CUCI THE MUSICAL kembali!

Posted by TUPAI


(Kredit gambar: The Star)

31 Mac
- Selepas kejayaan "Cuci The Musical" yang dipentaskan di Istana Budaya tahun lalu, kini pelakon Hans Isaac bersama-sama pengarah teater Dato' Zahim Albakri dan pelawak terkenal Harith Iskander akan kembali untuk musim kedua yang bakal diadakan pada 27 Julai hingga 10 Ogos nanti.

Cinta Stila dan Leto!

Posted by TUPAI

Antara gambar-gambar daripada filem "Semerah Cinta Stilleto"


UPDATE: Din Beramboi kritikal

Posted by Nona Andika

Begitulah yang dilaporkan oleh satu portal hiburan popular tempatan. Menurut portal tersebut, penyampai radio Era FM dan pelawak terkenal ini berada di dalam hospital. Namun penyakitnya belum disahkan lagi dan Din Beramboi (kanan) masih diperiksa oleh doktor.

Din dikatakan telah mengadu kepada pengurus Era FM, Nazri Noran pada Rabu lalu (24 Mac 2010) bahawa badannya terasa sakit. Malah Din turut memberitahu isterinya juga sedang demam. Oleh kerana keadaannya semakin serius, Din terpaksa ditahan di wad untuk rawatan lanjut.

Dengar cerita, doktor terpaksa menidurkan Din kerana beliau dikatakan tidak dapat melelapkan mata selama tiga malam.


UPDATE: Menurut sumber, Din berada dalam keadaan kritikal dan dimasukkan ke wad ICU setelah dijangkiti oleh air kencing tikus ketika menjalani penggambaran di zoo. Belia dikatakan berada dalam keadaan koma. Sama-samalah kita berdoa agar Din akan pulih seperti sediakala.

Johnny Depp tak reti menari?

Posted by Nona Andika

Johnny Depp (kiri) bersama Helena Bonham-Carter dan Tim Burton

Well
, itulah yang diberitahu oleh teman baik Johnny Depp, pelakon Helena Bonjam-Carter. Pada yang tak tahu, Helena pernah berlakon bersama Johnny melalui filem "Sweeney Todd" dan terbaru "Alice In Wonderland". Mungkin bagi peminat di luar sana, Johnny Depp adalah seorang pelakon hebat. Tapi nampaknya Helena telah membongkar kelemahan Johnny - dia tidak tahu menari!

"Tarian funderwhack dalam 'Alice In Wonderland' menampakkan Johnny seolah-olah pandai menari, tapi sebenarnya tidak. Dia boleh lakukan apa saja kecuali menari. Kelemahannya berjaya disembunyikan, bukan?" kata Helena.

"Dalam 'Sweeney Todd', kami sepatutnya menari di penghujung filem. Tetapi disebabkan Johnny tak boleh menari, maka kami diletakkan atas mesin berpusing."

Nona Andika:
Takpe kalau dia tak pandai menari. Asalkan lakonannya hebat dan dia hot!

LISA SURIHANI: Ratu Filem 2010?

Posted by TUPAI

Pelakon wanita Lisa Surihani mula berkecimpung dalam dunia perfileman pada tahun 2007 menerusi filem arahan Bernard Chauly, "Goodbye Boys". Pernah memenangi anugerah Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) pada tahun 2008 menerusi filem "I'm Not Single", Lisa pernah beberapa kali dikritik dek kerana lakonannya dikatakan agak 'kayu'.

Pada tahun 2010, peminat dikejutkan dengan lakonan Lisa melalui filem "V3: Samseng Jalanan", di mana Lisa diberi peluang membawa watak antagonis. Melalui watak Kamsah, peminat berpeluang menyaksikan Lisa menjadi 'jahat', berbeza dengan watak-watak ringan yang pernah diberi kepadanya sebelum ini. Selepas penayangan "V3" pada Mac lalu, kini Lisa kembali ke genre romantik komedi di mana Lisa bergandingan dengan 'hero'nya, Farid Kamil melalui filem arahan Ahmad Idham, "Semerah Cinta Stilleto", yang bakal ditayangkan di pawagam pada 8 April nanti.

TUPAI bertemu dengan Lisa selepas majlis pra-tonton "Semerah Cinta Stilleto" pada 23 Mac 2010, hari yang sama Lisa menginjak usia 24 tahun.

Ulasan SEMERAH CINTA STILLETO

Posted by TUPAI


BINTANG

Keseluruhan: 2.5
Plot: 2
Lakonan: 2.5
Sinematografi: 2.5


Tonton filem ini jika anda suka: "Syurga Cinta", "I'm Not Single", "9 September"

Pertama kali kita menyaksikan gandingan pelakon Farid Kamil bersama Lisa Surihani adalah melalui filem arahan Pierre Andre, "I'm Not Single" (2008). Pada tahun 2010, sekali lagi pasangan yang pernah digosipkan bercinta ini digandingkan untuk "Semerah Cinta Stilleto", sebuah filem romantik komedi arahan Ahmad Idham. Tindakan pihak Metrowealth (MIG) untuk mengekalkan Ahmad Idham sebagai pengarah bagi filem terbitan ke-35 ini adalah ekoran pengalaman dan kebolehan beliau terutama sekali selepas filem "Syurga Cinta" mendapat kutipan yang memberangsangkan pada tahun 2009.

Sekitar Party Hip TV TV9 2010

Posted by Chen-Chen

Baru-baru ini Chen-chen di ajak oleh 'Teman Istimewa' untuk ke Party Hip TV TV9 2010 yang berlansung di Kelab Selangor Shah Alam. Party Hip TV yang pertama kali di adakan itu boleh di katakan meraih juga walaupon tak berape ramai artis & media, namun We'all semua enjoy dengan keramaian & persembahan yang berlangsung.

Tahniah juga kepada artis-artis yang berjaya merangkul anugerah dari kategori-kategori title yang agak klaka hehe. apa yang pasti, semua pemenang adalah hasil dari undian peminat yang meng-sms.
"It's an award something we can laugh about with friends" bak kata Jehan Miskin yang sempat bersama Chen-chen.


Selamat hari jadi, Lady GaGa!

Posted by Nona Andika


Happy 24th birthday
, Lady GaGa!




Nona Andika: Korang dah tengok video music  "Telephone" yang dinyanyikan oleh Lady GaGa dan Beyonce Knowles? Hot!

Pemenang peraduan CLASH OF THE TITANS

Posted by TUPAI


Kepada semua pembaca TUPAI, terima kasih kerana menyertai peraduan CLASH OF THE TITANS. Tahniah diucapkan kepada pemenang yang terpilih. Anda telah memenangi dua (2) pas percuma ke tayangan eksklusif "Clash Of The Titans" pada 31 Mac ini. Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi ya?


MAKLUMAT TAYANGAN
TARIKH:
31 Mac 2010 (Rabu)

MASA:
9.30 malam

LOKASI:
GSC 1 Utama


** Waktu tebusan pas percuma bermula 7.30 malam - 9.00 malam


NOTA: Penebusan pas percuma hendaklah dibuat di kaunter/meja Cinema Online pada waktu tebusan yang ditetapkan. Sila bawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

PEMENANG 

AHMAD ADLYN OTHMAN
ALIZA SHARWIN ABD MANAP
CHEANG MEI FOON 
EVELYN FOO SUAN CHOO
FARIDAHAILEE IBRAHIM
KEE TEIK WENG
KHAIRIL IMRAN MOHD TAZAAI
KHAIRUL NIZAM ADNAN
LAU SAI YEW
MOHAMMAD NABHAN SAPIE
MOHD ASHRAF
MOHD ZAMANI ABD. SHARIFF
NG SIOK HIONG
OOI CHONG SENG
SALAWATI MOHD NOR
SHAHRUL FAWWAZ MOHD AMIN
TENGKU NURLIANA TENGKU IBRAHIM
WAN IZLINA WAN IBRAHIM
WONG PUI LI 
WONG WAI BIEN

Kejutan untuk Lisa Surihani!

Posted by TUPAI



24 Mac - Pelakon wanita Lisa Surihani dikejutkan dengan sebiji kek sempena hari kelahirannya yang ke-24 ketika majlis makan tengahari selepas tamat tayangan filem terbarunya "Semerah Cinta Stilleto" untuk para media kelmarin.

Syamsul Yusof Penyanyi?

Posted by Chen-Chen

Tahukah Anda, Pelakon & Pengarah muda Skop Production Syamsul Yusof adalah seorang Penyanyi?.
Actually selain melebarkan sayap seninya sebagai pelakon & telah berjaya mengarahkan 3 filem, Syamsul  telah pun me-release-kan single pertamanya yang bertajuk "Bidadari" pada tahun 2009.

Syamsul juga turut berkolabarasi bersama saudaranye Anwar Fazal untuk single yang bertajuk "Bidadari" itu ujar Syamsul yng mengatakan single mereka itu tidak lah mendapat sambutan yng begitu hangat walaupun berjaya dimainkan di corong-corong radio terkenal masa kini.

Namun untuk OST filem pengarahan & lakonan terbarunya EVOLUSI KL DRIFT 2, Syamsul membuat penampilan di dalam track "APAKAH SEMUANYA" yang di nyanyikan bersama Anwar Fazal Featuring Doul, selain itu Syamsul juga turut membuat penampilan khas di dalam track "EVOLUSI KL DRIFT" yang dinyanyi oleh James Baum Featuring Ahli Fiqir & Moots Pop Shuvit.

Jadi sama-sama kita nantikan filem akan muncul pada 25 March ini.
Chen-chen: boleh tahan jugak bakat si Syamsul nih hehe.....

Ulasan MAGIKA

Posted by TUPAI


Oleh: Nur Safina Othman

BINTANG:
Keseluruhan: 5
Lakonan: 4
Plot: 3.5
Efek Khas: 3.5
Sinematografi: 4

Tonton filem ini jika anda suka:
"Alice In Wonderland", "Bridge To Terabithia", "Peter Pan"


Buah tangan terbaru terbitan KRU Studios telah berjaya memikat hati pihak media apabila ia dipertontonkan baru-baru ini. "Magika", filem arahan pertama daripada Edry Abdul Halim, adik kepada Norman dan Yusry ini dijangka memberi sesuatu yang berbeza daripada apa yang pernah ditonton oleh peminat filem tempatan. Berkonsepkan muzikal adventure yang buat pertama kalinya dihasilkan dalam filem tempatan, penonton bakal saksikan kesemua barisan pelakon yang terlibat dengan filem ini menyanyi!

Senarai pemenang peraduan JUMBO GAJAH BIRU

Posted by TUPAI



Terima kasih atas penyertaan peraduan
JUMBO GAJAH BIRU! Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang yang terpilih. Kepada yang tidak berjaya, sila cuba lagi ya?


PERHATIAN: Tebusan hadiah hanya boleh dibuat bermula 23 Mac - 1 April 2010 sahaja!

WAKTU PEJABAT

ISNIN - JUMAAT
10.00 pagi - 12.30 tengahari
1.30 tengahari - 5.00 petang
Klik SINI untuk peta ke pejabat kami!



HADIAH
Hadiah Pertama

Patung Jumbo
Patung Luna
T-shirt "Jumbo Gajah Biru"
Cawan "Jumbo Gajah Biru"
SITI ROHANA BT AHMAD

Hadiah Kedua
Patung Jumbo
Patung Luna
T-shirt "Jumbo Gajah Biru"
NORIZAN NORDIN

Hadiah Ketiga
Patung Jumbo
Patung Luna
Cawan "Jumbo Gajah Biru"
AINI AKMALIA ABDUL KARIM


Hadiah Saguhati x 8

T-shirt "Jumbo Gajah Biru"
Cawan "Jumbo Gajah Biru"
AIMI SARAH ABDULLAH
CHEANG MEI FOON
JUNAIDAH IBRAHIM
KIRAN KUMAR
MAYALIZA MAHFUDZ
NUR SYAHIRAH HUSSIN
ROZAIDI RAMLI
TAN YE YEAN

Ulasan KAIJI

Posted by TUPAI


BINTANG:

Keseluruhan: 2.5
Lakonan: 2.5
Plot: 2
Efek Khas: 2
.5
Sinematografi: 2.5


Tonton filem ini jika anda suka:
"God Of Gambler", "All For The Winner"

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kebanyakan filem Jepun yang ditayangkan di pawagam telah diadaptasikan daripada manga atau anime. Begitu juga dengan filem terbaru arahan Toya Sato ("Gokusen The Movie"), "Kaiji", yang telah menyatukan kembali barisan pelakon daripada filem "Death Note", turut diadaptasi daripada siri manga popular oleh Noboyuki Fukumoto yang telah dijual sebanyak 11 juta salinan.

