Keseluruhan: 2.5
Plot: 3
Lakonan: 3
Efek Khas: 3.5
Sinematografi: 4
Tonton filem ini jika anda suka: "Tiran Mati Kemaren", "The Ring", "Ring O", "Nang Nak",
"Sundel Bolong"
"Tiran Mati Di Ranjang" adalah sebuah filem yang dilakonkan oleh Dewi Perssik, Indra L. Bruggman, Ayu Dewi dan Zuzana Chang. Mengisahkan tentang bagaimana seorang wanita yang sedang bertarung nyawa untuk bersalin cuba untuk menelefon suaminya Pak Dayat yang sedang berseronok melayan bahtera asmara bersama perempuan lain. Akibat oleh itu, wanita tersebut pun meninggal dunia diatas katil dirumahnya. Pak Dayat pulang ke rumah dan mendapati yang isterinya sudah tidak bernyawa lagi dengan mempunyai kesan darah mengalir di kakinya. Pak Dayat panik lantas membungkus mayat isterinya dan mengerat tubuhnya kepada beberapa bahagian dan disimpannya di dalam sebuah beg didalam stor di rumahnya.
Katil dan tilam yang mempunyai kesan darah isterinya juga dibungkus dan disimpan di dalam stor sehinggalah pada suatu hari Lisye, tauke sebuah kedai perabot ingin membeli perabot terpakai darinya. Pelbagai kejadian aneh berlaku apabila katil dan tilam tersebut dibeli oleh sepasang suami isteri Sussan (Dewi Perssik) dan Odie (Indra L. Bruggman) yang baru sahaja mendirikan rumah tangga yang juga berjiran dengan Lisye. Sussan yang sedang hamil 3 bulan seakan-akan telah dirasuk oleh hantu dari katil tersebut sehinggakan perangainya juga telah berubah. Hantu dari katil tersebut bangkit untuk membalas dendam terhadap semua termasuklah Pak Dayat dengan menggunakan tubuh Sussan sebagai pengantaranya.
Penulis merasakan yang filem ini mempunyai sebuah jalan cerita yang menarik dan typical, sama seperti filem-filem seram dari Indonesia dan Barat yang lain, motif utama hantunya adalah untuk membalas dendam. Terdapat juga sebuah adegan mengingatkan penulis kepada filem seram "Ring O" dan sebuah lagi filem seram Jepun suatu ketika dulu dimana penglibatan hantunya yang menggunakan teknologi seperti televisyen dan telefon bimbit untuk menakut-nakutkan mangsanya. Penulis merasakan tidak ada originality didalam filem ini tatkala menonton part tersebut. Mungkinkah pengarah Arie Azis merasakan jika memasukkan adegan tersebut dapat mengembalikan nostalgia filem-filem Barat yang pernah meletup pada masa dulu?
Kehadiran seorang hantu kanak-kanak perempuan yang sering mengacau pasangan suami isteri itu juga seolah-olah seperti tidak ada motifnya. Ini kerana jika dilihat dari sejarah awal permulaan filem ini, tidak ada pula menunjukkan yang hantu atau Pak Dayat mempunyai seorang anak perempuan yang perlu difokus didalam filem ini. Cukuplah dengan kehadiran seorang hantu yang ingin membalas dendam terhadap perbuatan suaminya itu supaya tidak diover-shadow oleh hantu kanak-kanak perempuan tersebut.
Apa-apa pun, filem ini hanya mampu untuk menghiasi industri filem seram di Indonesia sahaja selain dari menyajikan beberapa adegan lucah di ranjang!

DURASI PERADUAN:
1 OKTOBER 2010 - 14 OKTOBER 2010

Jom tonton "You Again"!
Apa perasaan anda jika anda harus menerima hakikat bahawa anda akan menjadi adik ipar kepada seorang wanita yang selalu membuli anda di zaman persekolahan? "You Again" menceritakan tentang bagaimana Marni (Kristen Bell) berdepan dengan pembulinya semasa di zaman persekolahan, yang juga anak kepada seorang pembuli yang selalu membuli ibunya (lakonan Jamie Lee Curtis) semasa ibunya berada di zaman persekolahan pada masa dahulu. Apakah pasangan anak dan ibu ini dapat menunjukkan kepada pembuli mereka siapa yang paling berkuasa?
