Majlis kesyukuran filem ADNAN SEMPIT

Posted by Chen-Chen


Majlis Kesyukuran filem "Adnan Sempit" yang berlangsung di Pejabat Metrowealth, Subang Jaya pada pada 27 Januari 2010

Tayangan FAME di Cathay Cineplex

Posted by TUPAI

Oleh: Lai Swee Wei

29 Jan - Versi baru "Fame" pada tahun 2009 telah diinspirasi oleh filem arahan Alan Parker dengan tajuk sama pada tahun 1980 yang telah memenangi anugerah Oscar. Dengan imej pelajar menari di atas teksi dan lagu tema yang dinyanyikan oleh Irene Cara bermain-main di telinga penonton, "Fame" mempunyai siri TV popular yang berterusan sehingga beberapa musim, teater muzikal Broadway, jelajah dunia dan juga rancangan realiti TV sebelum 'American Idol' atau 'So You Think You Can Dance' menjadi hit di televisyen pada masa kini.

Nak tengok Wu Chun di KL?

Posted by TUPAI


Peraduan 14 BLADES

Posted by TUPAI

NOTA: Peraduan ini sudah tamat. Nantikan keputusan pemenang yang akan diumumkan tidak lama lagi!


Raikan perayaan Tahun Baru Cina dengan filem "14 Blades"! Ketika zaman Dinasti Ming, Maharaja China mempunyai senjata hebat daripada yang lain iaitu Imperial Guards yang terdiri daripada sekumpulan anak yatin jalanan. Dilatih sejak dari kecil, Imperial Guards mahir dalam 14 Blades, lapan untuk mendera, lima untuk membunuh dan akhir sekali disimpan untuk membunuh diri sendiri jika misi gagal. Kesemua Imperial Guards mendedikasikan hidup mereka kepada Maharaja seorang. Namun apabila mahkamah Imperial diambil oleh seorang sida jahat Jia, Imperial Guards yang terbaik, Qinglong (Yen) dan Xuanwu ditugaskan untuk mencuri satu senarai mereka yang masih setia kepada Maharaja. Namun tanpa diketahui oleh Qinglong, Imperial Guards telah di bawah kawalan Jia dan ketika misi tersebut, Xuanwu bertindak mengkhianati Qinglong. Kini sebagai lelaki paling dikehendaki, Qinglong mesti mencari mereka yang masih setia bagi memberi kuasa kepada Maharaja untuk mendapatkan kuasa semula daripada Jia.

"14 Blades" diarahkan oleh Daniel Lee dan dilakonkan oleh Donnie Yen, Kate Tsui, Qi Yuwu, Vicki Zhao Wei dan Wu Chun!


Saksikan "14 Blades" di pawagam pada 11 Februari 2010!


Untuk memenangi barangan berserta pas percuma, anda hanya perlu menjawab satu (1) soalan mudah dan lengkapkan slogan.


Penyertaan dengan semua jawapan tepat dan slogan paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang.


Peraduan berakhir pada 11 Februari 2010.


HADIAH
Hadiah pertama x 5
T-shirt polo

Buku nota
Penahan cahaya matahari
Pas percuma x 2
Poster
"14 Blades"

Hadiah kedua x 5

Edisi terhad set pelapik gelas
"14 Blades"
Pas percuma x 2



SOALAN
1. Berikut adalah pelakon "14 Blades", KECUALI?
a) Wu Chun
b) Jude Law
c) Donnie Yen

SLOGAN

Apakah pengalaman yang paling diingati oleh anda ketika meraikan Tahun Baru Cina? (Tidak melebihi 20 patah perkataan)


CARA UNTUK MENYERTAI

Penyertaan harus dibuat melalui e-mail sahaja dengan menaip 14 BLADES merc sebagai subjek berserta nama, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon. Hantarkan penyertaan anda kepada peraduan@tupai.com.my


NOTA

• Peraduan akan berakhir pada 11 Februari 2010 jam 11.59 malam.

• Senarai nama pemenang di laman web www.tupai.com.my pada 14 Februari 2010.
• Notis pemenang hanya dibuat melalui laman web. Sila layari laman web www.tupai.com.my untuk mengetahui anda adalah pemenang peraduan ini.




Kejayaan luar biasa ADNAN SEMPIT

Posted by TUPAI

Oleh: Nur Safina Othman


28 Jan – Tahniah kepada syarikat penerbitan filem, Metrowealth (MIG) dan pengarah Ahmad Idham kerana sekali lagi memecah rekod apabila filem "Adnan Sempit" berjaya mencatat kutipan pecah panggung RM5.5 juta dalam tempoh 13 hari tayangannya, sekaligus dijangka bakal mengetepikan filem tempatan dengan kutipan tertinggi, "Jangan Pandang Belakang" yang berjaya mendapat RM7.5 juta apabila ia ditayangkan pada tahun 2007.

Ulasan FAME

Posted by TUPAI



 Oleh: Lai Swee Wei


BINTANG
Keseluruhan:
2.5
Lakonan:
2
Plot:
1.5
Sinematografi:
2.5



Tonton filem ini jika anda suka: "Fame", "Rent", "Step Up"

Selepas 30 tahun filem asal "Fame" ditayangkan, di mana ia telah mencetuskan siri televisyennya sendiri, muzikal, dan juga sebuah rancangan realiti. "Fame" mempunyai daya tarikan tersendiri iaitu mencungkil bakat anak-anak muda dalam bidang nyanyian, lakonan, tarian bagi merealisasikan impian mereka untuk manjadi bintang. Dengan pembikinan filem versi baru ini, "Fame" akan mengingatkan generasi lama mengenai kehebatan filem ini di samping ia diperkenalkan kepada generasi baru.