Ulasan COP OUT

Posted by TUPAI

BINTANG:
Keseluruhan: 2.5
Plot:
2
Lakonan:
3
Sinematografi:
2.5

Tonton filem ini jika anda suka:
"Lethal Weapon", "Beverly Hills Cop"

Buat pertama kalinya, pengarah "Zack and Miri Make a Porno" (2008) ini menerima skrip yang ditulis orang lain untuk dijadikan filem. Bekerjasama dengan adik-beradik Cullen, Robb dan Mark, filem komedi ini mengisahkan seorang polis veteran Jimmy (Bruce Willis) kehilangan kad besbol yang jarang sekali ditemui. Memandangkan kad tersebut adalah satu-satunya harapan Jimmy untuk membayar majlis perkahwinan anak perempuannya yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi, Jimmy bersama rakannya, Paul (Tracy Morgan) cuba mencari pencuri sebenar iaitu seorang gangster yang obses dengan memorabilia.

ALICE di Mid Valley Megamall

Posted by TUPAI

AIM 17 Dominasi Bintang Indie!

Posted by Chen-Chen

Pencalonan untuk anugerah paling berprestige Anugerah Industri Muzik ke-17 sudah pun dimaklumkan dengan sebanyak 925 pencalonan kesemuanya. Pencalonan yang di dominasi oleh pemuzik bebas antaranya diterajui dengan bakat-bakat indie seperti Hujan, Bunkface, Yuna, Altimet & Prema Yin.

Yuna yang kini berada L.A telah berjaya mengkukuhkan 4 pencalonan menerusi lagu "Dan Sebenarnya" & juga Lagu Inggeris Tempatan Terbaik menerusi lagu "Deeper Conversation" dari album sulungnya, "Dan Sebenarnya". Pun begitu, Yuna juga tidak terlepas untuk bersaing bersama Dato' Siti Nurhaliza untuk Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu(Wanita).

Selain Yuna, bakat baru Prema Yin juga turut dicalon dalam 4 kategori menerusi album EP sulungnya "Eyo Eyo", sesuatu yang sangat surprise ujar Prema yang turut tercalon untuk kategori Anugerah Artis Baru Terbaik.

Selain itu, Superman Malaysia kita Faizal Tahir tidak terlepas untuk mencalonkan album terbarunya "Adrenalin" bagi kategori Anugerah Album Rock Terbaik selain menggempakkan lagi kategori Anugerah  Lagu Rock Terbaik menerusi lagu "Bencinta" dari album pertamanya, "Aku.Muzik.Kamu".

Manakala pengkukuh tetap pencalonan Anugerah Vokal Terbaik Di Dalam Lagu(Wanita) Dato' Siti Nurhaliza tercalon bagi 2 kategori yang turut bersama rakan seberangnya Kris Dayanti untuk kategori Anugerah  Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik menerusi album kolaborasi "CTKD".
Chen-chen: sama-sama kita nantikan di hari kemenangan :)




Yuna, Prema Yin & Faizal Tahir

Ulasan: EVOLUSI KL DRIFT 2 - Cakap sampai tayar berasap

Posted by Mat Rebiu


Oleh: Mat Rebiu

BINTANG
Keseluruhan:
2.5

Lakonan:
3
Plot:
2.5
Efek khas:
3.5
Sinematografi:
3

Tonton filem ini jika anda suka:
“Evolusi KL Drift”, “Gangster”, “KL Menjerit”, “Impak Maksima” 

Saya tak mau komen banyak, memandangkan filem ini pun sudah terlalu banyak dialognya, sampaikan saya dudok di panggong macam layan dua episod Gerak Khas berturot-turot. Yang saya nak komen ini adalah betapa khusyoknya si peneraju projek kita Mr. Syamsul

ADRENALIN FAIZAL TAHIR!

Posted by Chen-Chen



Kalau kita sebut saja Superman Malaysia, hanya ada satu 1 wajah yang akan terpampang di minda y'all iaitu Faizal Tahir. So apa cerita dengan Abang Superman kita nih?

Well, Faizal Tahir kita ni telah pun me-release-kan album keduanya di bawah naungan Monkey Bone Records yang bertajuk "ADRENALIN" pada 11 Mac 2010 yang lepas.

Apa yang sangat special tentang album terbarunya "ADRENALIN" ini is that, album yang memuatkan 9 track hebat ini di-release-kan dengan 2 cover album yang berlainan.

Bukan itu saja, malah seribu pembeli pertama yang bertuah akan mendapat setem eksklusif edisi terhad "1Malaysia Setemku" Faizal Tahir. Hanya 2 bulan yang lepas Faizal telah pun melancarkan album terbarunya ini secara digital yang boleh dimuat turun kepada penguna-penguna Maxis & Digi.                                             

Chen-chen: tak sabar nak beli yang original!.....
(gambar2 hiasan dari facebook fanpage Faizal Tahir)

Pemenang peraduan WU CHUN

Posted by TUPAI



Jadi siapakah pemenang bertuah yang memenangi hadiah eksklusif gambar yang ditandatangani oleh Wu Chun sendiri (gambar atas)?

Tahniah diucapkan kepada ZAFIRAH MAJDIAH ZABI!!

Anda boleh menebus hadiah bermula 15 - 23 Mac sahaja.

WAKTU PEJABAT
ISNIN - JUMAAT
10.00 pagi - 12.30 tengahari
1.30 tengahari - 5.00 petang
KLIK SINI UNTUK PETA KE PEJABAT KAMI

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi 03-78051527.


Peraduan JUMBO GAJAH BIRU

Posted by TUPAI

Menangi barangan JUMBO GAJAH BIRU!

Sinopsis

Sebuah filem animasi oleh Taweelarp Sriwootiwongse mengisahkan Jumbo, si gagah berani dilantik menjadi gajah diraja bagi Raja Naresuan setelah berjaya dalam pentempuran gajah terhebat. Isterinya, Luna, sedang hamil dan berhasrat untuk pulang ke kampung halamannya untuk melahirkan bayinya. Namun malang tidak berbau, Kampung Hin How diserang musuh dan menawan penduduk kampung termasuklah ahli keluarga Jumbo. Kini, Jumbo perlu membuat pilihan antara keluarga atau berjuang demi negara.

Mila dan Akim daripada program realiti TV popular "Akademi Fantasia" telah menyumbangkan suara mereka untuk filem animasi "Jumbo Gajah Biru" ini.



"Jumbo Gajah Biru" ditayangkan di pawagam tempatan pada 11 Mac 2010!

Video sekitar gala premier EVOLUSI KL DRIFT 2

Posted by Chen-Chen



Sekitar malam gala premier dan sidang media EVOLUSI KL DRIFT 2 yang berlansung di Cathay Cineplex, e@Curve, Damansara.




Video ucapan daripada Scha Al-Yahya dan Aaron Aziz.




Chen-Chen: Jangan lupa saksikan EVOLUSI KL DRIFT 2 di pawagam 25 Mac nanti ya?

AIR MATA SEORANG ANAK: Syamsul terharu dengan sokongan bapa

Posted by TUPAI

Oleh: Ezekiel Lee Zhiang Yang


9 Mac - Segagah mana pun seorang lelaki, pasti ada sedikit emosi lembut dalam dirinya. Inilah yang berlaku ke atas Syamsul Yusof, anak lelaki kepada seorang pengarah dan penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam. Wajahnya selalu kelihatan serius, namun pada malam majlis pra-tonton filem terbaru arahannya, "Evolusi KL Drift 2", Syamsul tewas juga apabil hampir menitiskan air mata selepas mendengan kata-kata perangsang daripada bapa tercinta.

Ketika tampil berucap sebelum tayangan filem bermula, Syamsul tidak puas memanjatkan rasa syukurnya atas segala sokongan bapanya terhadap usaha dan kerja kerasnya yang dilakukannya selama ini, lebih-lebih lagi filem pertamanya "Evolusi KL Drift" yang ditayangkan pada tahun 2008 berjaya mendapat kutipan hampir sebanyak RM4.5 juta di Malaysia.

Peraduan WHEN IN ROME

Posted by TUPAI

Menangi pas percuma ke tayangan filem "When In Rome"! 

"When In Rome", sebuah filem romantik komedi mengisahkan Beth (Kristen Bell), seorang wanita muda berjaya yang berasal dari New York pergi melancong ke Rome. Selepas dia mengambil syiling daripada satu 'air pancut cinta', dia dikejar oleh beberapa orang lelaki yang jatuh cinta dengannya. Walaubagaimanapun apabila seorang wartawan kacak, Nick (Josh Duhamel) cuba memikatnya, bagaiamana Beth mengetahui bahawa cintanya adalah benar dan tulus?

"When In Rome" dilakonkan oleh Kristen Bell, Josh Duhamel, Anjelica Huston, John Heder, Dax Shepard, Alexis Dziena, Will Arnett dan Danny DeVito.

"When In Rome" akan ditayangkan di pawagam tempatan bermula 15 April 2010! 


MAKLUMAT TAYANGAN
TARIKH:
13 April 2010 (Selasa)
MASA:
9.30 malam
LOKASI
:
Cathay Cineplex, e@curve


DATE NIGHT satukan Steve Carell & Tina Fey

Posted by TUPAI


"Date Night", sebuah filem aksi komedi yang menyatukan dua pelakon komedi cukup popular, Steve Carell dan Tina Fey. Ia mengisahkan Claire dan Phil Foster (Tina Fey dan Steve Carell), satu pasangan sub-bandar yang tipikal mempunyai rutin dalam kehidupan mereka dengan temu janji makan malam setiap minggu dan menonton filem. Bagi menyemarakkan lagi kehidupan rumah tangga, mereka mengunjungi sebuah bistro di Manhattan, di mana satu kesilapan identiti menyebabkan temu janji makan malam mereka kucar-kacir. Namun di sebalik kekecohan tersebut, mereka mula mengingati memori lama yang membuatkan mereka secocok bersama.


Gaya comel SCHA AL-YAHYA di gala premier EVOLUSI KL DRIFT 2

Posted by TUPAI

Sekitar malam gala premier EVOLUSI KL DRIFT 2

Posted by TUPAI

Baru-baru ini berlangsungnya gala premier filem terbaru arahan Syamsul Yusof, "Evolusi KL Drift 2" di Cathay Cineplex, e@curve di Damansara. Nah! Banyak lagi gambar-gambar sekitar malam tersebut selepas ini. Oh ya, jangan lupa tonton "Evolusi KL Drift 2" pada 25 March nanti ya?

Kecik menang RAJA LAWAK 4!

Posted by Nona Andika

Tahniah kepada Kecik sebab memenangi "Raja Lawak" musim keempat yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam malam tadi. Menang RM14,000 dengan trofi ok! Banyak tu.

Tapi tak lupa juga tahniah diucapkan kepada Idlan dan Alex yang memenangi tempat kedua dan ketiga! Idlan dapat RM11,000 manakala Alex pula mendapat RM8,000.


NONA ANDIKA: Hopefully lepas ni korang akan menghiburkan orang ramai tanpa ada banyak kontroversi yang melanda diri korang sendiri. Jangan asyik nak bikin panas ok?

Katy Perry jadi Smurfette!

Posted by Nona Andika


Kepada peminat kartun "Smurfs", tak lama lagi akan ada filem "Smurfs" yang diarahkan oleh Raja Gosnell. Sebelum ni, beberapa pelakon dah
confirmed akan 'meminjam' suara mereka kepada beberapa watak dalam filem kartun ni. Antaranya adalah Neil Patrick Harris, Alan Cumming dan George Lopez.


Terbaru penyanyi Katy Perry yang baru mengikat tali pertunangan dengan pelawak Russell Brand pula secara rasminya akan meminjamkan suaranya untuk watak Smurfette, satu-satunya watak Smurf wanita dalam filem itu nanti.


Tak sabarnya nak tunggu filem ni siap!

AMINAH: RM2 juta jumlah kebiadaban Nabil terhadap industri filem

Posted by TUPAI

5 Mac - Bak kata pepatah, kerana mulut badan binasa. Itulah yang berlaku kepada juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad apabila dia disaman RM2 juta oleh syarikat penerbitan SDAF Pictures (M) Sdn. Bhd gara-gara mengkritik filem lakonannya, "Lu Pikirlah Sendiri de Movie" (LPSdM).

Pengarah filem Aminah Rhapor (gambar kanan) ketika dihubungi TUPAI berkata saman tersebut dibuat kerana ia berkait dengan profesionalisme dan etika serta maruah pihak SDAF sendiri.

"Keputusan untuk menyaman Nabil bukan disebabkan saya membencinya, sebaliknya ia adalah antara Nabil dan SDAF. Tindakan ini dibuat kerana dia melanggar kontrak bersama SDAF. Nabil bukan saja memperlekehkan filem lakonannya sendiri. Malah dia juga tidak menjayakan promosi filem ini.

"Nabil tidak sedar tindakannya itu secara tidak langsung memberi imej buruk kepada pihak SDAF, penerbit serta diri saya sendiri sebagai pengarah.

Peraduan CLASH OF THE TITANS

Posted by TUPAI

Nota: Peraduan ini telah tamat. Nantikan keputusan di TUPAI tidak lama lagi.

Menangi dua pas percuma ke tayangan CLASH OF THE TITANS


Diarahkan oleh Louis Leterrier, filem aksi CLASH OF THE TITANS menampilkan Sam Worthington sebagai pelakon utama yang memainkan watak sebagai Perseus. Mengetuai sebuah kumpulan yang terdiri daripada pahlawan-pahlawan, Perseus pergi mengembara ke satu dunia terlarang. Perseus hanya boleh selamat jika dia menerima kuasanya sebagai Tuhan dan mencipta takdirnya sendiri.


Selain Sam Worthington, CLASH OF THE TITANS turut dibarisi Alexa Davalos, Danny Huston, Gemma Arterton, Izabella Miko, Liam Neeson dan Ralph Fiennes.

CLASH OF THE TITANS akan ditayangkan di pawagam bermula 1 April 2010!


MAKLUMAT TAYANGAN

TARIKH:
31 Mac 2010 (Rabu)

MASA:
9.30 malam
LOKASI:
GSC 1 Utama

Senarai pemenang peraduan EDGE OF DARKNESS

Posted by TUPAI


Tahniah kepada pemenang berikut! Anda telah berjaya memenangi dua (2) pas percuma ke tayangan filem aksi lakonan Mel Gibson, "Edge Of Darkness".

MAKLUMAT TAYANGAN:
TARIKH: 10 Mac 2010 (Rabu)
MASA: 9.00 malam
LOKASI: GSC 1 Utama

** Waktu tebusan bermula jam 7.00 malam - 8.30 malam.



Penebusan tiket hendaklah dibuat di meja/kaunter Cinema Online. Sila bawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

PEMENANG 
ALI BUKHARI BIN AMIR
CHEANG MEI FOON
LEE MEI FONG
LEONG CHEE YOONG
LEONG MEI YEE
MOHAMMAD NABHAN SAPIE
MOHD FADHULLAH ABD MANAF
MOHD NOR AZIM RIDZUAN
MOHD ZAMANI ABD. SHARIFF
NG SIOK HIONG
NGOO KAY SEONG
PRAKASH A/L DANAPAL
TUAH A. FAUZI
WAN IZLINA WAN IBRAHIM
YUZILA YUSOFF

FARID: Golongan rempit di Kedah paling berani dan tak takut mati!

Posted by TUPAI

Oleh: Nur Safina Othman

Setelah menanti selama setahun untuk filem sulung arahannya ditayangkan di layar perak, akhirnya Farid Kamil boleh menarik nafas lega apabila "V3: Samseng Jalanan" mendapat lampu hijau daripada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN). Filem ini bakal menggegarkan pawagam bermula 11 Mac 2010.

Sebelum filem ini mendapat kelulusan untuk tayangan, pelbagai masalah yang perlu dihadapi. Apabila pihak kerajaan melarang segala elemen/babak melibatkan rempit, transeksual atau homoseksual dalam sesebuah penerbitan filem, ramai yang tertanya-tanya apa status filem pertama Farid ini. Meskipun disunting semula hampir 20% daripada visual asal, ditukar tajuknya daripada "Remp-It V3" kepada "V3: Samseng Jalanan" dan diklasifikasi 18PL, Farid tetap bersyukur kerana usaha semua pihak yang terlibat dalam pembikinan filem sulungnya ini berbaloi. "V3: Samseng Jalanan" dikatakan bakal menjadi filem terakhir berkisahkan mat rempit yang akan ditayangkan.

TUPAI berpeluang bertemu Farid Kamil ketika majlis pra-tonton "V3: Samseng Jalanan" bersama media di Cathay Cineplex e@curve baru-baru ini. Ikuti temu bual TUPAI bersama Farid.

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook