Kalau korang ada perancangan nak tengok wayang, mesti korang nak beli tiket dengan senang kan? Nak skip dari kena beratur panjang di kaunter penjual tiket di panggung wayang dan macam-macam karenah pengunjung lain yang korang nak kena hadapkan kan? Kadang-kadang itu sampai sudah hilang mood untuk pergi menonton wayang bukan?
Hilangkan segala masalah ini jika anda pergi menonton wayang di Big Cinemas! Buat pertama kalinya di Malaysia, pengunjung panggung wayang boleh membeli tiket untuk menonton filem dengan tidak perlu beratur panjang di kaunter penjualan tiket, dengan adanya kemudahan Print@Home. Dengan hanya melayari laman web rasmi Big Cinema Lotus Five Star (BCLFS), anda boleh mencetak tiket wayang anda sendiri di rumah dengan mengikuti beberapa langkah mudah.

Setelah selesai membuat transaksi, anda akan dibawa ke bahagian
pengesahan untuk membolehkan anda mencetak tiket anda sendiri!
Berlainan dengan gaya penempahan tiket di panggung wayang yang lain dimana anda masih lagi perlu membawa nombor tempahan anda ke kaunter penjualan tiket untuk menebus tiket sebenar, aplikasi ini membolehkan anda untuk terus melalui pintu masuk pawagam dengan tiket yang dicetak oleh anda dan ianya akan diimbas oleh pengimbas kod bar di pintu masuk pawagam pada hari tayangan yang anda pilih.

Jangan lupa membawa tiket yang dicetak oleh anda untuk
diimbas di pintu masuk pawagam!
Zaman teknologi masa kini telah menyenangkan hidup kita semua dan dengan adanya aplikasi Print@Home ini yang cukup mudah, menjimatkan masa dan amat selesa buat pengunjung panggung wayang.

Team Tupai ingin mengucapkan tahniah kepada pengacara hawt "E! News Asia" iaitu Marion Caunter yang akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Marion Caunter, 30 tahun akan mengikatkan tali perkahwinan dengan kekasihnya pengerusi eksekutif merangkap pegawai eksekutif kumpulan Naza iaitu SM Nasaruddin, 27 tahun.
Setakat ini, Caunter hanya mendedahkan yang mereka akan berkahwin pada bulan Disember 2010 ini. Walau bagaimanapun, mereka masih lagi belum dapat memaklumkan tarikh pernikahannya dan ingin menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkannya. Hubungan cinta yang terjalin selama lima tahun itu membuatkan Caunter cukup bersedia untuk memeluk agama Islam. Dengar cerita, Caunter akan memeluk agama Islam sebelum dia melangsungkan perkahwinannya dengan Nasaruddin.
MisS SaKurA mengidam sangat nak makan nasi minyak :P
Memegang watak Jane dalam filem "4 Madu", Sazzy Falak atau nama sebenarnya Sazlin Shamsul Falak tidak bimbang sekiranya ramai yang mengkritiknya memilih filem sedemikian. Ini kerana bagi Sazzy, perubahan bagus untuk karier dan bagus untuk menimpa pengalaman dalam bidang lakonan.
"Bagi saya berlakon dalam filem komedi ringan seperti "4 Madu" memberikan saya pengalaman yang cukup berbeza dengan apa yang pernah saya lakukan sebelum ini. It's something different," kata Sazzy ketika ditemui selepas pra-tonton "4 Madu" yang dilangsungkan di Cathay, e@Curve baru-baru ini.
Sazzy turut mengakui pengarah Prof. Madya A.Razak Mohaideen sudah banyak kali mengajaknya berlakon. Namun tidak berkesempatan kerana jadual yang agak ketat dengan pengacaraan dan syarikatnya.

Pada pagi ini waktu Amerika Syarikat telah berlangsungnya anugerah berprestij iaitu Emmy Awards 2010 dan menyaksikan bahawa sitkom-sitkom baru telah pun mendominasi beberapa kategori yang telah dipertandingkan di majlis tersebut. Pelakon komedi Jimmy Fallon telah dipertanggungjawabkan untuk mengacarakan majlis bertaraf dunia itu. Sitkom "Modern Family" dan "Glee" menang besar disamping drama bersiri "Mad Men", Eric Stonestreet, Jane Lynch, Jim Parsons, Edie Falco, Aaron Paul dan ramai lagi.
Jom kita lihat senarai pemenang dan gambar-gambar khas buat pembaca Tupai!
Jom kita lihat senarai pemenang dan gambar-gambar khas buat pembaca Tupai!