Gunung AVATAR di China??!

Posted by Nona Andika


Wah...Nampaknya filem arahan James Cameron "Avatar" betul-betul dah pengaruh semua orang, sampaikan negara China sanggup tukar salah satu gunung kat negara diorang tu ke
'Avatar Hallelujah Mountain' dalam satu upacara rasmi baru-baru ni. Biar betul???

Taja MUH, Music Director Lu Pikirlah Sendiri The Movie

Posted by Chen-Chen

Kalau cakap pasal Meet Uncle Hussien atau MUH ni, siapa yang tak kenal right? Band ni tengah hangat dengan kontroversi pasal frontman they all. Dengar cerita, they all dah jumpa frontman baru ataupun bak kata Taja, 'temporary replacement' MUH. Tapi sekarang dah confirm, Hazama is the new frontman for MUH.

Baru-baru ni, Taja selaku ketua band MUH telah pun diumumkan secara rasmi sebagai Music Director untuk "Lu Pikirlah Sendiri The Movie". Filem terbaru yng bakal muncul pada 11 Febuari nanti dengan lakonan Bang-Bil aka Nabil Ahmad dan Puteri Sarah Liyana selaku pelakon utama.

Menurut
sumber Chen-Chen, Taja ni bukanlah orang baru dalam scene music directing ni. Sebelum ni Taja dah terlibat dlm music directing untuk beberape projek filem tempatan.

Lagi-lagi pontianak: DAYBREAKERS

Posted by Mat Rebiu

Mat Rebiu mengganas lagi... aha... I belum lagi habes cerita pasal filem-filem yang I tonton masa di Singapura. Ini I nak kasitau sikit tentang sebuah filem pontianak yang kini sedang ditayang di sana tapi hanya akan sampai ke panggung-panggung kita menerusi Tayangan Unggul (bukan Punggul, ya) pada 11 Mac 2010.


At first
, I ingat cerita ni samalaa macam all the other vampire movies yang kita biasa tengok. Gigi taring la, bawang puteh la, holy water laa etc. Oh My Tuhan™ !! ... tak bosan ke? By the way, korang rasa Special Branch ada ikot tak blog ni?

Trailer LU PIKIRLAH SENDIRI DE MOVIE

Posted by Nona Andika



Jangan lupa saksikan "Lu Pikirlah Sendiri De Movie" pada 11 Febuari nanti, okay?

Linda Onn kena minta maaf dengan Fahrin!

Posted by Nona Andika

Tak habis-habis lagi cerita pasal diorang ni! Selepas artikel berbaur fitnah yang tersiar di akhbar Sinar Harian dan The Star, pelakon Fahrin Ahmad menerusi peguamnya Tengku Naufal Tengku Mansor beri tempoh tujuh hari kepada pengacara Linda Onn untuk memohon maaf! Perkara ni disampaikan ketika Fahrin bersama peguamnya itu membuat sidang akhbar di Hotel Palace Of Golden Horses.

Artikel tersebut kononnya bermaksud Fahrin adalah seorang pembuli, bertindak agresif tanpa berfikir secara waras, seorang kaki pukul, tidak menghormati orang dan berpotensi untuk mengugut agar Linda tak buat sebarang kenyataan sebelum ini.

BLACK EYED PEAS salah diberi award!

Posted by Nona Andika

Kumpulan Black Eyed Peas telah salah diumumkan sebagai kumpulan antarabangsa terbaik di NRJ Awards yang berlangsung baru-baru ni di Cannes. Koreografer Kamel Ouali yang menyerahkan anugerah tersebut tiba-tiba muncul semula di pentas dan memberitahu dia sudah buat salah dan mengumumkan pemenang sebenarnya adalah kumpulan yang berasal dari Jerman, Tokio Hotel.

Tahun lepas pun pernah jadi perkara yang sama kepada penyanyi Katy Perry apabila dia salah diberi anugerah lagu antarabangsa terbaik, sedangkan anugerah tersebut sepatutnya diberi kepada Rihanna.


Come on
, lain kali check la betul-betul. Bayangkan dah happy dapat anugerah, tiba-tiba sebenarnya orang lain yang menang! Nasib baik Black Eyed Peas menang anugerah untuk lagu antarabangsa terbaik untuk "I Gotta Feeling".

Brangelina berpisah?! Jangan mimpilah!

Posted by Nona Andika

Baru-baru ni kecoh kononnya power couple, Angelina Jolie dan Brad Pitt dah pun berpisah dan akan sign surat 'penceraian' setelah lima tahun bersama. Macam-macam gosip yang dikatakan punca kepada perpisahan diorang ni. Antaranya Jolie ada hubungan sulit dan Pitt pulak 'berlari' semula ke dakapan bekas isterinya, Jennifer Aniston. Tambahan pulak kedua-dua mereka ni tak hadir masa anugerah Golden Globe dan Screen Actors Guild.

Tapi tiba-tiba ada sumber terdekat kepada kedua pelakon popular menafikan gosip ini pulak kerana menurut sumber tersebut, Pitt dan Jolie sedang bersama-sama merancang dari segi pakaian untuk ke anugerah Oscar yang akan berlangsung bulan Mac nanti. So kalau betul diorang dah berpisah, takkan lah nak plan semua tu kan?

Macam-macamlah artis Hollywood ni. Tak berkahwin, tapi nak sign surat penceraian. Dah la ada anak together. Macamana tu?



Shila - Ada Saja Official Music Video

Posted by Chen-Chen

Shahila atau pun lebih dikenali sebagai Shila OIAM2 baru baru ini telah pun me-release-kan official music video single keduanya "Ada Saja", dari album ketiganya "Bebaskan" di bawah MonkeyBone Records.

Dengan kerjasama MonkeyBone Records & MotioFixio, music video yng menguna sepenuhnye effect Green Screen ini diarahkan oleh MotioFixio. Company sama yng turut mengarahkan music video gempak dari band² tempatan "2x5" - Ahli Fiqir, "Capital E" - Bittersweet & "Fame & Glory" - Frequency Cannon.

Selain dari music video "Ada Saja". Shila juga turut membuat cameo dlm music video band Modrad - "Neeruza Ozawa". Anywayz, apa2 pun korang enjoy music video gempak nih yng masih fresh, hot out of the oven ;D


Chen-Chen:
Lagu
favourite I nih huhu.......


Kisah Anjing Setia Hachiko

Posted by Mat Rebiu

Beberapa hari yang lepas, Mat Rebiu (I laa, siapa lagi?) turun ke Singapura untuk menonton wayang.

Di pawagam Filmgarde, Bugis... saya terbeli tiket (ingatkan dia cerita Jepun) untuk satu filem Richard Gere iaitu Hachiko: A Dog's Story, pasal seekor anjing Akita yang menanti tuannya hinggakan ia menunggu di stesen keretapi selama sembilan tahun walaupun tuan punya itu sudah pun meninggal. Ini kerana anjing itu sudah biasa "menjemput" tuan punya tepat jam 5 bila habis kerja.

Terkilan betul Mat Rebiu apabila mendapat tau ini
based on real story actually, pasal seekor anjing bernama Hachiko di Jepun.

Kalaulah artis-artis dalam dunia hiburan sekarang ini boleh ikut macam Hachiko, tak payahlah kita selang sehari dua kena baca dalam
paper pasal kes cerai.

Yang sedihnya, filem ini tidak ditayangkan di Malaysia dan di Amerika pun mereka hanya ada DVD release. Alangkah baiknya jika lebih ramai yang tau kisah anjing setia ni.

Senarai pemenang peraduan LEGION

Posted by TUPAI




Setelah menghantar banyak e-mail, akhirnya waktu yang dinanti-nantikan sampai jua. Tahniah kepada mereka yang terpilih!


PERHATIAN: TEBUSAN HADIAH BOLEH DIBUAT MULAI 25 JANUARI - 1 FEBUARI 2010 SAHAJA!

KLIK SINI UNTUK PETA KE PEJABAT KAMI


Waktu Pejabat:
Isnin - Jumaat
10.00 pagi - 12.30 tengahari

1.30 tengahari - 6.00 petang



HADIAH UTAMA x 4

Edisi terhad beg silang "Legion"
Edisi terhad t-shirt "Legion"
Pas percuma x 2
Muhamad Nazif Wahab
Norizan Bin Nordin
Sunny Loh
Suraj Kumar



HADIAH ISTIMEWA x 4

Edisi terhad pembuka surat "Legion"
Edisi terhad topi "Legion"
Pas percuma x 2
Ambran Bin Abu Bakar
Junaidah Binti Ibrahim
Tan Ye Yean
Zulhilmi Hassan


Peraduan LITTLE BIG SOLDIER

Posted by TUPAI

NOTA: Peraduan ini sudah tamat. Nantikan keputusan pada 6 Februari 2010!

Menangi pas percuma ke tayangan "Little Big Soldier"!

Raikan perayaan Tahun Baru Cina dengan filem komedi terbaru lakonan Jackie Chan, "Little Big Soldier". Filem ini mengisahkan seorang askar dan jeneral yang terselamat dalam satu peperangan telah diburu oleh adik kepada jeneral yang sanggup membunuh sesiapa sahaja bagi mendapatkan takhta.

"Little Big Soldier" dilakonkan oleh Jackie Chan, LeeHom Wang dan Yoo Seung-jun.



MAKLUMAT TAYANGAN
TARIKH: 10 Febuari 2010
WAKTU: 9.30 malam
LOKASI: GSC Mid Valley

"Little Big Soldier" akan ditayangkan di pawagam bermula 14 Febuari 2010.


Untuk memenangi dua (2) pas percuma ke tayangan filem "Little Big Soldier", anda hanya perlu menjawab dua (2) soalan mudah dan lengkapkan slogan.

Penyertaan dengan semua jawapan tepat dan slogan paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang.

Peraduan berakhir pada 3 Februari 2010.


SOALAN

1. Berikut adalah pelakon "Little Big Soldier", KECUALI?

a) Jackie Chan
b) Jude Law
c) Yoo Seung-jun

2. Bilakah "Little Big Soldier" akan ditayangkan di pawagam Malaysia?

a) 1 Januari 2010
b) 15 March 2010
c) 14 Febuari 2010


SLOGAN

Saya ingin menangi tiket tayangan "Little Big Soldier" kerana ... (Tidak melebihi 20 patah perkataan)


CARA UNTUK MENYERTAI

Penyertaan harus dibuat melalui e-mail sahaja dengan menaip LITTLE BIG SOLDIER scr sebagai subjek beserta nama, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon. Hantarkan penyertaan anda kepada peraduan@tupai.com.my


NOTA

• Peraduan akan berakhir pada 3 Februari 2010 jam 11.59 malam.
• Senarai nama pemenang di laman web www.tupai.com.my pada 6 Februari 2010.
• Notis pemenang hanya dibuat melalui laman web. Sila layari laman web www.tupai.com.my untuk mengetahui anda adalah pemenang peraduan ini.












Tribute untuk MJ dalam 3D!!

Posted by Nona Andika


Fuyoo!! Tribute untuk Michael Jackson masa Anugerah Grammy ke-52 akan dibuat dalam 3D! Betul ke?

Dengar cerita, akan ada satu mini movie lagu popular MJ, "Earth Song" akan dibuat dalam 3D. Kononnya MJ cipta klip video ni untuk ditayangkan masa konsert "This Is It".

Tak cukup dengan itu, korang boleh enjoy persembahan daripada Carrie Underwood, Jennifer Hudson, Usher, Celine Dion dan Smokey Robinson dengan suara MJ sekali!

Well, tengok je lah masa 1 Febuari nanti!



AVATAR kena tendang keluar?

Posted by Nona Andika


Nampaknya China kena tendang keluar filem James Cameron yang baru menang Golden Globe hari tu sebab "Avatar" buat banyak duit kat sana sampai dah take over keuntungan filem tempat diorang.

Kesian!

Sebenarnya penarikan "Avatar" tu disebabkan diorang nak kasi ruang kat filem tempatan diorang yang kononnya terbesar pada tahun ni iaitu "Confucius", dilakonkan oleh pelakon Hong Kong popular Chow Yun-Fat.

Takpelah, James Cameron! You dah banyak buat duit pun di seluruh dunia. Satu negara tak tayang pun takkan rugi, kan?

Tapi kat Malaysia, "Avatar" masih hangat ditayangkan!



Fouziah & Hani sakit menjadi kembar!

Posted by TUPAI

Oleh: Hanna Zainal

Temu bual diadakan ketika tayangan gala "2 Hati Jiwa" pada 13 Januari 2010 di Golden Screen Cinemas (GSC) Tropicana City Mall, Damansara.

Apakah cabaran yang dilalui oleh anda berdua ketika penggambaran "2 Hati 1 Jiwa"?

Fouziah: Sudah pasti kesakitan yang dilalui. Mungkin apa sahaja yang Yasmin dan saya lakukan bersama nampak mudah. Namun hakikatnya ia sangat menyukarkan. Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya saya ketika itu. Inilah filem pertama saya di mana selepas hari pertama penggambaran tamat, selepas skru dibuka dan kami dipisahkan, saya menangis sepanjang dalam perjalanan pulang ke rumah. Sakit yang tak terhingga. Penonton mungkin tidak akan nampak tetapi di sebalik baju kami, ada fiber. Ianya sangat keras dan mungkin boleh mencederakan badan kami. Ketika dalam kesakitan, saya terpaksa berlakon watak Lana yang ceria dan agak kebudak-budakan. Lagi satu masalah adalah ketika ingin ke bilik air dengan Hani (ketawa). Efek khas tersebut memakan masa hampir empat jam untuk disiapkan dan penerbit En. Latif memberitahu saya kosnya adalah sebanyak RM3000 sehari!
Hani: Betul apa yang Fouziah katakan. Setiap kesakitan terasa sepanjang penggambaran yang berlangsung selama 25 hari tu. Kadang-kadang sakit semalam belum lega, ditambah lagi dengan yang baru. Tak tahan! Kalau dapat tidur selama lapan jam, saya sudah rasa cukup bertuah kerana pada beberapa jam sebelum tidur kami akan pusing kiri kanan kerana ianya kurang selesa. Apabila bangun pagi, pasti akan terasa sakit dan tak selesa, apatah lagi dengan Fouziah 'melekat' dengan saya. Kadang-kadang saya cuba bayangkan jika Sean Penn, Brad Pitt dan Angelina Jolie memegang watak sedemikian, apa yang akan mereka? Saya cuba letak diri saya sebagai mereka dan cuba buat apa yang mereka mungkin lakukan.

Adakah anda berdua perlu berinteraksi dengan kembar yang melekat sebelum melakonkan watak tersebut?

Fouziah: Kami cuba membuat kajian mengenai Ladan dan Laleh dan banyak berlatih pergerakan bersama. Bukannya kami tidak mahu menghabiskan masa dengan kembar yang sebenar, cuma masa yang membantutkan niat kami. Hani selalu sibuk dengan kerja pengacaraannya, manakala saya pula sibuk dengan penggambaran dan lain-lain. Sayang juga kami tidak dapat jumpa dengan kembar siam.
Hani:
Oleh itu, kami menonton YouTube!
Fouziah:
(ketawa) Ya, YouTube!

Ada sebarang memori di set penggambaran?
Fouziah: Semua!
Hani:
Ada satu babak yang benar-benar menyentuh saya iaitu ketika babak menulis surat. Setiap kali kami menangis, ianya bukan dibuat kerana kami memang merasakan kasih sayang antara adik-beradik ini. Tahu tak, pembedahan tersebut boleh menyebabkan salah seorang atau kami berdua mati. Ia bagaikan menyedarkan saya.
Fouziah:
Satu lagi yang saya ingat adalah ketika merakamkan babak ketika dikebumikan. Bayangkan, terperangkap di bawah tanah melebihi setengah jam dan secara kebetulan, terdapat satu pengebumian sedang dijalankan di mana orang sedang membaca surah Yassin. Bayangkan anda di bawah tanah dan mendengarnya, menakutkan!

Jika anda berdua memang kembar siam, anda sanggup pertimbangkan untuk melakukan pembedahan bagi memisahkan diri masing-masing?

Hani: Jika saya berada di tempat tersebut, untuk pembedahan di mana kami tidak berkongsi organ badan seperti jantung, otak atau hati, saya rasa saya sanggup.
Fouziah:
Agak sukar untuk saya menjawab kerana terlalu banyak memori pahit manis dan saya sendiri merasakan tidak begitu memahami kehidupan sepasang kembar. Banyak yang saya lalui bersama Hani dalam filem ini terutama sekali ketika kami pergi ke tandas atau buat benda lain. Jadi jika dipisahkan, bagaimana kalau salah seorang mati? Malah Ladan dan Laleh juga tidak berjaya diselamatkan.
Hani:
Namun jika anda ingin melihat dunia, sudah pasti anda ingin dipisahkan. Anda pasti ingin kehidupan anda sendiri. Terpulang kepada masing-masing. Jika sayangkan kembar anda, pasti anda akan kekal begitu sehinggalah tua. Ada sesetengah pasangan kembar yang tidak pernah berkahwin.
Fouziah:
Jika anda ingin dipisahkan kerana terpaksa menanggung kesakitan, anda memang ingin dipisahkan!

Terima kasih kepada anda berdua dan semoga berjaya!
Fouziah & Hani:
Sama-sama!



Saksikan Fouziah Gous dan Yasmin Hani dalam "2 Hati 1 Jiwa" pada 28 Januari 2010!

Nantikan keputusan peraduan LEGION

Posted by TUPAI

Perhatian semua pembaca TUPAI!

Nantikan senarai pemenang peraduan "Legion" pada hari Sabtu (23 Januari 2010) ini! Mana tahu anda adalah salah seorang pemenang peraduan ini!

Ingat!
23 Januari ini!

Ulasan LEGION

Posted by TUPAI



Oleh: Nur Safina Othman

BINTANG:
Keseluruhan:
3
Plot:
2.5
Lakonan:
3
Efek Khas:
3
Sinematografi:
3.5

Tonton filem ini jika anda suka
: "The Prophecy" (1995), "Constantine" (2005), "Gabriel" (2007)

Jadi beginikah yang akan berlaku apabila Tuhan mula hilang kepercayaan kepada umatNya? Entahlah. Bagaikan tidak tercapai dek akal penulis ulasan apabila cuba memikirkan bagaimana "Legion" dihasilkan. Kali pertama penerbit David Lancaster membaca skrip "Legion" adalah pada enam tahun lalu. Pengarah Scott Stewart pula mengolah skrip tersebut agar ia menjadi lebih seram sedikit. Lantas Lancaster merasakan gabungan para pelakon, pengarah serta skrip yang bagus akan membuatkan filem fantasi/aksi ini mempunyai tarikan yang tersendiri di kalangan peminat filem.

Berlaku pada 23 Disember, sebuah restoran dijadikan 'medan peperangan' untuk sekumpulan manusia yang cuba menyelamatkan diri daripada malapetaka yang diturunkan oleh Tuhan selepas Dia hilang kepercayaan kepada umatNya di bumi yang tamak, tidak berperikemanusiaan dan tidak bersyukur. 'Jeneral' kepada semua malaikat, Michael (Paul Bettany) cuba membantu dengan turun ke bumi untuk melindungi Charlie (Adrianne Palicki) yang hamil lapan bulan kerana anak yang dikandungnya itu mampu menyelamatkan seluruh manusia.

Penulis mengambil masa yang agak lama untuk benar-benar memahami jalan ceritanya, terutama sekali mengapa Michael ingin melindungi Charlie. Ini kerana jam pertama filem ini dimulakan dengan aksi. Pasti ada pihak yang berasa bimbang jikalau ada di kalangan penonton yang mungkin akan terpesong apabila menonton "Legion". Walaubagaimanapun harus ditegaskan di sini bahawa ia adalah sebuah filem dan sebagai hiburan semata-mata. Namun tidak dinafikan terdapat beberapa babak yang dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). Puas penulis berfikir bagaimana pencipta filem ini mampu berfikir dan mempunyai imaginasi sedemikian. Tidak perlu menunggu kelahiran seorang bayi bagi menyelamatkan umat manusia kerana Tuhan boleh menimpa pelbagai malapetaka bagi menyedari umatNya. Tanpa kita sedari, ia sudah pun berlaku. Banyak peperangan, kemusnahan dunia, manusia hilang sifat perikemanusiaan, tamak dengan kekayaan dunia dan tidak tahu bersyukur sudah pun ditunjukkan di muka bumi ini. Tambahan pula, bayangkan bagaimana manusia boleh bertemu dengan malaikat Michael dan Gabriel (dalam Islam, Michael sebenarnya adalah malaikat Mikail (memberi rezeki) dan Gabriel adalah malaikat Jibrail (menyampaikan wahyu Allah SWT)).

Pernah memegang watak sebagai paderi dan juga sami dalam filem-filemnya sebelum ini, Paul Bettany ("The Da Vinci Code") sekali lagi terlibat dengan sebuah lagi filem yang berkisahkan mitologi Kristian. Melalui "Legion", kita dapat saksikan wataknya tidak mempunyai banyak dialog dan lebih banyak aksi. Bettany pernah menyatakan dalam satu temu ramahnya bahawa dia agak teruja apabila wataknya itu memerlukannya memakai sayap. Selain Bettany dan Palicki, "Legion" turut dibarisi pelakon berbakat seperti Lucas Black ("The Fast And The Furious Tokyo Drift"), Dennis Quaid ("G.I Joe: The Rise Of Cobra"), Kate Walsh (siri TV "Grey's Anatomy") dan Tyrese Gibson ("Transformers"). Lakonan mereka nyata sekali tidak mengecewakan.

Teknik penjanaan imej berkomputer (CGI) yang dilihat sepanjang filem ini agak meyakinkan dan tidak membosankan terutama sekali ketika manusia dirasuk dan juga saat badan Percy (Charles S. Dutton) melecur bagaikan disimbah asid sehingga menampakkan tulang belakangnya. Selain daripada itu, muzik yang diselitkan juga turut memberikan 'mood' seram, gelap dan membangkitkan saat berdebar-debar kepada penonton.

Masing-masing mungkin mempunyai pandangan tersendiri mengenai "Legion" setelah menontonnya. Diklasifikasikan sebagai 18PL, penonton disarankan supaya jangan banyak berfikir ketika menonton dan hanya enjoy sahaja!


"Legion" akan ditayangkan di pawagam 21 Januari 2010!



Semerah Cinta Stilleto: 8 April 2010

Posted by Mat Rebiu

Aha... abang-abang distributor kat MIG baru kasitau I bahawa Semerah Cinta Stilleto sudah pun habis shooting dan besar kemungkinan akan ditayangkan bermula

8 April 2010 ini.

I ingat lagi masa I pergi launching dia tahun lepas kat Lemon Restaurant di Mines, makan kari ayam. Sekarang Lisa banyak filem mau push ya? I rasa dia banyak potential dan sementara dia maseh HOT, baiklah cepat-cepat tambahkan emotional range dia agar CV lebeh mantap. Farid toksah cakap lagi, still Malaysia's No.1 leading man. Err, maybe next to Rosyam Nor laa.

Anyway, I betol-betol harap kita boleh dapatkan materials untuk filem ini cepat. Poster teaser ini sahaja yang kita terima setakat ini secara official sejak kari ayam tahun lepas. Nantilah update seterusnya...

ADNAN KEPIT!

Posted by Mat Rebiu


Rasanya ada sesuatu yang tak kena dengan gambar ni.

Kenapa Along Raja Lawak berdiri macam tu?
I'm not sure. Adakah berkepit dengan Yana boleh menimbulkan gaya pose sebegini? Jacket violent green tu pun suspect. Sebenarnya, I belum lagi tengok filem ni. Baik I tengok this weekend memandangkan dia No.1 di pawagam-pawagam Malaysia minggu lepas.

Janji lepas tengok I berdiri macam normal sudah...

Tonton UNIVERSAL SOLDIER: A NEW BEGINNING di Pulau Pinang!

Posted by TUPAI

Perhatian orang Pulau Pinang! Anda nak tonton filem "Universal Soldier: A New Beginning"? Klik SINI untuk ketahui bagaimana anda boleh memenangi dua (2) pas percuma ke tayangan perdana "Universal Soldier: A New Beginning" di Pulau Pinang pada 27 Januari 2010!


Maklumat Tayangan:
Tarikh: 27 Januari 20101 (Rabu)
Waktu: 9.30 malam
Lokasi: GSC Gurney Plaza, Pulau Pinang


Klik SINI untuk maklumat lanjut!


Nota: Klasifikasi filem ini adalah 18SG. Jadi penonton haruslah berumur 18 tahun ke atas ya!


ADNAN SEMPIT No. 1

Posted by TUPAI

Oleh: Ezekiel Lee Zhiang Yang

19 Jan
- Filem tempatan arahan Ahmad Idham, "Adnan Sempit" mengungguli carta pecah panggung (14-17 Jan) apabila berjaya menewaskan pemenang Filem Terbaik di Anugerah Golden Globe ke-67, "Avatar" yang telah berjaya menduduki tempat pertama sejak empat minggu berturut-turut selepas ia ditayangkan pada 17 Disember tahun  lalu.

Selain daripada "Adnan Sempit", sebuah lagi filem tempatan berbahasa Mandarin, "Tiger Woohoo" turut mendapat sambutan di kalangan peminat apabila ia berjaya berada di dalam tempat lima ke atas.


Berikut adalah carta pecah panggung (14-17 Jan) Malaysia:

1. "Adnan Sempit"

2. "The Spy Next Door"
3. "Avatar"
4. "Tiger Woohoo"
5. "Ayirathil Oruvan"
6. "Old Dogs"
7. "Sherlock Holmes"
8. "Paranormal Activity"
9. "Case 39"
10. "Kutty"

AVATAR filem terbaik!

Posted by TUPAI



Oleh: Ezekiel Lee Zhiang Yang



19 Jan – Anugerah Golden Globe ke-67 yang berlangsung di Beverly Hills, California, Amerika Syarikat semalam menyaksikan filem arahan James Cameron, "Avatar" diangkat sebagai Filem Terbaik (Drama). Cameron turut dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik melalui filem epik yang telah memecah rekod dengan kutipan US$1.6 bilion seluruh dunia dan semakin menghampiri "Titanic" (1997) yang berjaya mengutip US$1.8 bilion.

Walaubagaimanapun Cameron pada awalnya menyangkakan bahawa dia akan tewas kepada filem arahan bekas isterinya, "The Hurt Locker" yang mengisahkan drama peperangan Iraq.

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Golden Globe:

FILEM
- Pengarah Terbaik: James Cameron ("Avatar")
- Drama Terbaik: "Avatar"
- Muzikal atau Komedi Terbaik: "The Hangover"
- Animasi Terbaik: "Up"
- Bahasa Asing Terbaik: "The White Ribbon"
- Pelakon Wanita Muzikal atau Komedi Terbaik: Meryl Streep ("Julie & Julia")
- Pelakon Lelaki Muzikal atau Komedi Terbaik: Robert Downey Jr. ("Sherlock Holmes")
- Pelakon Wanita Drama Terbaik: Sandra Bullock ("The Blind Side")
- Pelakon Lelaki Drama Terbaik: Jeff Bridges ("Crazy Heart")
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Mo'Nique ("Precious: Based On The Novel 'Push' by Sapphire")
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Christoph Waltz ("Inglourious Basterds")
- Lakon Layar Terbaik: Jason Reitman dan Sheldon Turner ("Up In The Air")
- Skor Asal Terbaik: Michael Giacchino ("Up")
- Filem Asal Terbaik:
"The Weary Kind" (tema filem "Crazy Heart")

TELEVISYEN
- Muzikal atau Komedi Terbaik: "Glee"
- Drama Terbaik: "Mad Men"
- Pelakon Lelaki Terbaik: Michael C. Hall ("Dexter")
- Pelakon Wanita Terbaik:
"Julianna Margulies ("The Good Wife")
- Pelakon Lelaki Muzikal atau Komedi Terbaik: Alec Baldwin ("30 Rock")
- Pelakon Wanita Muzikal atau Komedi Terbaik: Toni Collette ("United States of Tara")
- Siri Mini atau Cereka: "Grey Gardens" (HBO)
- Pelakon Lelaki Siri Mini atau Cereka Terbaik: Kevin Bacon ("Taking Chance")
- Pelakon Wanita Siri Mini atau Cereka Terbaik: Drew Barrymore ("Grey Gardens")
- Pelakon Pembantu Lelaki: John Lithgow ("Dexter")
- Pelakon Wanita Terbaik: Chloe Sevigny ("Big Love")

Menangi tiket ke tayangan filem FAME

Posted by TUPAI

Filem muzikal tahun 1980, "Fame", kini diberi nafas baru. Versi terbaru dengan masih menggunakan tajuk yang sama kini diarahkan oleh Kevin Tancharoen, seorang pengarah serta pereka tari kepada penghibur terkenal - Britney Spears, Christina Aguilera dan Jennifer Lopez.

Bakal ditayangkan di pawagam pada 28 Januari 2010, "Fame" mengisahkan sekumpulan anak muda yang menuntut di New York City High School for the Performing Arts dalam membentuk diri mereka agar menjadi penghibur berbakat dan mengharungi halangan dalam kehidupan bagi mencapai impian mereka.

Cathay-keris Films dengan kerjasama Cinema Online ingin menjemput pembaca ke tayangan filem "Fame" yang akan berlangsung seperti berikut:


TARIKH: 27 Januari 2010 (Rabu)
WAKTU TAYANGAN: 9.30 malam
LOKASI: Cathay Cineplex, e@curve


Untuk mendapatkan dua pas percuma ke tayangan filem "Fame", anda hanya perlu mencetak artikel ini dan tebus di meja/kaunter tebusan Cinema Online pada 27 Januari 2010, Cathay Cineplex, e@curve, jam 7.00 malam - 9.00 malam. Setiap cetakan hanya terhad kepada seorang sahaja. Tawaran sementara tiket masih ada.


Treler FAME

Posted by TUPAI




Saksikan "Fame" di pawagam bermula 28 Januari 2010!

Malam Gala 2 HATI 1 JIWA

Posted by TUPAI






Gambar-gambar diambil ketika malam gala "2 Hati 1 Jiwa" pada 13 Januari 2010 di GSC Tropicana City Mall.


Saksikan "2 Hati 1 Jiwa" di pawagam bermula 28 Januari 2010!

Ulasan 2 HATI 1 JIWA

Posted by TUPAI



Oleh: Hanna Zainal

BINTANG
Keseluruhan:
2.5
Lakonan:
3
Plot:
2
Efek Khas:
2
Sinematografi:
3


Tonton filem ini jika anda suka:
"Duyung", "Skrip 7707"

Mungkin ada di antara kita yang masih ingat kisah sepasang kembar siam malang dari Iran, Ladan dan Laleh Bijani. Mereka yang telah cuba dipisahkan oleh pakar doktor bedah di Singapura pada tahun 2003 menemui ajal. Mendapat inspirasi daripada kisah sedih ini, Prof. Madya A. Razak Mohaideen menghasilkan "2 Hati 1 Jiwa".

Filem ini mengisahkan pasangan kembar siam Lana (Fouziah Gous) dan kakanya Lina (Yasmin Hani) hidup melekat di bahagian kepala selama 20 tahun lebih. Suatu hari, mereka telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di universiti dan ia merupakan peluang untuk mereka menikmati kehidupan berdikari.

Sepanjang menonton filem ini, terdapat beberapa babak yang kelihatan seperti tergantung seperti ketika Dr. Hassan (Fahrin Ahmad) menawarkan diri untuk membedah mereka agar dapat dipisahkan pada hari pertama bertemu mereka. Babak tersebut membuatkan penulis tertanya-tanya bagaimana doktor tersebut ingin membedah mereka tanpa mengenali siapa diri mereka, malah Lana dan Lina tidak pernah sesekali membuat permintaan agar mereka dibedah sehinggalah ke babak tersebut. Tambahan pula keluarga pasangan kembar ini boleh dikatakan hidup senang, sekaligus membuatkan penulis berfikir mengapa mereka tidak dipisahkan ketika kecil sedangkan mereka berkemampuan. Pelik, tetapi mungkin itulah jalan cerita yang dikehendaki oleh pengarah. Jika tidak pasti filem ini tidak akan dihasilkan, bukan?

Dari segi lakonan, Fouziah dan Yasmin telah memberikan persembahan yang baik sebagai adik-beradik. Gandingan mereka berdua nampak serasi dan berjalan lancar tanpa nampak kekok. Menurut kedua-dua pelakon ini ketika ditemu bual, mereka bagaikan 'diseksa' kerana terpaksa menahan kesakitan seperti sakit belakang ketika babak kepala mereka melekat. Jika begitu, pujian harus diberikan kerana mereka berdua mampu beraksi dengan ceria di hadapan kamera tanpa memperlihatkan kesakitan yang dialami. Solekan ke atas 'pasangan kembar' ini dilakukan oleh pakar-pakar yang didatangkan khas dari Thailand, nampak asli dan seolah-olah kepala mereka benar-benar melekat.

Prof. Madya A. Razak Mohaideen telah berjaya mengetengahkan satu kisah baru dalam industri perfileman tempatan dan ia memang patut dipuji. Walaupun jalan cerita yang dipersembahkan agak kurang berkesan, "2 Hati 1 Jiwa" patut ditonton kerana ia merupakan sebuah kisah kembar siam yang pertama kali dipertontonkan di layar perak.



Saksikan "2 Hati 1 Jiwa" di pawagam bermula 28 Januari 2010!

Pasangan kembar meriahkan malam gala 2 HATI 1 JIWA

Posted by TUPAI



Oleh: Hanna Zainal

14 Jan
– Sebanyak 35 pasangan kembar telah memeriahkan malam gala "2 Hati 1 Jiwa" yang berlangsung di Golden Screen Cinemas (GSC), pusat membeli-belah Tropicana, Damansara baru-baru ini. Kesemua pasangan kembar tersebut telah beraksi di pentas yang disediakan sambil menunjukkan pelbagai gaya menarik bagi memenangi hadiah serta merebut gelaran 'The Best Dresses Twins".

Antara yang turut hadir pada malam gala tersebut adalah pengarah Prof. Madya A. Razak Mohaideen, barisan pelakon Fouziah Gous, Yasmin Hani, Fahrin Ahmad, Iqram Dinzly, Mustapha Kamal dan ramai lagi.

Filem kerjasama antara Primeworks Studios dan Line Clear Motion Pictures ini mengisahkan sepasang kembar siam yang melekat di bahagian kepala selama 21 tahun membuat keputusan untuk menjalani pembedahan agar mereka dapat dipisahkan. Inspirasi "2 Hati 1 Jiwa" ini diambil daripada kisah benar kehidupan pasangan kembar dari Iran, Laden dan Laleh yang pernah mendapat perhatian satu ketika dulu.

"2 Hati 1 Jiwa" akan ditayangkan di pawagam bermula 28 Januari 2010.


AVATAR pecah rekod lagi!

Posted by TUPAI

Oleh: Lai Swee Wei

13 Jan
– "Avatar" berjaya mengutip US$50.3 juta di carta pecah panggung (7-10 Jan) Amerika Utara, sekaligus memecah rekod untuk filem yang mendapat kutipan tertinggi pada minggu keempat tayangan, dahulunya dipegang oleh "Titanic" yang mendapat sebanyak US$28.7 juta. Menurut Box Office Mojo, filem tersebut turut memegang rekod seluruh dunia dengan kutipan US$150.5 juta daripada 110 negara (kecuali Itali yang akan ditayangkan pada 15 Jan).

Jumlah kutipan pada minggu lepas menjadikan "Avatar" sebagai filem yang mendapat kutipan tertinggi pada tahun 2009 dengan US$430.8 juta dalam masa empat minggu, menewaskan "Transformers: Revenge Of The Fallen", dan juga filem yang mendapat tempat ketujuh dalam kutipan tertinggi, "Pirates Of The Carribean: Dead Man's Chest". Buat masa kini, kutipan filem "Avatar" di seluruh dunia mencecah US$1.34 bilion dan masih meningkat menghampiri filem tertinggi sepanjang zaman, "Titanic" yang mendapat kutipan US$1.84 bilion.

Maya Karin dan Remy Ishak berganding semula dalam CUN

Posted by TUPAI

Oleh: Nur Safina Othman

13 Jan
- Setelah berganding melalui "Anak Halal" (2007) dan teater "Natrah" yang baru sahaja tamat, kini pelakon Maya Karin dan Remy Ishak bertemu semula melalui sebuah lagi filem cinta arahan Osman Ali yang diberi tajuk sementara, "Cun".

Menurut Osman, "Saya ingin memberikan sebuah kisah cinta yang mendalam dan realistik, namun masih ada 'humour' tersendiri. Kita perlu ingat, 'bila ada cinta kita buta, tanpa cinta kita gila".

Maya dan Remy terpilih untuk berlakon dalam filem "Cun" kerana Osman melihat kejayaan mereka selepas berlakon dalam "Anak Halal" yang turut diarahkan olehnya. Malah kedua-dua pelakon berbakat ini dikatakan teruja dengan tawaran tersebut dan berharap dapat mengulangi kejayaan seperti sebelum ini.

"Cun" mengisahkan seorang pengacara TV, Luna (Maya Karin) membawa diri ke sebuah kampung terpencil setelah teman lelakinya curang. Di sana Luna jatuh cinta dengan seorang jejaka, Atan (Remy Ishak) dan juga kehidupan di kampung.

Selain daripada Maya dan Remy, Osman turut menyatukan semula pelakon "Anak Halal" yang lain iaitu Jehan Miskin dan Mislina Mustaffa. "Cun" yang kini sedang menjalani penggambaran turut dibarisi penyanyi Ning Baizura, Kartina Aziz, Faezah Ilai, Marsha dan Nadiyatul Nissa. Filem ini dijadualkan untuk tayangan pada penghujung tahun 2011.


Di Sebalik Tabir filem 2 HATI 1 JIWA

Posted by TUPAI


"2 Hati 1 Jiwa" akan ditayangkan pada 28 Januari 2010!

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook