslah berumur 18 tahun ke atas dan seorang warganegara Malaysia. Salah satu kriteria yang diperlukan adalah anda mesti mempunyai minat dan bakat di dalam bidang komedi. Iya lah, kalau tak macamana nak jadi the next "Raja Lawak" kan? Mereka yang menghadiri uji bakat ini akan membuat persembahan pentas secara spontan di hadapan juri dalam tempoh maksimum tiga minit. Anda boleh membuat persembahan solo atau berkumpulan tidak melebihi tiga orang.
Jadi, adakah anda the next "Raja Lawak"?
Sekitar uji bakat di Kota Kinabalu, Sabah
Johan dan Zizan masih lagi dikekalkan sebagai pengacara "Raja Lawak"
Ahhh, nampaknya pelakon yang menjadi pujaan ramai wanita, Robert Pattinson telah menolak tawaran daripada syarikat rakaman milik juri "American Idol", Simon Cowell untuk menjadi seorang penyanyi.
Dipetik melalui Sun daripada Britain, Pattinson merasakan Cowell sememangnya seorang lelaki yang bijak kerana dia 'mencipta' artis yang akan disukai ramai, namun tetap merasakan Cowell mampu melancarkan karier nyanyiannya.
"Saya seorang yang sangat mementingkan muzik saya. Saya akan mengambil gitar dan mainkan apa sahaja yang saya suka. Masalahnya saya tidak rasa ramai yang akan turut menyukainya," kata Pattinson.
Kepada peminat pelakon "Twilight", adakah anda akan membeli album Pattinson sekiranya ia berada di pasaran?
Nak beli tiket tengok filem 2 ALAM pada 18 November ini?
| Tiket tayangan perdana 2 ALAM ketika pelancaran Filem Festival Malaysia ke 23 di e@Curve |
Toksah! Beli sahaja album CD-nya!
| Ada lagu Ramli Sarip dan Amy Search! Anda mungkin tertanya-tanya - KENAPA? Senang sahaja jawapannya: filem 2 ALAM ini sebenarnya suatu music video lagu Ramli Sarip dan Amy Search yang panjangnya 86 minit! |
| DDR: "Ya bagusss!!" |
2 ALAM: Tontonlah di panggung 18 November ini kalau tak percaya!
Wow! Inilah treler teaser filem 3-D penyanyi Justin Bieber, "Never Say Never". Filem biografi Bieber ini bakal ditayangkan di Malaysia sekitar bulan Febuari tahun depan. Tupai rasa mesti ramai remaja-remaja perempuan yang akan pergi menonton filem penyanyi yang popular dengan lagu seperti "Baby" dan "Somebody To Love" ini.
Enjoy!
Enjoy!
Kontroversi terbaru yang dicetuskan oleh mereka adalah kisah mereka dilihat berpegangan tangan pada acara Motor GP di Sepang , Selangor pada 10 Oktober lalu.
Yang membuatkan Cik Ratu Kebaya pening kepala sekarang pelakon kecil manis Tiz tidak mengaku memegang tangan Remy, sedangkan pelakon lelaki itu mengesahkan mereka ada berbuat demikian. Kenyataan penafian Tiz kononya dia berpegangan tangan dengan Remy Ishak telah disiarkan dalam sebuah akhbar baru-baru ini.
Inilah pengakuan Remy Ishak, "Saya akui yang kami berpegangan tangan pada waktu itu. Tetapi bukan sebagai sepasang kekasih. Tiz sekadar seorang kawan.
"Lagipun kami ke acara itu beramai-ramai di mana pada waktu itu keadaannya agak sesak dan masing-masing memegang tangan sesama sendiri.
"Pada saya, ia adalah satu gosip yang cuba menjatuhkan karier saya dan ditokok tambah," tegasnya.
Seperti yang diketahui, kebanyakan artis-artis Hollywood memang tidak keberatan untuk ber-pose tanpa seurat benang untuk tatapanSudah pasti gambar-gambar mereka itu mencetus kontroversi, tapi ye lah.. sikap keterbukaan mereka mengatasi segalanya, bukan?
Nasib baiklah tiada lagi artis tempatan yang bersikap terbuka sebegini (ada lah segelintir, tapi depan masih tunjuk sopan)
Di sini Tupai akan menunjukkan cover magazine di mana selebriti Hollywood berani tampil memberi pose yang cukup maut ini. Enjoy!

Christina Aguilera di zaman 'dirrrty'nya
Christina Aguilera ketika mengandungkan
anak pertamanya, Max
Supermodel Bar Rafaeli

Angelina Jolie

Brooke Shields pada tahun 1997

Daisy Lowe

Demi Moore

Eva Mendes

Kim Kardashian

Gwyneth Paltrow

Heidi Klum

Jennifer Aniston

Nampaknya Jennifer Aniston memang tidak
kisah beri pose sebegini ya?

Jennifer Lopez

Jessica Biel

Kate Hudson

Kate Winslet

Lady Gaga

Lady Gaga

Lindsay Lohan

Mariah Carey

Model dan isteri Orlando Bloom, Miranda Kerr

Rachel Weisz

Rihanna

Rihanna di saat lagu popularnya "Umbrella"

Rosario Dawnson dan Rose McGowan

Barisan pelakon "True Blood"

Sacha Baron Cohen

Serena Williams

Tara Reid

Tom Ford bersama Kiera Knightley
dan Scarlett Johanson
