Filem bercorak komedi ini dilakonkan oleh Betty White, Jamie Lee Curtis, Kristen Bell, Kristin Chenoweth dan Sigourney Weaver.
Saksikan filem terbaru terbitan Walt Disney Pictures ini,"You Again" di pawagam seluruh Malaysia bermula 21 Oktober 2010!

MAKLUMAT TAYANGAN
TARIKH: 20 Oktober 2010 (Rabu)
MASA: 9.00 malam
LOKASI: GSC Tropicana City Mall
TARIKH: 20 Oktober 2010 (Rabu)
MASA: 9.00 malam
LOKASI: GSC Tropicana City Mall
Ingin menonton filem terbaru lakonan Kristen Bell ini? Sertailah peraduan sekarang! Hanya jawab dua (2) soalan mudah mengenai filem ini dan berikan slogan yang paling menarik. Anda akan dipilih sebagai pemenang jika anda menghantar butiran peribadi yang lengkap, jawapan yang tepat dan semestinya slogan yang menarik dan unik!
SOALAN
1. Siapakah yang melakonkan watak sebagai Marni dalam filem "You Again"?
a. Julia Perez
b. Kristen Bell
c. Lisa Surihani
2. Apakah genre filem "You Again"?
a. Seram
b. Aksi
c. Komedi
SLOGAN
Saya ingin menonton filem ini kerana... (tidak melebihi dari 20 patah perkataan)
CARA PENYERTAAN
Pembaca TUPAI hanya perlu menghantar e-mel dengan menaip YOUAGAIN scr sebagai subjek. Lengkapkan dengan nama, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon beserta jawapan bagi kedua-dua soalan dan slogan di atas dan hantarkan e-mel tersebut ke peraduan@tupai.com.my
NOTA
• Peraduan akan berakhir pada 14 Oktober 2010 jam 11.59 malam.
• Senarai nama pemenang akan disiarkan di laman web www.tupai.com.my pada 15 Oktober 2010.
• Notis pemenang hanya dibuat melalui laman web. Sila layari portal hiburan terkini anda www.tupai.com.my untuk mengetahui anda adalah pemenang peraduan ini.
Semalam telah berlangsungnya majlis rumah terbuka hari raya bersama Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) 2010. Majlis tersebut diadakan di Dewan Tun Hussein Onn A, PWTC. Ramai juga artis yang hadir untuk memeriahkan majlis tersebut. Antaranya Pengerusi RIM, Norman KRU, Nabil, Altimet, Anna Raffali dan ramai lagi.
Jom intai siapa yang ada pada petang itu.
| Jac & Aliff Satar |
| Fiq & Kumpulan Mirwana |
| Norman (pengerusi RIM) & Adrisn zlim (Naib Pengerusi RIM) bergambar bersama tetamu VIP |
| Daus artis naungan KRU |
| Nabil & Altimet |
| Arrora Salwa |
| Anna Raffali bersama gitarnya |

Sebuah lagi filem animasi dari Walt Disney Pictures yang bakal menggegarkan pawagam di seluruh dunia tidak lama lagi iaitu "Rapunzel: A Tangled Tale". Filem yang mengetengahkan penyumbang-penyumbang suara berbakat besar seperti Donna Murphy, Mandy Moore dan Zachary Levi ini akan ditayangkan di panggung di Malaysia pada 25 November 2010 ini.
Sementara itu, apa kata kita saksikan dahulu treler filem "Rapunzel: A Tangled Tale" di bawah ini?
Keseluruhan: 2.5
Plot: 2
Lakonan: 2.5
Efek Khas: 3.5
Sinematografi: 2.5
Tonton filem ini jika anda suka: "Jangan Pandang Belakang Congkak", "Congkak"
Kalau dah genre sebuah lagi filem terbitan MIG Production ini iaitu komedi seram, MisS SaKurA dok ingat satu benda saja, boleh ke jual kat Malaysia ni? Tapi bila dah saksikan filem ini semasa di majlis pra-tontonnya khas buat media, ternyata filem ini mampu disajikan buat pengunjung-pengunjung pawagam terutamanya yang yang berbangsa Melayu.
MisS SaKurA bukan nak cakap apa, cara penyampaian komedi yang agak ringan ini tidaklah memeningkan kepala sangat, itu pasal MisS SaKurA cakap di awal perenggan tadi yang mungkin filem ini disajikan khusus buat pengunjung pawagam yang berbangsa Melayu berikutan dengan lawak yang disampaikan itu, sekadar boleh ditonton gitu-gitu saja. Susah sikit nak buat at least 1 atau 2 babak yang melekat dekat kepala MisS SaKurA untuk diingat-ingat selepas keluar dari panggung tersebut.
"Jangan Pandang Belakang Congkak 2" atau "JPBC2" adalah sebuah kesinambungan dari filem pertama arahan Ahmad Idham iaitu "Jangan Pandang Belakang" yang mengisahkan tentang sebuah congkak yang diwarisi oleh 3 sepupu yang diperturunkan oleh datuk mereka. Disebabkan oleh badi hantu atau saka yang ada di dalam congkak tersebut, mereka dihantui oleh mimpi buruk setiap malam dan gangguan makhluk halus sehinggalah mereka terpaksa meminta bantuan dari seorang bomoh yang berada di Utara Malaysia.
Terasa seperti tidak cukup seri pula bila Shaheizy Sam tidak muncul didalam sekuel kedua ini, kononnya beliau sudah pun melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Walaupun tidak cukup seri, kemunculan Nora Danish sebagai anak kepada bomoh (Wak Ketari lakonan Bob Kuman) yang memberikan bantuan terhadap Punai (Mazlan Pet Pet) dan Asmat (Cat Farish) telah menyerikan lagi filem "JPBC2" ini. Kalau tidak ada Nora Danish, memang hambar sedikit lah cerita komedi seram ini.
Terdapat juga nilai-nilai muzikal yang diterapkan didalam filem ini, siap ada satu babak itu dah nampak macam buat video klip pula oleh Cat Farish, terasa ianya agak draggy juga. Mungkinkah sekuel ketiga (kalau ada) sang pengarah kita nak buat filem ini dalam bentuk muzikal setelah ditest-marketkan didalam "JPBC2"?
Menangi Tiket Menonton Filem "Red"!

Filem "Red" yang bergenre aksi ini mengisahkan tentang bagaimana sekumpulan warga emas yang dahulunya adalah bekas ejen CIA yang telah lama meninggalkan bidang pekerjaan mereka. Mampukah mereka bangkit semula dari bidang persaraan mereka dan kembali bekerja segagah dahulu?
Filem ini dilakonkan oleh Bruce Willis, John Malkovich, Karl Urban, Mary-Louise Parker dan Morgan Freeman.
Saksikan filem terbaru arahan Robert Schwentke ini di pawagam diseluruh Malaysia bermula
21 Oktober 2010!
MAKLUMAT TAYANGAN
TARIKH: 20 Oktober 2010 (Rabu)
MASA: 9 malam
LOKASI: GSC Mid Valley
TARIKH: 20 Oktober 2010 (Rabu)
MASA: 9 malam
LOKASI: GSC Mid Valley
Ingin menonton filem "Red" ini? Sertailah peraduan sekarang! Hanya jawab 2 soalan mudah mengenai filem ini dan berikan slogan yang paling menarik. Anda akan dipilih sebagai pemenang jika anda menghantar butiran peribadi yang lengkap, jawapan yang tepat dan semestinya slogan yang menarik dan unik!
SOALAN
1. Bilakah filem "Red" akan ditayangkan di pawagam di Malaysia?
a. 6 Februari 2010
b. 15 Disember 2010
c. 21 Oktober 2010
2. Siapakah yang mengarahkan filem "Red"?
a. Robert Schwentke
b. Professor Madya A. Razak Mohaideen
c. Azhari Zain
SLOGAN
Saya ingin menonton filem ini kerana... (tidak melebihi dari 20 patah perkataan)
PENYERTAAN
Pembaca TUPAI hanya perlu menghantar e-mel dengan menaip RED scr sebagai subjek. Lengkapkan dengan nama, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon beserta jawapan bagi kedua-dua soalan dan slogan di atas dan hantarkan e-mel tersebut ke peraduan@tupai.com.myNOTA
• Peraduan akan berakhir pada 14 Oktober 2010 jam 11.59 malam.
• Senarai nama pemenang akan disiarkan di laman web www.tupai.com.my pada 15 Oktober 2010.
• Notis pemenang hanya dibuat melalui laman web. Sila layari portal hiburan terkini anda www.tupai.com.my untuk mengetahui anda adalah pemenang peraduan ini.

Tentu ramai yang tidak sabar untuk menunggu filem terbaru lakonan Angelina Jolie dan Johnny Depp yang berjudul "The Tourist" ini kan? Gandingan mantap dari dua bintang Hollywood most wanted ini memang akan menggegarkan filem ini yang bakal ditayangkan penghujung tahun ini.
Terdapat spekulasi menyatakan bahawa kedua-dua mereka tidak begitu serasi digandingkan bersama. Pengarah Florian Henckel menyangkal dakwaan tersebut dengan menambah "Angelina Jolie dan Johnny Depp sudah menunjukkan keserasian semasa kali pertama mereka bertemu dan saya mengharapkan yang kami akan enjoy dalam pembikinan filem ini".
Saksikan treler filem "The Tourist" yang baru sahaja dilancarkan pada minggu lepas. "
The Tourist" akan memasuki pawagam di Singapura dan Malaysia pada 30 Disember 2010!

Dengan sukses yang dibawakan oleh Afdlin Shauki menerusi filem "Papadom" arahannya pada tahun lepas, kini filem yang diadaptasikan dari "Papadom" versi Tamil iaitu "Appalam" akan menggamit perasaan semua bapa-bapa tidak lama lagi. "Appalam" dilakonkan oleh Gana Pragasam S/O Sebastian, Raja Ilya , Jaclyn Victor, Haanii Shivraj, Shashi Tharan, Tina, Sharifah Amani, Vassantha Kumaran, Afdlin Shauki dan ramai lagi bakal dipersembahkan dengan lebih emosi dan maksud yang mendalam seperti "Papadom".
Jangan lupa menonton "Appalam yang akan memasuki pawagam di Malaysia pada 26 November 2010 ini. Apa kata kita tonton treler filem yang mengetengahkan pelakon-pelakon hebat ini dahulu dibawah ini!
Siapa yang tidak kenal dengan Edry Abdul Halim yang merupakan seorang komposer terkenal yang telah banyak mencipta lagu -lagu hit pada masa kini antaranya "Pakai Buang" nyanyian Stacy. Dengan berbekalkan kebolehan dalam mencipta lagu Edry mengorak langkah dengan menjadi pengarah dalam filem terbaru keluaran KRU Studio iaitu filem "Magika". Berbanding dengan abangnya, Yusry yang berpengalaman dalam bidang pengarahan, filem "Magika" ini merupakan filem pertama arahan Edry.
Jom Ikuti temu bual bersama Edry Abdul Halim.
Pertama sekali Tahniah kerana penghasilan Filem pertama arahan anda "Magika".
Kenapa Edry memilih filem bergenre muzikal sebagai filem arahan Edry yang pertama?
Setelah lama tersangkut dalam bidang muzik, semestinya kita mahukan sesuatu kelainan. Saya memilih muzikal kerana muzik adalah kelebihan yang saya ada. Bagi saya, untuk seseorang itu membuat muzikal ia perlu tahu latar belakang muzik, dari segi screenplay, tahu bagaimana untuk mengalunkan screenplay, saya rasa saya mempunyai kelebihan dekat situ. Itu sebab saya pilih muzikal sebagai filem pertama saya.
Semua tahu Edry merupakan seorang komposer, dari mana Edry mendapat idea untuk menerbitkan filem muzikal ini?
Terima Kasih. Dari segi Idea, ia sedikit sebanyak tak lari dari kisah adik beradik sebenarnya ia berkisahkan KRU sendiri. Kadang kala kita menghadapi masalah dalam hidup, apabila kita bersatu ia dapat menghadapi segala masalah. Selepas saya mempunyai anak, saya dapat rasa perasaan anak-anak itu sendiri. Filem ini berkisahkan tentang keluarga sebenarnya. Idea itu sendiri berdasarkan tentang kehidupan.
Sebagai pengarah sudah berapa banyak kali Edry tengok filem ini? U puas tak dengan produk akhir ini sebelum ditayangkan?
Saya dah tengok filem ini sebanyak 157 kali. Dari segi kepuasan kreatif, terus terang saya rasa tak boleh jadi lebih baik dari ini. Bagi saya sebelum di tayangkan di panggung, saya dah puas hati, tak kiralah sama ada kutipan RM sejuta ke atau RM 10 juta ke tak akan berubah bagi saya ia sebuah filem yang bagus, saya tidak kejar semua itu tapi kalau dapat, satu bonus untuk saya.
Kalau dilihat barisan pelakon semuanya mantap-mantap, Bagaimana Edry mendapat idea untuk gabungkan nama-nama besar tersebut dalam filem ini?
Waktu saya buat skrip bersama dengan teman saya Amir, tiap-tiap karakter kita dah tahu siapa yang sesuai untuk memegang watak tersebut.
Adakah Edry yang memilih sendiri barisan pelakon?
Ya, saya yang pilih dan itu adalah pilihan pertama dan terakhir saya. Tidak ada pilihan kedua.
Susah tak untuk berkerjasama dengan mereka semua?
Saya rasa bertuah kerana semuanya adalah kawan-kawan saya dan senang untuk berunding dengan mereka. Bila di lokasi pula, macam lepak dengan kawan daripada bekerja. semuanya seronok macam tak payah buat kerja. Tidak ada siapa yang berlagak diva semuanya ok dan senang, itu yang membuatkan seronok bekerja dengan mereka semua.
Berapa lama masa yang Edry ambil untuk menghasikan skrip dan lagu?
Saya ambil masa tiga bulan untuk lagu dan sebulan saya ambil untuk mengemaskini skrip.
Apa yang membuatkan filem Magika ini lain dari filem muzikal yang lain?
Kalau dilhat filem P.Ramlee dialog dia berhenti lepas itu baru nyanyian tapi untuk filem "Magika" saya ambil pendekatan yang mana cuma dialog yang diucapkan secara berterusan tanpa henti dan dialunkan secara nyanyian.
Apa cabaran yang dihadapi sepanjang proses pembikinan filem ini?
Cabaran ketika penggambaran adalah hujan kerana pada masa itu adalah musim hujan. Cabaran dari segi sudut nak menjadikan sesuatu babak, contoh babak gaduh, saya lukis pergerakan untuk babak tersebut bila sudah siap lukis, saya toleh belakang semua pelakon aneh dan keliru, tidak tahu apa yang akan terjadi tapi nasib baik mereka berusaha dan memberi kerjasama itu yang buatkan babak tersebut jadi.
Dari Segi teknikal, Adakah Edry berpuas hati?
Ya, saya berpuas hati dan saya rasa ia datang sebagai satu pakej. Para pelakon yang berbakat, kesan khas yang bagus dan tenaga kerja yang bagus. Ia bagikan satu "Magika" kalau salah satu tidak ada ia tidak akan menjadi "Magika". Saya rasa gabungan ini yang membuatkan filem ini istimewa.
Apa komen yang Edry terima dari Norman dan Yusry. Terutama dari Yusry yang sebelum ini pernah menghasilkan beberapa buah filem?
Mereka kagum. Untuk filem ini banyak imaginasi. Bila mereka tahu saya boleh uruskan sendiri, mereka sudah mula lepaskan tangan. Saya rasa kebebasan itu yang membuatkan saya bebas untuk berkarya.
Anak-anak Edry dah tengok cerita ini?
Mereka sudah tengok dan mereka suka dengan filem ini kerana ia fantasi dan muzik.
Dari segi pasaran pula, Adakah "Magika" akan dipasarkan di luar Malaysia?
Saya rasa sukar kerana cerita saya banyak mengisahkan tentang cerita donggeng kita, mungkin Singapura dan Brunei boleh terima tapi Indonesia, saya dah tanya kawan saya di sana, yang dorang tahu bawang putih bawang merah sahaja. Mungkin aneh bagi dorang kerana karakter-karakter ini adalah dari Malaysia tapi dari sudut cerita mungkin mereka boleh faham. Kita akan pasarkan di Singapura mungkin pada minggu depan atau minggu seterusnya. Indonesia kita belum ada rancangan lagi.
Sudah ada perancangan untuk filem yang seterusnya?
Saya tidak berani cakap lagi, Kita tengok dulu filem ini macam mana sambutannya. Sebenarnya saya tak nak gunakan "Magika" sebagai alasan untuk membuat filem yang kedua. Saya tak nak ada magika dua, kalau ada orang cadangankan pun saya tak nak buat, biarkan "Magika" sampai setakat itu sahaja. Kalau nak buat saya akan buat cerita lain.
Cerita yang bagaimana Edry akan buat?
Saya tetap akan pilih muzikal kerana itu adalah kelebihan yang saya ada mungkin saya akan tukar cerita dari donggeng kepada pop. Saya akan menggunakan lagu-lagu bergenre pop seperti dalam "Hotel Mania".
Akhir sekali apa harapan untuk filem pertama arahan Edry ini?
Saya berharap filem ini dapat diterima oleh semua orang dan berharap filem "Magika" atau lebih tepat lagi filem bergenre muzikal akan menjadi "tradmark" kepada saya.

Digelar sebagai Bapa Pemodenan, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggemparkan dunia politik apabila bertindak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri keempat pada tahun 2003. Sepanjang 22 tahun memegang jawatan tersebut, pelbagai pancaroba yang dilalui oleh beliau.
Teater Muzikal Tun Mahathir yang sudah pun dipentaskan di Istana Budaya bermula 24 September lalu bakal menyaksikan kehidupan Tun Dr. Mahathir semenjak beliau dilahirkan sehinggalah saat beliau membuat keputusan untuk meletak jawatan.
Diarahkan oleh Rosminah Mohd Tahir, Teater Muzikal Tun Mahathir dilakonkan oleh Mohd Shafeiq Shazwan Zamrus (Mahathir ketika kanak-kanak), Zizan Nin (muda), Esma Daniel (dewasa) dan Erra Fazira sebagai Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.
Jadi kepada mereka yang belum lagi menonton teater muzikal ini, cepat-cepatlah ke Istana Budaya. Teater Muzikal Tun Mahathir akan dipentaskan sehingga 4 Oktober 2010 dam tiket boleh dibeli dengan harga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150.

Keseluruhan: 4
Plot: 4
Lakonan: 4
Efek Khas: 3.5
Sinematografi: 4
Tonton filem ini jika anda suka: "Julie And Julia", "Under The Tuscan Sun"
Sebuah filem yang diadaptasikan oleh sebuah novel hebat "Eat, Pray, Love: One Woman's Search for Everything Across Italy, India and Indonesia", filem ini sememangnya menggarit cukup perhatian, mungkin kerana kolaborasi yang dilengkapi oleh pengarah Ryan Murphy ("Running With Scissors", Glee") dan pelakon utama Julia Roberts ("Closer, "Valentine's Day") buat julung kalinya. Tidak cukup dengan itu, kehadiran pelakon Javier Bardem ("No Country For Old Men") dan James Franco ("Date Night"), "Eat Pray Love" nyata memberikan kesan yang cukup mendalam buat peminat novelnya sendiri.
"Eat Pray Love" dimulakan dengan penulis Elizabeth 'Liz' Glibert melawat Bali untuk pertama kalinya. Seorang lelaki telah menilik nasibnya dengan menceritakan bahawa dia akan kecundang didalam hal berkaitan dengan perkahwinan dan kewangan di masa hadapan. Selepas itu, Liz meninggalkan suaminya, mengambil cuti selama setahun dan memulakan sebuah perjalan ke Itali, India dan Indonesia demi mencari erti dan maksud melibatkan pemakanan, sembahyang dan cinta.
Mungkin orang akan melihat watak utama Julia Roberts yang membuatkan filem ini agak seimbang, tetapi sebenarnya watak-watak sampingan didalam filem ini yang banyak membantu dan menyokong dan membuatkan filem ini perlu ditonton sehingga ke penghabisannya. Menariknya, Liz mengucapkan "Terima Kasih" di penghujung filem ini semasa didalam sebuah babak di Bali!