BOB HOPE HUMANITARIAN AWARD
George Clooney

OUTSTANDING ACTOR IN A COMEDY
Jim Parsons (The Big Bang Theory)

OUTSTANDING ACTRESS IN A COMEDY
Edie Falco (Nurse Jackie)
OUTSTANDING SUPPORTING ACTOR IN A COMEDY
Eric Stonestreet (Modern Family)

OUTSTANDING SUPPORTING ACTRESS IN A COMEDY
Jane Lynch (Glee)
OUSTANDING GUEST ACTRESS IN A COMEDY
Betty White (SNL)
OUSTANDING GUEST ACTOR IN A COMEDY
Neil Patrick Harris (Glee)

OUTSTANDING COMEDY
Modern Family
OUTSTANDING DIRECTION IN A COMEDY
Ryan Murphy (Glee)
OUTSTANDING WRITING FOR A COMEDY
Christopher Lloyd and Stephen Levitan (Modern Family)

OUTSTANDING ACTRESS IN A DRAMA
Kyra Sedgwick (The Closer)

OUTSTANDING ACTOR IN A DRAMA Bryan Cranston (kiri)
&
OUTSTANDING SUPPORTING ACTOR IN A DRAMA Aaron Paul (Breaking Bad)
OUTSTANDING SUPPORTING ACTRESS IN A DRAMA
Archie Panjabi (The Good Wife)
OUTSTANDING GUEST ACTOR IN A DRAMA
John Lithgow (Dexter)
OUTSTANDING GUEST ACTRESS IN A DRAMA
Ann Margaret (Law & Order: SVU)
OUTSTANDING DRAMA
Mad Men
OUTSTANDING WRITING IN A DRAMA
Erin Levy and Matthew Weiner (Mad Men)
OUTSTANDING DIRECTION IN A DRAMA
Steve Shill (Dexter)
OUTSTANDING WRITING IN A VARIETY SHOW
Dave Boone and Paul Greenberg (The 2010 Tony Awards)
OUTSTANDING VARIETY, MUSIC, OR COMEDY SERIES
The Daily Show With Jon Stewart
OUTSTANDING DIRECTION IN A VARIETY, MUSIC OR COMEDY SPECIAL
Bucky Gunts (The Winter Olympics)
OUTSTANDING ACTOR IN A TV MOVIE, MINISERIES OR DRAMATIC SPECIAL
Al Pacino (You Don't Know Jack)
OUTSTANDING ACTRESS IN A TV MOVIE, MINISERIES OR DRAMATIC SPECIAL
Claire Danes (Temple Gradin)
OUTSTANDING DIRECTION IN A TV MOVIE, MINISERIES OR DRAMATIC SPECIAL
Mick Jackson (Temple Grandin)
OUTSTANDING ACTOR IN A SUPORTING ROLE IN A TV MOVIE, MINISERIES OR DRAMATIC SPECIAL
David Strathairn (Temple Grandin)
OUTSTANDING ACTRESS IN A SUPORTING ROLE IN A TV MOVIE, MINISERIES OR DRAMATIC SPECIAL
Julia Ormand (Temple Grandin)
OUTSTANDING TV MOVIE
Temple Grandin (HBO)
OUTSTANDING MINISERIES
The Pacific (HBO)
OUTSTANDING WRITING IN A TV MOVIE, MINISERIES OR DRAMATIC SPECIAL
Adam Mazer (You Don't know Jack)

