Mendapat inspirasi daripada salah satu episod siri kanak-kanak popular "Upin & Ipin" bertajuk 'Kembara Ke Pulau Harta Karun', "Laksamana Upin & Ipin" menyaksikan Upin dan Ipin menerokai lautan bagi mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan. Masih lagi dalam peringkat pra-produksi, filem ini bakal menyelitkan beberapa elemen serta suasana ala-ala pengembaraan lanun. Malah menurut pengarah filem Muhammad Usamah Zaid Yasin, terdapat perbincangan untuk memasukkan beberapa watak lagenda atau mitos daripada Malaysia dan Indonesia.
Bakal memakan kos perbelanjaan sebanyak RM6 juta termasuk promosi, "Laksamana Upin & Ipin" akan dijadikan filem animasi 3D stereoscopic pertama di Malaysia dan proses tersebut dijangka dimulakan pada September akan datang. "Laksamana Upin & Ipin" dijadualkan untuk tayangan pada tahun 2012.
Turut diumumkan ketika majlis pelancaran filem "Laksamana Upin & Ipin" yang diadakan di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam baru-baru ini adalah pengganti kepada suara Upin dan Ipin iaitu Asyiela Putri Azahar. Suara Upin dan Ipin sebelum ini dipertanggungjawab kepada Nur Fathiah Diaz.
Mesti ramai peminat Phua Chu Kang dekat Malaysia ini memandangkan siri yang terakhirnya ada beberapa pelakon tanahair kita seperti Afdlin Shauki, Adibah Noor dan Harith Iskander. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Phua Chu Kang dan keluarganya di layar perak!
Masih lagi mengekalkan Gurmit Singh sebagai Phua Chu Kang, kali ini lebih memberi fokus kepada Ah Ma yang datang ke Malaysia untuk melawat keluarga PCK (Phua Chu Kang) dan tiba hilang entah ke mana. PCK bertungkus lumus untuk mencari emaknya di rumah orang-orang tua dan secara tak sengaja telah mendapat kontrak untuk kerja-kerja pengubahsuaian. Misteri menyelubungi rumah orang-orang tua itu apabila seorang demi seorang meninggal dunia.
Filem yang bakal ditayangkan pada 26 Ogos 2010 ini sudah pun memulakan penggambarannya di sekitar malaysia sejak 4 Januari yang lalu dan bakal menelan belanja sebanyak RM1.8 juta. Dengar cerita, Zaibo pun turut berlakon dalam filem ini. MisS SaKurA peminat Gurmit Singh, confirm lah MisS SaKurA tak sabar-sabar nak menunggu tayangan filem ini pada bulan Ogos ini nanti.
Penyanyi Nurul Huda Wahab dan Farah Wahida turut disenarai pendek untuk watak Zaiton ini, namun rezeki berpihak kepada pelakon filem "Talentime" dan "Karaoke" ini.
Menurut Fauziah Nawi, pelakon dan pengarah veteran yang bakal mengarahkan kisah kehidupan Zaiton ini, pemilihan Mislina adalah tepat kerana watak yang dipegangnya itu agak berat.
"Sukar untuk membawa watak Zaiton jika mereka yang dipertanggungjawab tidak berpengalaman dan terlatih. Saya yakin pilihan saya tepat kerana Mislina mampu mewujudkan pelbagai emosi yang dikehendaki. Dia bukan sahaja boleh berlakon dengan baik, malah boleh menyanyi."
"Saya juga pergi ke uji bakat sama seperti orang lain. Namun saya bersyukur apabila Kak Fauziah bersungguh-sungguh mahukan saya. Saya berasa cukup terharu dengan peluang yang diberikan. InsyaAllah, ia tidak akan disia-siakan dan akan menyelami watak tersebut sebaik mungkin."
Apabila ditanya apakah persediaan yang dilakukan olehnya bagi menjayakan filem ini, Mislina memberitahu dia sudah membuat kajian kehidupan Zaiton yang penuh liku itu.
"Zaiton: Ceritaku" merupakan projek sulung Bruang Filem Sdn. Bhd. bakal memulakan penggambaran selama 25 hari bermula 15 Jun nanti. Namun ia masih lagi dalam peringkat draf keempat dan latihan bakal dibuat terlebih dahulu sebelum memulakan penggambaran. Ia adalah sebuah kisah benar dan dijangka bakal menyentuh hati ramai orang.
Selain daripada Mislina, filem ini turut dibarisi oleh Harun Salim Bachik (Rahim), Shikh Abdul Rashid (Zaki), Nafisah Atan (Ibu Zaiton), Abu Shafian Abdul Hamid (Bapa Zaiton) dan Ako Mustapha (Ghafar).
"Zaiton: Ceritaku" dijadualkan untuk tayangan akhir tahun 2010.
Pelbagai acara menarik menanti anda. Antaranya adalah setup-setup seperti didalam filem Toy Story,karekter-karekter dari filem Toy Story seperti Woody, Buzz Lightyear dan Green Army yang akan menemui anda sepanjang 5 hari tersebut, perlumbaan vakum Space Invader, permainan Nintendo Wii, peraduan mewarna, sesi soal jawab dan cabaran pengemasan bilik anda. Aktiviti-aktiviti menarik ini mestilah menjanjikan pelbagai hadiah yang lumayan dan menarik seperti barangan eksklusif Toy Story 3, produk dan baucar tajaan SENQ.
Marilah sama-sama kita memeriahkan acara ini sempena musim cuti sekolah ini di Queensbay Mall, Pulau Pinang. Rugi kalau tak pergi!
anak gadis pak-cik Al-Yahya yang cantik molek, Sharifah 'SCHA' Al-Yahya. Semoga Ulangtahun yang ke-27 kali ini di panjangkan umur, di-murahkan rezeki & diberkati olehNYA....
Chen-chen: kau kasih Awal dan akhir......lalala lala lalalaa....

Selamat ulangtahun yang ke 46 kepada pemain gitar kumpulan Audioslave dan Rage Against The Machine Tom Morello! Morello turut berkongsi harijadinya dengan penyanyi rap kumpulan Gnarls Barkley iaitu Cee-Lo Green (36 tahun).
Menurut laman sosial Facebook Estet, ianya akan ditayangkan pada bulan Oktober 2010. Tarikh masih belum dapat dipastikan lagi. Filem Estet ini adalah berkisarkan mengenai sebuah komuniti yang hidup di tanah estet yang terdiri daripada berbagai kaum. Mereka semua hidup dan bekerja dengan harmoni dan mencorakkan nilai-nilai murni sesama kaum.
Filem ini dijayakan oleh Farid Kamil sebagai teraju utama, Awie, Jasmine Michael dan penampilan khas David Arumugam.

Pengunjung bolehlah melihat sendiri dari dekat watak dari filem Shrek dan pelbagai lagi watak lain di sana nanti seperti Iron Man, Predators, Resident Evil, Hellboy dan ramai lagi. Di samping itu, pertandingan mewarna akan diadakan pada setiap hari Ahad sepanjang pesta Movie BlockBusta 2010 itu diadakan. dan pelbagai hadiah menarik menanti pengunjung yang turut serta dalam pertandingan mewarna itu nanti.
Costume Studio yang dibawakan oleh TM pula menjanjikan anda pengalaman untuk menjadi watak dari filem-filem dan bukan itu sahaja malah jika anda memberikan sebuah pose yang best, anda akan ditawarkan hadiah-hadiah menarik. Sony mempersembahkan televisyen 3D pertamanya dan akan memaparkan filem-filem terbaru dalam bentuk 3D seperti "Resident Evil: Afterlife", "Sammy's Adventures: The Secret Passage" dan banyak lagi.
Di samping itu juga, jangan lupa untuk mencabar diri anda di Movie Marathon Challenge yang dibawakan oleh Berjaya HVN. Mereka akan menayangkan filem-filem promo seperti "G.I. Joe: The Rise Of The Cobra", "Fast & Furious 4", "Shrek The Third", Transformers: Revenge Of The Fallen", "Hellboy 2" dan banyak lagi. Cabaran 20 jam ini akan mengambil tempat pada hari Sabtu, 12 Jun pada pukul 4 petang sehingga hari Ahad, 13 Jun pada pukul 12 tengahari dan peserta yang berjaya menahan diri daripada tertidur sepanjang tempoh 20 jam itu akan memenangi hadiah yang lumayan termasuk sebuah televisyen LCD 42 inci.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan mencari harta karun pada hari Sabtu, 12 Jun. Dibawakan oleh Digi Telecommunications, peserta perlu mencari harta karun dan klu-klu berkaitan dengan filem di serata Queensbay Mall dan berpeluang untuk mengaut hadiah sehingga RM3,000 dari Digi. Semua ini berlaku di Queensbay Mall! Jom kita memeriahkan lagi acara ini di sana!
1. Apakah genre bagi filem "The Back-Up Plan" ini?
Filem arahan pengarah Malaysia Azizi Chunk Adnan ini akan menemui anda di pawagam pada 17 Jun 2010 ini.
TARIKH: 11 Jun 2010 (Jumaat)
MASA: 9.30 malam
LOKASI: Cathay Cineplex e@Curve
Ingin menonton tayangan eksklusif "Kapoww!! Atoi The Ajaib Boy"? Sertailah peraduan sekarang! Hanya jawab dua soalan mudah mengenai filem ini dan berikan slogan yang paling menarik. Anda akan dipilih sebagai pemenang jika anda menghantar butiran peribadi yang lengkap, jawapan yang tepat dan semestinya slogan yang menarik dan unik!
SOALAN
1. Siapakah yang mengarahkan filem "Kapoww!! Atoi The Ajaib Boy"?
a. James Cameron
b. Azizi Chunk Adnan
b. Norliana Samsudin
2. Siapakah yang memegang watak sebagai Atoi?
a. Scha Al-Yahya
b. Linda Onn
c. Zizan Raja Lawak
SLOGAN
Jika anda berpeluang menjadi seorang superhero, apakah nama superhero anda dan kuasa bagaimana yang anda inginkan? (tidak melebihi dari 20 patah perkataan)
PENYERTAAN
Pembaca TUPAI hanya perlu menghantar e-mel dengan menaip KAPOWW scr sebagai subjek. Lengkapkan dengan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon beserta jawapan bagi kedua-dua soalan dan slogan di atas dan hantarkan e-mel tersebut ke peraduan@tupai.com.my
NOTA
• Peraduan akan berakhir pada 8 Jun 2010 jam 11.59 malam.
• Senarai nama pemenang akan disiarkan di laman web www.tupai.com.my pada 9 Jun 2010.
• Notis pemenang hanya dibuat melalui laman web. Sila layari portal hiburan terkini anda www.tupai.com.my untuk mengetahui anda adalah pemenang peraduan ini.
TARIKH: 2 Jun 2010 (Rabu)
MASA: 9.00 malam
LOKASI: TGV Wangsa Walk
Penebusan hendaklah dibuat di meja/kaunter Cinema Online. Sila bawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.
ADAM BIN SHAMSUL ANWAR
AHMAD FUAD FAZRI
AILEEN SEW AI LEEN
AIMI SARAH BINTI ABDULLAH
ALI BUKHARI BIN AMIR
CHAI FOONG THENG
CHONG QUEK CHOON
CLAUDE HOR KIM FAI
FADZIDA ISMAIL
HEZRY RASYID BIN HAIKAL
KASSIM DANIEL BIN AHMAD
KIRUBALATHA A/P R.GUNAM
LAI CHEON SEAN
LIAN IAN YING
MARIA JAHNEETA
MOHAMMAD NABHAN BIN SAPIE
MOHD FARID ABU BAKAR
MOHD ZAMANI B. ABD. SHARIFF
NG SIOK HIONG
NOR MAS AYU RAMLI
NORAQIDAH GHAZALI
NURULSYUHADAH BINTI MOHD RAMLI
ONG SUK LIAN
SAPIAH MANSOR
SARAH JAMES ABDULLAH
SHAIIFA EMA
SOO WEI SIONG
SYAIFUL FADZLY SAADON
WAN ZUNAIDAH BT WAN ABDULLAH
YUNNY HASFANIZA HUSSAIN
TARIKH: 2 Jun 2010 (Rabu)
MASA: 9.00 malam
LOKASI: GSC Mid Valley
** Waktu tebusan bermula jam 7.00 malam - 8.30 malam.
Penebusan hendaklah dibuat di meja/kaunter Cinema Online. Sila bawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.
PEMENANG
AHMAD SAUFI ARIS
AIMI SARAH ABDULLAH
ALI BUKHARI BIN AMIR
AMELIA SOFIE BINTI AZMI
ANA MASTURA BINTI ABDUL MANAN
AZIMAH BINTI ABDUL AZIZ
BADIUZAMAN BIN MOHD NOOR
CHEANG MEI FOON
DZARI HASBULLAH B. ABD WAHAB
EIRDRIAN SHAH BIN AMIR
FAIZ AIZUDDIN BIN AZAMI
FARIDAHAILEE IBRAHIM
LEE MEI FONG
LIAN IAN YING
MADZIAH BINTI MAT JUSOH
MIMI SALWANI SAMSUDIN
MOHAMED HEIYKAL BIN CHE OMAR
MOHAMMAD NABHAN BIN SAPIE
MOHD ASHRAF
MOHD FADZLI BIN ABDUL MUTALIB
MOHD HAFIZ BIN MOHD SALLEH
MOHD HANAFI BIN OMAR
MOHD IZZUAN BIN RAMLI
MOHD YAZID BAHARUDIN
MOHD ZAMANI B. ABD. SHARIFF
MOHD ZULKAHFY AZHARI
MUHAMMAD AZHAR AMIN BIN MANSOR
MUHAMMAD ZAINI BIN JASNI
NG SIOK HIONG
NOR AZIDAH MANSOR
NOR MAS AYU RAMLI
NORJULIA BINTI AHMAD MAHIR
NUR AZAM BIN KAMARUDIN
NUR SYAZA FATINAH BINTI HUSSIN
NURUL AIDA KAMAL IKHSAN
NURUL NADIA BT. MOHAMED SAFRI
NURULSYUHADAH BINTI MOHD RAMLI
RUHANIZZA BADRUL ZAMAN
SARAH FATIMAH BINTI BUSU AHAMAD
SHAHIRUNI WAHIDA BINTI CHE SAIDI
SHAHRIR ARIF MOHAMAD
SHAHRUL FAWWAZ MOHD AMIN
SHAM POOI JUAN
SURYANA BINTI SULAIMAN
SYAIFUL FADZLY SAADON
TAN YE YEAN
WAN ZUNAIDAH BT WAN ABDULLAH
YUNNY HASFANIZA HUSSAIN
ZALEHA BINTI ZAINAL ABIDIN
ZULHILMI BIN ABDUL RIDZAB @ HASSAN
Ditanya oleh Ryan Seacrest bagaimana rasanya apabila dinobatkan sebagai juara, Lee berkata "Saya tidak tahu. Sungguh menakjubkan, terima kasih banyak-banyak kepada semua...saya sayang anda. Crystal, saya sayangkan awak".

Dari kiri: Lee Dewyze, Ryan Seacrest dan Crystal Bowersox.
Jom kita saksikan beberapa gambar yang sempat kami ambil pada waktu pelancaran tersebut.
Memang kami ada banyak koleksi gambar menarik di lokasi yang didatangkan khas dari penerbit-penerbit filem (terima kasih!) untuk tatapan anda semua. Kali ini, jom kita lihat beberapa koleksi gambar di sebalik tabir pembikinan filem Lagenda Budak Setan dan juga gambar-gambar dari majlis pratonton yang diadakan buat media-media pada hari Isnin lalu. Lagenda Budak Setan bakal menggegarkan pawagam berhampiran anda pada minggu hadapan, 3 Jun 2010.
Di Sebalik Tabir Pembikinan Filem LBS

arahan kepada Lisa Surihani.
Que Haidar membelasah Lisa Surihani.
Dari kiri: Lisa Surihani, Farid Kamil dan Shiqin Kamal.





























