Agnes Monica si gadis lincah!

Posted by TUPAI

Baru-baru ini berlangsungnya minggu setiausaha anjuran Hotel Quality yang telah diadakan pada 28 dan 29 April di Matrade Exhibition & Convention Centre (MECC). Bagi meraikan majlis istimewa ini,  Hotel Quality telah menerbangkan penyanyi popular Indonesia, Agnes Monica ke Kuala Lumpur untuk membuat persembahan. Selain daripada Agnes, pelawak popular Dee juga telah diberi peluang mengacara majlis tersebut.

Agnes ternyata seorang yang bertenaga dan lincah di atas pentas setiap kali melakukan persembahan, tidak kiralah jika ia persembahan kecil mahu pun besar. Bijak berkomunikasi dengan peminat, penyanyi bertubuh kecil ini membuatkan dewan menjadi riuh sebentar apabila dia mula mendendangkan lagu hit 'Teruskanlah' dan 'Matahari'. Selain itu, Agnes turut menyampaikan beberapa buah lagu dari raja pop Michael Jackson. Namun di sebalik kelincahannya itu, ada juga kekurangannya. Suara Agnes tidak begitu jelas ketika membuat persembahan.


Walaupun Agnes adalah tumpuan utama majlis tersebut, Dee juga ternyata berjaya menghiburkan tetamu dengan lawak jenakanya itu. Oh ya! Dengar cerita Agnes bakal mengeluarkan single terbaru yang dikatakan berdasarkan
"true story". Sama-samalah kita nantikan ya?

Ulasan Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami

Posted by MisS SaKurA


BINTANG

Keseluruhan: 2.5
Plot: 2.5
Lakonan: 3
Kesan Khas: 2
Sinematografi: 2.5


Tonton filem ini jika anda suka: "Tipu Kanan Tipu Kiri", "Runaway Bride"

Teruja rasanya apabila mendapat jemputan untuk mengulas filem ini. Ini kerana filem "Andartu
Terlampau 21 Hari Mencari Suami" adalah filem pertama terbitan pelakon tanahair yang tidak asing lagi
Haliza Misbun.

Filem yang diarahkan oleh Din CJ ini menaruhkan genre berbentuk komedi dan membawakan barisan
pelakon bukan komedi untuk menjayakan filem ini telah memberi tanggapan kepada MisS SaKurA
bahawa ianya adalah tugasan dan taruhan yang agak berat tetapi ternyata memberikan reaksi yang
agak positif dan ternyata mereka telah berjaya dalam filem ini.

Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis lewat 30an bernama Nik Melati Sukma ataupun Nikki
(Haliza Misbun) yang tertekan keran masih lagi belum berkahwin. Pelbagai usaha dilakukan oleh kedua
orang tuanya iaitu Fatimah dan Nik Mat untuk membolehkannya bersetuju untuk berkahwin sehingga
sangup 'mix and match' anaknya itu dengan calon yang dirasakan sesuai. Namun Nikki nekad untuk
mencari jodohnya sendiri.

Pelbagai peristiwa lucu terjadi melingkari perjalanan Nikki dalam usahanya mencari calon suami yang
dianggapnya sesuai tetapi tidak jumpa yang berkenan di hatinya. Sehinggalah Fatimah memberi kata
dua kepadanya bahawa jika Nikki tidak membawa pulang calon suami dalam masa 21 hari, maka Nikki
tiada pilihan lain tetapi terpaksa berkahwin dengan lelaki pilihan ibunya itu serta dipersetujui bersama
oleh bapanya.

Watak Nikki, seorang gadis ganas dan tomboy yang dilakonkan oleh Haliza ternyata berkesan lebih-
lebih apabila adegan bila mana Nikki membelasah pakar psikologi yang dilakonkan oleh Azhar
Sulaiman di dalam tandas awam. Penampilan istimewa Ari Wibowo tidaklah begitu lama. Mungkin jika
dapat dipanjangkan adegan untuk beliau boleh menjadikan filem ini lebih menarik untuk ditonton.

Apa-apa pun ianya adalah sebuah filem komedi yang agak ringan dan menghiburkan.

Apabila dua diva bergabung...

Posted by TUPAI


Puas hati! Itulah yang mampu dikatakan apabila dua diva dari dua negara disatukan dalam satu showcase sempena minggu setiausaha di Shah Alam Convention Centre (SACC) baru-baru ini. Dato’ Siti Nurhaliza dan Krisdayanti telah menghiburkan seramai 1000 orang pada malam 27 April yang lalu. Rata-rata yang hadir adalah peminat setia mereka, VIP dan VVIP.

"Payudara saya membuai-buai semasa adegan itu..." - Haliza Misbun

Posted by MisS SaKurA

Memang agak panas tajuk di atas ini tetapi itulah yang dikatakan oleh penerbit bagi filem terbaru "Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami", Haliza Misbun pada sidang media yang diadakan pada hari Rabu lepas, 28 April 2010 bertempat di Cathay Cineplex e@Curve.

Selepas MisS SaKurA berpeluang menyaksikan tayangan khas bagi media itu memang ada adegan di mana Haliza Misbun memakai sebuah gaun yang agak menonjolkan asetnya itu sehingga menampakkan seperti payudaranya membuai-buai apabila beliau berjalan dari satu meja ke satu meja semasa makan malam. Haliza menegaskan bahawa beliau tidak tahu apabila memakai gaun itu akan menampakkan seolah-olah payudaranya membuai-buai. Ini mungkin juga disebabkan oleh lokasi kamera video itu yang mengambil angle dan shot dari bahagian atas.


Wow Buat KAPOWW!!!

Posted by MisS SaKurA

Kecoh kejap dibuatnya di sidang media bagi program terbaru yang akan ditayangkan di Astro Ria iaitu Kapoww!!!. Kesatuan Antarabangsa Peringkat Olimpik Wira Wira atau nama singkatannya Kapoww!!! adalah sebuah drama penuh aksi mengisahkan tentang adiwira-adiwira yang ingin menakluki dunia apabila mereka ini tercipta dari sebuah tenaga radioaktif yang secara tidak sengaja telah dibebaskan di ruang udara.


Kenapa MisS SaKurA menyebutkan soal kecoh kejap pada awal perenggan diatas adalah kerana adiwira-adiwira ini semua turun padang untuk menjayakan sketsa yang tak sampai 5 minit dari drama bersiri tersebut pada sidang media yang diadakan pada hari Selasa yang lalu, 27 April 2010 yang bertempat di Ministry of Sound (Euphoria), Bandar Sunway. Kesemua adiwira-adiwira tersebut sempat juga mengenakan kostum yang dipakai oleh mereka dalam drama tersebut. Terkejut jugalah MisS SaKurA bila watak-watak antagonis cuba untuk menculik pengacara majlis dan mungkin cuba untuk menawan dunia tetapi berjaya ditumpaskan oleh adiwira-adiwira Kapoww!!! sebelum mereka cuba untuk berbuat apa-apa.

Senarai Pemenang AIM17

Posted by TUPAI


Terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah menyertai peraduan AIM17. Berikut adalah pemenang yang telah terpilih. Tahniah diucapkan!


Hadiah Utama
2 x Pas percuma AIM17
Mohd Zamani B. Abd. Shariff

Nota: Mohd Zamani, sila hadir ke pejabat kami untuk mendapatkan hadiah di atas pada 28 April 2010 - 30 April 2010 semasa waktu pejabat
(
10.00 pagi - 12.30 tengahari, 1.30 tengahari - 5.00 petang).

Hadiah Saguhati
10 x T-shirt eksklusif AIM1
Nur Syahirah Binti Hussin
Muhammad Azwan Bin Azri
Mohd Fadzli bin Abdul Mutalib
Madziah binti Mat Jusoh
Tan Ye Yean
Badiuzaman Bin Mohd Noor
Mohammad Nabhan Bin Sapie
Dzari Hasbullah b. Ab. Wahab
Syaiful Fadzly Saadon
Maria Jahneeta binti Mohd Kassim Osman

PERHATIAN: Tebusan hadiah saguhati di atas hanya boleh dibuat bermula 28 April - 12 Mei 2010 sahaja!

WAKTU PEJABAT

ISNIN - JUMAAT
10.00 pagi - 12.30 tengahari
1.30 tengahari - 5.00 petang
Klik SINI untuk peta ke pejabat kami!

Pemenang Peraduan A NIGHTMARE ON ELM STREET

Posted by TUPAI


Tahniah kepada pemenang berikut! Anda telah berjaya memenangi dua (2) pas percuma ke tayangan filem "A Nightmare On Elm Street".

MAKLUMAT TAYANGAN
TARIKH: 11 Mei 2010 (Selasa)
LOKASI: GSC Mid Valley
MASA: 9.00 malam

** Waktu tebusan bermula jam 7.00 malam - 8.30 malam.


Penebusan hendaklah dibuat di meja/kaunter Cinema Online. Sila bawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

PEMENANG
Ahmad Saufi Aris
Alif Omar Mahfix
Ang Mee Leng
Chai Foong Theng
Imran Abd. Rashid
Khairil Imran Mohd Tazaai
Law Kok Peng
Lian Ian Ying
Mohd Azli Harun
Mohd Fadhullah Abd Manaf
Mohd Jayzuan
Mohd Nor Azim Ridzuan
Mohd Zamani Abd. Shariff
Nadia Syafeera Naserrudin
Norizan Amin
Nur Syahirah Hussin
Oon Kim Loon
Shahrul Erma Said
Syahirah Ismail
Tang Eu-Jin

Pierre Andre: Saya lebih matang!