OUTSTANDING REALITY SHOW COMPETITION
Padma Lakshmi (Top Chef)
(kredit gambar: movies.rediff.com)
BINTANG
Keseluruhan: 3
Plot: 2.5
Lakonan: 3
Sinematografi: 2.5
Tonton filem ini jika anda sukakan: "Otai", "Nana Tanjung"
Rasanya jika bercerita mengenai filem yang mengisahkan isu poligami, pasti ramai yang akan terkenangkan filem komedi berjudul "3 Madu" lakonan Tan Sri P.Ramlee, seniwati Sarimah, Zaharah Agus dan Jah Mahadi. Walaupun sudah siap setahun yang lalu, "4 Madu" bakal menyaksikan pelakon komedi terkenal Saiful Apek membuat comeback setelah ditahan oleh pihak berkuasa pada Jun lalu atas kesalahan memiliki dadah jenis ganja.
"4 Madu" mengisahkan Azlan, seorang pekerja chalet di Bagan Lalang menerima satu sampul surat yang memintanya ke firma guaman di Kuala Lumpur. Ketika di sana, Azlan terkejut apabila pertama kali bertemu dengan saudara kembarnya, Azrul. Kehadiran mereka berdua adalah kerana wasiat arwah ayah mereka. Walaubagaimanapun mereka perlu melaksanakan beberapa tugas sebelum mewarisi wasiat yang berjumlah RM50 juta.
Plot cerita yang ringan dan kelakar terutama sekali ketika menyaksikan gelagat Azlan dan Azrul terpaksa berkahwin dengan empat wanita yang berbeza latar belakang pasti membuatkan penonton terhibur saat menonton filem ini. Malah penulis turut terfikir bahawa berpoligami ini tidak semestinya terjadi atas dasar cinta. Walaubagaimanapun niat pengarah Prof. Madya A.Razak Mohaideen untuk menarik penonton bukan Melayu supaya mereka mengetahui makna berpoligami mungkin dapat dimakbulkan walaupun bukan dengan cara yang betul.
Sebagai peneraju, Saiful Apek telah dipertanggungjawabkan memegang dua watak iaitu Azlan dan Azrul. Persembahan lakonan Saiful Apek tidak perlu dipersoalkan lagi memandangkan dia sememangnya bijak memainkan dua watak dengan menggunakan pendekatan yang cukup berbeza. Namun elemen komedi yang diselitkan sama seperti filem-filem yang pernah dilakonkannya sebelum ini. "4 Madu" juga turut dibarisi oleh 'madu-madu' yang popular iaitu Rozita Che Wan, Marsha Londoh, Sazzy Falak, Almy Nadia, Bienda, Ayu Raudhah, Rosnah Mat Aris dan juga Fasha Sandha. Bukanlah semua berbakat dalam bidang lakonan namun bernasib baik kerana mempunyai rupa yang cantik. Oleh itu penonton harus menjangkakan bahawa ada lakonan yang pasti nampak kaku dan seolah dibuat-buat.
Dengan kembalinya Saiful Apek dan barisan pelakon yang popular serta jalan cerita yang kelakar dan ringan, "4 Madu" dilihat mampu menarik perhatian ramai dan mendapat kutipan yang memberansangkan.
Saksikan "4 Madu" di pawagam Syawal ini!

Setelah menanti hampir dua tahun oleh peminat dan pengkritik filem Malaysia, akhirnya filem arahan Mamat Khalid yang terbaru iaitu "Estet" bakal ditayangkan pada 4 November 2010 dan dijangkakan akan ditayangkan di 60 panggung di seluruh Malaysia. Naga VXS selaku penerbit akan berkolaborasi bersama Big Cinemas Lotus Five Star (BCLFS) didalam mempromosikan filem "Estet" di semua rangkaian di bawah pengurusan langsung bagi BCLFS di seluruh Malaysia.
Menurut penerbit filem "Estet" yang juga pengarah Naga VXS Sdn Bhd, Norhazifa Mohamed, usahasama yang terjalin ini merupakan satu sinergi hebat diantara dua organisasi yang saling memerlukan. Bukan itu sahaja, ianya juga sebagai salah satu usaha untuk mengetengahkan filem ini yang membawakan konsep 1Malaysia.
Untuk menjayakan filem 1Malaysia ini, BCLFS telah memperkenalkan kombo edisi khas "Estet "yang boleh didapati dengan harga RM32.90 (harga asal RM59.90) di kaunter tiket pawagam mulai 8 September 2010. Kombo ini mengandungi satu runut bunyi "Estet", satu 32oz minuman Pepsi, satu 64oz bertih jagung dan dua pas musim untuk menonton filem "Estet". Kombo ini adalah terhad, jadi dapatkanlah hanya di BCLFS jika anda peminat filem-filem Mamat Khalid!
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang bagi peraduan Yuna Decorate Album.
Kepada yang tidak berjaya, usaha tangga kejayaan! :D
Kepada yang tidak berjaya, usaha tangga kejayaan! :D
TARIKH PENEBUSAN: 20 SEPTEMBER 2010 (ISNIN) - 27 SEPTEMBER 2010 (ISNIN)!
SILA BUAT PENEBUSAN DI PEJABAT KAMI.
SILA BUAT PENEBUSAN DI PEJABAT KAMI.
WAKTU PEJABAT
ISNIN - JUMAAT
10.00 pagi - 12.30 tengahari
1.30 tengahari - 5.00 petang
Klik SINI untuk peta ke pejabat kami!
ISNIN - JUMAAT
10.00 pagi - 12.30 tengahari
1.30 tengahari - 5.00 petang
Klik SINI untuk peta ke pejabat kami!
Hadiah Istimewa x 3
1 x Album "Decorate" Yuna
1 x Baju T Eksklusif Yuna
FAREEZ SHAUKAT BIN MOHD FARID
RUHANIZZA BADRUL ZAMAN
SITI NOORAISAH BT RAULAH
FAREEZ SHAUKAT BIN MOHD FARID
RUHANIZZA BADRUL ZAMAN
SITI NOORAISAH BT RAULAH
Hello Gossipers! Kepada peminat drama bersiri "Gossip Girl" pasti akan excited dengan berita gembira ini! "Gossip Girl" musim keempat bakal ditayangkan tidak lama lagi. Dengar cerita musim terbaru ini akan dimulakan di kota Paris.
"Gossip Girl" dibarisi oleh Leighton Meester, Blake Lively, Penn Badgley, Chace Crawford, Ed Westwick, Jessica Szohr dan Taylor Momsen.
"Gossip Girl" dibarisi oleh Leighton Meester, Blake Lively, Penn Badgley, Chace Crawford, Ed Westwick, Jessica Szohr dan Taylor Momsen.
Gara-gara bimbang menghina orang, Rosnah Mat Aris nyaris-nyaris tidak mahu menerima watak yang diberikan kepadanya dalam filem arahan Prof. Madya A.Razak Mohaideen. Ini kerana Rosnah atau lebih mesra dipanggil Kak Ros dikehendaki menjadi andartu yang masih suci bernama Suriati dan bersuara sengau!
Menurut Kak Ros ketika sidang media selepas pra-tonton "4 Madu" yang diadakan di Cathay, e@Curve baru-baru ini, "Saya bimbang apabila mula-mula ditawarkan. Iyalah, bukan mudah sebenarnya untuk membawa watak ini kerana takut jika tersilap, boleh dikatakan menghina pula!
Namun setelah meneliti watak tersebut dan berfikir masak-masak, Kak Ros akhirnya sanggup menerima tawaran menjadi 'isteri pertama' kepada Saiful Apek. Walaubagaimanapun Kak Ros memberitahu membawa watak ini memerlukan kesabaran cukup tinggi kerana ia memang sukar dimainkan.

Rosnah Mat Aris
"Memang susah bawa watak ini! Kak Ros selalu sakit dada selepas dikehendaki bersuara sengau. Namun atas dasar kerja, Kak Ros kena banyak bersabar dan teruskan sahaja," akhirinya.
Saksikan "4 Madu" di pawagam Aidilfitri ini!
Nampaknya socialite Paris Hilton tidak serik-serik lagi! Hilton telah ditahan polis sekali lagi di Las Vegas, Amerika Syarikat semalam kerana memiliki kokain. Hilton dan teman lelakinya, Cy Waits telah ditahan sekitar jam 11.30 malam (waktu di Las Vegas). Waits ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol.
Mugshot Hilton dan Waits
Ini bukan pertama kali Hilton mempunyai masalah dengan undang-undang. Berikut adalah antara yang pernah dilalui oleh Hilton:
- 7 September 2006 - Ditahan di Los Angeles kerana dipercaya memandu dalam keadaan mabuk. Kandungan alkohol dalam dirinya ketika itu adalah .08 peratus, jumlah minimum untuk dakwaan memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol di California.
- 4 Mei 2007 - Dijatuhkan hukuman penjara 45 hari kerana melanggar tempoh percubaannya.
- 16 Mei 2007 - Hukuman penjara dikurangkan daripada 45 hari ke 23 hari kerana Hilton dikatakan berkelakuan baik.
- 8 Jun 2007 - Hilton diarahkan kembali ke penjara selepas dibebaskan lebih awal untuk menghabiskan hukumannya di rumah.
- 26 Jun 2007 - Hilton dibebaskan dari penjara dengan disambut oleh peminat dan paparazi.
- Julai 2010 - Hilton ditahan di Afrika Selatan kerana memiliki ganja. Kes tersebut digugurkan kerana pihak berkuasa mengetahui bukan Hilton yang menghisap, sebaliknya temannya.
- 27 Ogos 2010 - Terbaru ditahan di Las Vegas atas kesalahan memiliki kokain.
Buat semua peminat dan kipas susah mati KPop, jangan ketinggalan untuk berada di Singapura pada bulan Oktober 2010. Korean Pop Night Concert 2010 akan diadakan pada hari Sabtu, 23 Oktober 2010. Setakat ini, kami masih lagi belum menerima apa-apa butiran lengkap selain tarikhnya. Terdapat 6 kumpulan yang akan membuat persembahan dan antaranya adalah Big Bang, FT Island, Girls Generation, Infinite dan Shinee.
Pihak penganjur iaitu Proof Label akan mengumumkan siapakah kumpulan yang ke-6 yang akan menyertai konsert yang gilang gemilang ini nanti. So, korang rasa-rasa siapa ek? Adakah Super Junior akan menyertai mereka walaupun mereka sudahpun mengesahkan konsert mereka di Malaysia pada Mac 2011? Ataupun kumpulan 2NE1 seperti yang diharap-harapkan oleh peminat mereka di laman sosial Facebook pihak penganjur? Mungkinkah Beast ataupun 4 Minute? Sama-samalah kita nantikan lebih butiran lanjut di mana lagi kalau bukan di portal hiburan terkini anda!

Big Bang

Girls Generation
Shinee
Semenjak Robert Pattinson menjadi pujaan ramai setelah muncul sebagai vampire melalui siri filem "Twilight", kita turut diperkenalkan dengan beberapa drama bersiri televisyen yang menampilkan lelaki-lelaki hot sebagai vampire.
Mari kita saksikan vampire mana yang menjadi pilihan anda!
TWILIGHT
ROBERT PATTINSON
Karier jejaka kacak kelahiran London, England bermula apabila membintangi filem pertamanya, "Harry Potter And The Goblet Of Fire" sebagai Cedric Diggory. Namun watak Edward Cullen untuk siri "Twilight" yang menaikkan namanya dalam bidang lakonan. Pattinson, 24, kini dikatakan sedang hangat menyulam cinta bersama co-star Kristen Stewart.

KELLAN LUTZ
Lutz merupakan co-star Pattinson dalam siri "Twilight" dengan memegang watak sebagai Emmett Cullen. Jejaka berusia 25 tahun ini pernah membintangi filem-filem seperti "Prom Night", "A Nightmare On Elm Street" dan juga drama televisyen. Lutz sedang hangat bercinta dengan bintang "90210", AnnaLynne McCord.
TRUE BLOOD
TRUE BLOOD
STEPHEN MOYER
Stephen John Emery atau lebih dikenali sebagai Stephen Moyer memegang watak sebagai Bill Compton menerusi siri HBO popular, "True Blood". Walaupun usia bakal mencecah 41 tahun pada Oktober akan datang, Moyer masih kelihatan hot, bukan? Tapi sorry ladies, he's off the market memandangkan dia baru sahaja melangsungkan perkahwinan bersama co-star Anna Paquin.
Alexander Skarsgard
Alexander Johan Hjalmar Skarsgard dikenali untuk wataknya sebagai Eric Northman dalam siri ini. Dilahirkan di Stockholm, Sweden, Skarsgard telah memulakan kariernya semenjak berusia lapan tahun lagi. Jejaka berusia 34 tahun ini pernah muncul dalam klip video "Paparazzi" nyanyian Lady Gaga. Skarsgard dikatakan sedang hangat bercinta bersama co-star "Straw Dogs" iaitu Kate Bosworth.
THE VAMPIRE DIARIES
THE VAMPIRE DIARIES
IAN SOMERHALDER
Jejaka berusia 31 tahun ini dikenali untuk wataknya sebagai Boone Carlyle dalam drama bersiri "Lost" dan Damon Salvatore melalui "The Vampire Diaries". Somerhalder pernah membintangi filem-filem seperti "National Lampoon's TV: The Movie", "Pulse", "Lost City Raiders" dan "The Tournament".
PAUL WESLEY
Paul Thomas Wasilewski atau dikenali sebagai Paul Wesley memegang watak sebagai Stefan Salvatore melalui drama bersiri "The Vampire Diaries". Dilahirkan di New Jersey, Amerika Syarikat, jejaka berusia 28 tahun ini pernah membintangi drama bersiri seperti "24", "8 Simple Rules", "American Dreams", "Smallville" dan "The O.C".