Posted by TUPAI

27 Apr - Pelbagai masalah menimpa pelakon dan pengarah berbakat ini, daripada perselisihan faham antara dirinya dan penerbit terkenal David Teo, gosip hubungan cinta dengan aktres-aktres cantik seperti Norliana Samsudin, Julia Ziegler dan juga Fasha Sandha. Malah kisah percintaan halimunan antara Pierre Andre dan gadis misteri bernama Maya Darina Dahlan Hain atau Elie, Molie atau Melia mencetuskan kontroversi sehingga Pierre dikatakan tidak waras dan perkara tersebut telah menimbulkan perasaan bimbang di hati ibu tercinta, pelakon terkenal Khatijah Tan.

Festival Filem Malaysia 23 di Kuala Lumpur!

Posted by TUPAI

27 Apr - Festival Filem Malaysia (FFM) kembali lagi! Selepas FFM22 mendapat sambutan hangat di Kota Kinabalu, Sabah tahun lalu, kali ini ia kembali diadakan di Kuala Lumpur. FFM23 bakal bermula pada 16-18 Julai 2010 dengan mempertandingkan lima kategori iaitu Filem Cereka, Dokumentari, Animasi, Filem Pendek dan Digital.

Menurut Ketua Pengarah Finas, Mohd Mahyidin Mustakim yang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana di sidang media pengumuman kategori yang diadakan di Finas kelmarin, kemungkinan besar akan ada penambahan satu anugerah bagi kategori Anugerah Cipta iaitu Filem Komedi Terbaik.

"Memandangkan tahun lepas kita mendapat banyak penyertaan daripada filem komedi, kemungkinan besar kita akan menambah satu anugerah khas untuknya. Namun ia berdasarkan jumlah penyertaan yang kita terima tahun ini."

Masih lagi mengekalkan tema "Filem Malaysia Ke Persada Dunia", FFM23 akan dimulakan dengan majlis perasmian yang bakal disempurnakan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta tayangan perdana pada 16 Julai di e@curve, Damansara. Manakala malam kemuncak FFM23 pula bakal diadakan pada 18 Julai di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.


Penyertaan bagi kelima-lima kategori yang dipertandingkan telah pun dibuka dan bakal berakhir pada 31 Mei 2010.

Saya Tak Rasa Bersalah - Amylea Azizan

Posted by Chen-Chen

Itulah statement terbaru dari Amylea Azizan atau lebih dikenali dengan Amylea AF3. Baru-baru ni agak kecoh di beberape blog hiburan dengan entry yang mengatakan Amylea dah lupa diri gara-gara si Amylea join beberape group "ANTI AF" di laman social Facebook.

Namun hakikat sebenarnye, Amylea tidak lupa diri & tidak punyai sebarang niat untuk meng-ANTI-kan rancangan Akademi Fantasia yang telah melonjakkan namanye di persada seni tanah air.
Menurut di laman fanpage Amylea di facebook, Amylea bagi statement yang dia hanya join group itu untuk tujuan meng-skodeng  & ingin membaca perspective group itu sahaja.

Haha nasib baik Amylea bagi statement cepat-cepat sebelum nasi jadi bubur & membasikan hubungannya dengan rancangan sensasi itu. Kepada media-bloggers di luar sana, jangan cepat melatah yea. Rilex dulu hehe...

SOFEA JANE: Sekian lama berpisah akhirnya bertemu

Posted by Mat Rebiu

Ni haa Mat Rebiu ingin menyambung lidah rakyat dalam mengucapkan tahniah dan terima kaseyyy kepada FINAS atas kejayaan Program Merakyatkan Filem Malaysia pada petang Sabtu lepas, yang melihatkan tayangan percuma filem KEKASIH AWAL DAN AKHIR mendapat sambutan daripada kira-kira 200 orang yang datang menonton filem 1993 itu.

Yang menariknya, petang itu ada dijanjikan kemunculan artis, so apa tidaknya, memanglah ramai yang turun ke panggung lama Coliseum KL untuk acara intimewa itu.  

JAMAL ABDILLAH dikatakan ada komitmen lain (Jamuan Minggu Setiausaha agaknya) maka sayang lirik lagu klasik itu cuma jadi setengah saja, dengan kehadiran IMUDA dan SOFEA JANE. Rata-rata penonton agak gembira dapat bergambar dengan artis kesayangan mereka itu, siap dengan sesi autograf poster lagi. IMUDA muncul dengan beret yang menjadi trademark beliau manakala SOFEA JANE tampak ayu dalam serba putih walaupun sudah beranak tiga. Memang tiga, kan? Maaf ya, kalau silap.

Daphne Iking si penggoda?

Posted by TUPAI

Wanita kelahiran Sabah ini lebih terkenal dalam bidang pengacaraan. Namun apabila diberi peluang memegang watak utama dalam "Belukar", sebuah filem pertama arahan Jason Chong, Daphne Eleanor Iking atau lebih mesra dipanggil Daphne menerimanya dengan hati yang terbuka.

Pelbagai kontroversi telah menimpanya semenjak setahun dua ini, dari penceraiannya sehinggalah dikatakan sebagai perosak rumah tangga antara pelakon Natasha Hudson dan bekas suaminya, Shahrin Zahari.

Daphne yang kini menjadi ibu tunggal kerap kali dipanggil sebagai penggoda apabila melihat penampilannya yang semakin seksi. Tambahan pula Daphne telah diberi 'watak penggoda' untuk "Belukar" yang bakal ditayangkan di pawagam tempatan bermula 6 Mei nanti.

Walaubagaimanapun Daphne yang memegang watak Eva menyangkal dakwaan tersebut dan meminta jangan disamakan karakter yang dilakonkannya dengan dirinya di dunia realiti.

EKSKLUSIF: Menangi tiket ke AIM!

Posted by TUPAI

Ya, acara yang paling dinanti-nantikan buat semua peminat dan pemuzik tanahair. Anugerah Industri Muzik yang ke 17 bakal berlangsung pada hari Ahad depan, 2 Mei, 2010 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur pada pukul 9.00 malam.

Acara yang akan dimulakan dengan siaran secara langsung dari Karpet Merah pada pukul 8.30 malam itu adalah acara yang ke 17 diadakan pada tahun ini. Antara barisan artis yang akan membuat persembahan pada malam itu ialah Sheila Majid, Siti Nurhaliza, Aizat, Aliff Satar, Altimet, Andrew Tan, Shila OIAM, Ayu OIAM, Dafi, Juwita Suwito, Vince, Yuna, Zee Avi dan ramai lagi.

Dengan membawakan tema "AIM17 - Kemuncak Segala-galanya", pengacara yang akan mengacarakan malam yang penuh berprestij itu adalah Adibah Noor dan Afdlin Shauki. Penyiar rasmi bagi anugerah tersebut ialah NTV7 dan radio rasminya pula ialah Hot FM dan Fly FM. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton acara berprestij ini dan tandakanlah tarikh ini di kalendar anda supaya anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan anugerah ini secara langsung di NTV7, Saluran Ceria Anda.

Senarai pemenang peraduan HOOPERZ

Posted by TUPAI


Terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah menyertai peraduan HOOPERZ. Berikut adalah pemenang yang telah terpilih. Tahniah diucapkan! Anda telah memenangi dua (2) pas percuma "Hooperz". Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi ok?

PERHATIAN: Tebusan hanya boleh dibuat bermula 20 April - 29 April 2010 sahaja.

WAKTU PEJABAT
ISNIN - JUMAAT
10.00 pagi - 12.30 tengahari
1.30 tengahari - 5.00 petang
Klik SINI untuk peta ke pejabat kami!


PEMENANG
AHMAD SAUFI ARIS
ALI BUKHARI AMIR
CHEANG MEI FOON
DZARI HASBULLAH AB. WAHAB
EIRDRIAN SHAH AMIR
KHAIRIL IMRAN MOHD TAZAAI
KHAIRUN ANISA SUHAIMI
MADZIAH MAT JUSOH
MARHANA AHMAD
MOHD ASHRAF
MOHD NABHAN SAPIE
MOHD ZAMANI ABD. SHARIFF
NADIA SYAFEERA NASERRUDIN
NATASHA FARAH MOHD JOHAR
NUR AYUNI HASNI
NUR HIDAYAH RAZAK
NUR SYAHIRAH HUSSIN
NUR SYAZA FATINAH HUSSIN
NURULSYUHADAH MOHD RAMLI
RAFIDAH AHMAD ISMAIL
SALMI AHMAD
SANTRIGA A/P APPARAJU
SHAHRIR ARIF MOHAMAD
SHAHRUL FAWWAZ MOHD AMIN
SYAIFUL FADZLY SAADON
TAN YE YEAN
TEH MII LII
TEH SU URN
TENGKU NURLIANA TENGKU IBRAHIM
WAN IZLINA WAN IBRAHIM

Ulasan HOOPERZ

Posted by TUPAI


BINTANG

Keseluruhan:
3
Plot: 2.5
Lakonan: 3
Kesan Khas: 2
Sinematografi: 2.5


Tonton filem ini jika anda suka: "Dunia Baru The Movie"

Tujuh gadis dan permainan bola jaring. Inilah yang bakal disaksikan oleh peminat filem tempatan buat julung kalinya apabila "Hooperz" berada di pawagam 22 April akan datang. Menampilkan muka baru, Intan Nor Saina sebagai pelakon utama, buah tangan bersama Rosihan Zain dan Sheikh Munasar ini menjanjikan sesuatu yang berbeza daripada apa yang pernah anda saksikan di layar perak.

Achik Spin meninggal dunia

Posted by Nona Andika

Peminat masih lagi terkejut dengan kematian Allahyarham Din Beramboi pada 2 April lalu. Kini giliran Abdillah Murad Md. Shari atau lebih popular dikenali dengan nama Achik Spin pula meninggalkan kita. Pada jam 7 malam tadi, Achik, 27, telah meninggal dunia setelah terlibat dalam satu kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd (Lekas).

Arwah sebenarnya dalam perjalanan pulang daripada bersiaran langsung di RTM untuk program Hits1 petang tadi dengan menumpang kereta temannya, MPV Toyota Estima yang dikatakan telah terbabas dan melanggar papan tanda di lebuhraya tersebut. Menurut laporan Bernama, Arwah telah tercampak keluar akibat daripada impak pelanggaran yang kuat. Arwah meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan. Kereta tersebut terbakar sejurus kemalangan.

Arwah meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan.

Nona Andika dan team TUPAI ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Achik. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

AL-FATIHAH.

NONA ANDIKA:
Kepada semua pembaca TUPAI, sila berhati-hati bila di jalan raya ya? Sekarang ni accident boleh berlaku kat mana-mana je.

Senarai pemenang peraduan PHOONK 2

Posted by TUPAI


Terima kasih kerana telah menyertai peraduan Phoonk 2. Tahniah kepada pemenang yang terpilih! Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi ya?

PERHATIAN: Tebusan hanya boleh dibuat bermula 19 April - 26 April 2010 sahaja.

WAKTU PEJABAT

ISNIN - JUMAAT
10.00 pagi - 12.30 tengahari
1.30 tengahari - 5.00 petang
Klik SINI untuk peta ke pejabat kami!


PEMENANG
 
AIMI SARAH ABDULLAH
ALI BUKHARI AMIR
ANTHONY LEW CHEE WAI
CHEANG MEI FOON
CHEE WEI HOOK
DZARI HASBULLAH ABD. WAHAB
FADZIDA ISMAIL
IMRAN ABD. RASHID
KHATHEKEYAN A/L NADASAN
KUMARA VELOO
LEE KAM CHUAN
LIAN IAN YING
LIM PUEH TIAN
LOY TAK MEM
MAIZATUL SALWA MOHAMAD SAAD
MOHAMMAD NABHAN SAPIE
MOHD ZAMANI ABD. SHARIFF
MUHAMMAD HAZWAN SALAHUDDIN
NAZMAN NUZOL
NG SIOK HIONG
NUR SYAHIRAH HUSSIN
NUR SYAZA FATINAH HUSSIN
RAFIDAH AHMAD ISMAIL
RASIDI SUKARMAN
SIEW MEI CHENG
TAN YE YEAN
TANG WAI KEAT
TENGKU NURLIANA TENGKU IBRAHIM
ZULHILMI ABDUL RIDZAB@HASSAN

MOHD RIZAL ALI
NUR LIYANA AHMAD
NUR HIDAYATI OTHMAN
MUHAMAD NAZIF WAHAB
JESSICA LEE
AHMAD AINUDDIN RAMLI
MOHD ISKANDAR SUFIAN
KOMALA A/P SIVANASAMY
JANATUL RAFIZAH ALI
NURHANIZAH ZAINAL
DANIEL TAN
NORADILA RAMLI
MOHD RAFIQ SALEHUDDIN
TAN YING YING
BHAVANI A/P PATHNATHAN
FARIZA ABDULLAH
KUMARAN A/L MUTHUSAMY
NAOMI DAVID
NURUL SYARIAH SAID
MOHD HAFIZ RAFIQ
CHRISTOPHER TAN

Melissa Maureen curi tumpuan, 'middle finger' dalam HOOPERZ?

Posted by TUPAI

Jika ini kali pertama anda melihat poster filem "Hooperz", pasti anda sangka Melissa Maureen adalah pelakon utamanya. Iya lah, Melissa 'diletakkan' di tengah-tengah antara barisan pelakon yang duduk. Dah tu, wajah pelakon utama pun tak berapa jelas. Tapi siapa sangka, pelakon utama filem ini sebenarnya adalah pengacara TV yang tidak dikenali ramai, Intan Nor Saina. Walaupun masih setahun jagung dalam bidang lakonan, nasib baik lakonan Intan tidaklah begitu mengecewakan.

TUPAI telah menghadiri majlis pra-tonton "Hooperz" yang diadakan di Cathay Cineleisure, e@curve baru-baru ini. Tak tahu lah sama ada mata tersalah tengok atau tidak, tapi rasanya team TUPAI ada ternampak Intan atau wataknya dalam filem ini, Atylia menunjukkan 'middle finger'. Selain daripada Melissa dan Intan, filem ini turut dilakonkan oleh Dawn Jeremiah, Juliana Evans, Adibah Noor, Amy Mastura dan Remy Ishak!

Anyway
, ini adalah antara gambar yang sempat team TUPAI ambil. Enjoy!

Oh ya, jangan lupa sertai peraduan "Hooperz" kalau anda ingin memenangi pas percuma.

"Memang sedap tidur di atasnya" - Maya Karin

Posted by MisS SaKurA

Ya, tidak dinafikan lagi apa yang dikatakan oleh pelakon, model dan penghibur terkenal Maya Karin apabila ditanyakan bagaimana rasanya apabila tidur di atas tilam Vono di hari upacara menandatangani dan pelancaran produk tilam terbaru Vono Maya Karin Back Care collection.

Maya Karin yang dipilih untuk menjadi duta oleh syarikat tilam yang amat terkenal diseluruh dunia itu selepas 10 tahun memegang kontrak bersama Ziana Zain berkata dia amat berbesar hati dan terharu dan berharap dapat menjalankan tanggungjawab sebagai duta bagi produk tilam Vono ini dengan baik.

Team Tupai sempat juga mencuba tilam-tilam yang diperkenalkan oleh syarikat Vono pada hari pelancarannya yang bertempat di Grand Dorsett Subang pada hari Isnin lepas, 12 April 2010. Untuk Maya Karin je, Vono telah pun melancarkan beberapa jenis tilam di bawah nama beliau iaitu Back Saver 1, Back Saver 2, dan Back Saver Deluxe. Harga bagi tilam-tilam ini pun tidaklah mahal mana, sekitar RM699 hinggalah ke RM1399.

Worldstars Road To Hollywood 2010

Posted by Chen-Chen

Sempat juga CC menghadirkan diri ke finale World Championship Of Performing Arts(WCOPA) Worldstars Road to Hollywood 2010 yang diadakan di Istana Budaya pada 10-April-2010.

Membarisi 20 perserta dari 5 kategori seni persembahan,  kesemua 20 perserta dari 5 kategori vokal, tarian, peragaan, lakonan, & muzik instrumental hanya di beri masa selama seminit untuk setiap persembahan namun berjaya menampilkan bakat yang cukup hebat & unik. kesemua perserta mewakili dari seluruh negeri diadili oleh juri-juri ternama seperti Deja Moss, Noryn Aziz & Lewis Pragasam.

Kategori yang paling dinantikan pada malam itu tentunye kategori seni vocal yang 50% dari persertanye dibarisi oleh bintang realiti tv terkemuka seperti Shila OIAM, Iz Sulaini OIAM, Rizu OIAM, Nabil MENTOR & Nadia AF6.

Tahniah CC ucapkan kepada Shila Amzah, Iz Sulaini & Cheryl Koh kerana berjaya menempah tiket ke Los Angelas pada 15 July nanti bersama 5 perserta dari kategori tarian, peragaan & muzik instrumental namun tiada perserta yang berjaya untuk kategori lakonan.

Chen-chen: kesian Nabil, kena perform 3 lagi atas kesalahan technical hehe.....

Sepetang bersama Harith Iskander...

Posted by MisS SaKurA

Baru-baru ini MisS SaKurA ada buat satu post berkaitan dengan Harith Iskander tentang pembukaan restoran terbarunya, Samsaraa Kuala Lumpur Restaurant & Bar. Kali ini, MisS SaKurA berpeluang untuk menghakimi dan merasa sendiri masakan di restoran tersebut pada petang Jumaat yang lalu.

Bertemakan konsep ala Asia dan Barat, restoran yang dimiliki oleh Harith dan tunangnya Jezamine Lim  (gambar kiri) dan juga rakan kongsi mereka telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan sejak ianya dibuka pada beberapa bulan yang lalu.

MisS SaKurA berpeluang mengadakan sesi minum petang dan borak santai bersama Harith pada hari tersebut. Jomlah kita lihat gambar-gambar dan video temuramah eksklusif dibawah ini khas buat pengunjung Tupai.

A CUT ABOVE Fashion Gala 2010!

Posted by TUPAI

Baru-baru ni, TUPAI dijemput untuk menghadiri Fashion Gala yang dianjurkan oleh A Cut Above di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Tetamu yang datang dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah, atau adakalanya dikenali sebagai Beyonce Malaysia! Malah ada juga pertunjukan fesyen rambut "Tribute to Michael Jackson" dan juga "Let's Go Gaga"! Meriah bukan? Oh ya, kami sempat bertemu dengan diva terkenal kita, pengacara terkenal Azwan Ali!

Jom kita tengok gambar sekitar majlis tersebut...

Peraduan HOOPERZ

Posted by TUPAI

Ingin menangi tiket percuma HOOPERZ? Sertai peraduan sekarang!
Diarahkan oleh Rosihan Zain, "Hooperz" mengisahkan sekumpulan pelajar yang mempunyai latar belakang dan karakter berbeza bermain dalam sebuah pasukan bola jaring. Masing-masing mempunyai masalah tersendiri, namun ia tidak menjejaskan semangat mereka untuk menyertai pertandingan akhir Kejohanan Bola Jaring Tahunan.

"Hooperz" dibarisi pelakon terkenal seperti Intan Nor Saina, Melissa Maureen, Juliana Evans, Adibah Noor, Amy Mastura dan Remy Ishak.

Saksikan "Hooperz" di pawagam bermula 22 April 2010!



Ingin memenangi pas percuma? Mudah saja! Jawab dua (2) soalan mudah dan lengkapkan slogan. Penyertaan dengan semua jawapan tepat dan slogan paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang.

Peraduan tamat 18 April 2010.

Ucapan tahniah daripada Harith Iskander kepada Afdlin Shauki

Posted by TUPAI



Hari ini, TUPAI sempat bertemu dengan pelawak terkenal Harith Iskander di restoran terbaru miliknya, Samsaraa di Sri Hartamas. Memandangkan teman baiknya Afdlin Shauki baru sahaja menimang cahaya mata awal pagi tadi, ini adalah sedikit 'nasihat' daripada pakcik Harith kepada Ileana Matin Shauki.


Ulasan WHEN IN ROME

Posted by Nona Andika


BINTANG

Keseluruhan: 2.5
Plot: 2
Lakonan: 3
Sinematografi: 3


Tonton filem ini jika anda suka: "Because I Said So", "Forgetting Sarah Marshall", "He's Just Not That Into You", "Enchanted"

Seriously, berapa banyak lagi filem kisah cinta yang mempunyai penamat sempurna perlu diterbitkan? Lebih-lebih lagi jarang sekali ada penamat filem yang sedemikian berlaku dalam kehidupan realiti. Filem romantik kerapkali diselitkan dengan elemen komedi agar ia lebih menarik dan nampak comel. Tidak dinafikan taktik tersebut mungkin berjaya untuk sesetengah orang sahaja.

Afdlin Shauki dapat baby!

Posted by Nona Andika


Nona Andika & Tupai ingin mengucapkan tahniah kepada pengarah/pelakon terkenal Afdlin Shauki atas kelahiran cahaya mata barunya, Ileana Matin Shauki. Isterinya selamat melahirkan anak perempuan pada jam 3 pagi tadi (9 April 2010). Berita gembira ini disampaikan oleh Afdlin Shauki sendiri melalui Twitter dan Facebook. Tahniah sekali lagi!

Sleeq Duo/Group Terbaik Anugerah Hitz 2010

Posted by Chen-Chen

Kumpulan hip-hop R&B SLEEQ yang berasal dari Singapura baru-baru ini telah memenangi anugerah duo/group terbaik Anugerah Hitz 2010 Singapura.

Sleeq yang kini tampil dengan lagu "Cun Saja" sebelum ini pernah berada dibawah pengurusan Imran Ajmain & KRU Studios Singapura.
kini pasangan sepupu, Ahmad Syarif dan Alif Abdullah bernaungan di bawah syarikat Metadome Malaysia.

Anugerah Hitz 2010 yang buat pertama kali dianjurkan oleh Media Corp Suria bersama Ria 89.7FM, Warna 94.2FM dan Composers and Authors Society of Singapore (COMPASS) ini di adakan untuk menghargai bakat-bakat 100% dari industri muzik malayu Singapura.

Harith Iskander Buka Restoran

Posted by MisS SaKurA

Wah bukan main lagi sekarang ramai artis dah mula menceburi bisnes dalam hal² memasak dan
pembukaan restoran nih. Terbaru, Harith Iskander baru sahaja mengadakan majlis pelancaran untuk restorannya pada hari Khamis lalu, 1 April 2010.

Ramai juga rakan artis dan rakan media yang hadir. Antaranya ialah Patrick Teoh, Zahim Al-Bakri, Dato' Yasmin Yusof dan ramai lagi.

Samsaraa Restaurant & Bar yang bertempat di Sri Hartamas, restoran yang berkonsepkan ala-ala Asia dan Barat ini dibuka dari jam 12 tengahari hingga 10.30 malam pada setiap hari Selasa hingga Sabtu.

Team Tupai memang tak sabar nak merasa masakan dari Samsaraa Restaurant & Bar nih, lebih-lebih lagi ianya adalah hasil titik peluh dari seorang selebriti tempatan yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan.

Pemenang peraduan WHEN IN ROME

Posted by TUPAI

Kepada semua pembaca TUPAI, terima kasih kerana menyertai peraduan WHEN IN ROME. Tahniah diucapkan kepada pemenang yang terpilih. Anda telah memenangi dua (2) pas percuma ke tayangan eksklusif "Clash Of The Titans" pada 13 April 2010. Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi ya?

MAKLUMAT TAYANGAN
TARIKH:
13 April 2010 (Selasa)
MASA:
9.30 malam
LOKASI
:
Cathay Cineplex, e@curve

** Waktu tebusan pas percuma bermula 7.30 malam - 9.00 malam


NOTA: Penebusan pas percuma hendaklah dibuat di kaunter/meja Cinema Online pada waktu tebusan yang ditetapkan. Sila bawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

PEMENANG
ADAM SHAMSUL ANWAR
AILEEN SEW AI LEEN
ALI BUKHARI AMIR
AMIRAH MOHD ALIAS
CHEANG MEI FOON 
FADZIDA ISMAIL
IRWAN LUBIS MUKTAR
KHAIRIL IMRAN MOHD TAZAAI
LEE YUEH MING
MARHANA AHMAD
MOHAMMAD NABHAN SAPIE
MOHD ASHRAF
MOHD AZLI HARUN
NGOO KAY SEONG
NIK AHMAD KAMIL NIK FAUZI
SHAHRIR ARIF MOHAMAD
SHAHRUL ERMA SAID
SHAHRUL FAWWAZ MOHD AMIN
TAN YE YEAN
WONG HUNG LIONG

Ulasan DATE NIGHT

Posted by TUPAI


BINTANG

Keseluruhan: 3.5
Plot:
2.5
Lakonan:
3.5
Sinematografi:
3

Tonton filem ini jika anda suka: "Cop Out", "The Pink Panther"


Apabila dua pelakon popular digandingkan bersama dalam sesebuah filem, pasti ramai yang menjangkakan ia bakal menjadi sebuah filem 'hit' di pawagam. Namun adakalanya barisan pelakon hebat tidak menjanjikan sebarang kejayaan kepada sesebuah filem. Walaubagaimanapun apabila menyaksikan gandingan dua pelakon komedi popular, Steve Carell dan Tina Fey, pasti penonton tidak kering gusi dengan persembahan mereka. Filem aksi komedi ini diarahkan oleh pengarah "Night At The Museum" dan "Cheaper By The Dozen", Shawn Levy.

Rumah Arwah Din Beramboi Di Pecah Masuk!

Posted by TUPAI

Belum pun cukup seminggu kita tangisi pemergian Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi, Miss Sakura mendapat berita yang rumahnya dimasuki pencuri.

Rumah arwah Din Beramboi yang terletak di Sungai Buaya dekat Kuala Kubu Baru itu dikatakan dipecah masuk melalui pintu belakang. Dengar khabar pencuri tersebut melarikan barang-barangan yang bernilai kira-kira RM20,000.

Arwah Din Beramboi yang juga penyampai radio popular Era FM yang digandingkan di Riuh Pagi Era bersama-sama Aznil Hj Nawawi meninggal dunia pada 2 April 2010 pada pukul 12.30malam akibat oleh penyakit demam Denggi berdarah.

Cheritera Baru

Posted by Chen-Chen


CHERITERA, itulah tajuk bagi telefilem terbaru sutradara Aziz M Osman hasil karya nukilan pelakon drama bersiri popular Tam Suhaimi.  Cheritera yang di terbitkan dibawah Chantek Pictures adalah project penerbitan pertama oleh rakan karib Tam Suhaimi dan Farish Aziz.

Dibarisi line-up watak-watak yang dilakonkan oleh Erynne Erynna, Amy Mastura, Farish Aziz, Tam Suhaimi, Juliana Evans, Lydia Ibtisam dan Miralyana. Selain penampilan khas dari Liyana Jasmay & Nora Danish


Cheritera mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Arissa, pada suatu hari telah terjumpa sebuah buku yang bertajuk "Cheritera". Oleh kerana tidak menyiapkan karangannya, Arissa memonteng kelas tuisyennye.

Setelah membaca buku itu, Arissa mengubah isi kandungan buku tersebut supaya menjadi lebih moden agar dapat digunakan di dalam karangannya.
Keesokan harinya, beberapa watak tiba-tiba muncul di dalam rumahnya. Setelah diamati, watak-watak itu berasal dari hikayat buku "Cheritera" .

Jadi dapatkah Arissa mengembalikan watak berkenaan ke alam mereka?. Sama-sama kita nantikan telefilem yang bakal ditayangkan di TV3.
Chen-chen: apapon, u'alls enjoy beberape stills ni dulu hehee

 


CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook