
Selama lima minggu berjuang, berkat hasil usaha yang bersungguh - sungguh, keazaman dan impian untuk menjadi juara program pertandingan nyanyian realiti yang pertama di Astro Ceria, Kamilah Bintang, akhirnya menjadi kenyataan. Syazwani Binti Sapari, 10 tahun atau lebih selesa dengan panggilan Wani telah di nobatkan juara sulung bagi pertandingan tersebut.
Wani berjaya membawa pulang hadiah utama Tabung Pendidikan bernilai RM15,000, Pakej percutian ke Taman Tema Gold Coast untuk keluarga ( empat orang: dua orang dewasa dan dua orang kanak - kanak) termasuk Hotel dan tiket penerbangan, Sebuah komputer riba berjenama VAIO, Dua keping tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah Ipod Shuffle. Faisal terpaksa akur di tempat kedua dan membawa pulang hadiah berupa Tabung Pendidikan bernilai RM10,000, Pakej percutian ke Taman Tema Hong Kong untuk sekeluarga ( empat orang: dua orang dewasa dan dua orang kanak - kanak) termasuk Hotel dan tiket penerbangan, Dua keping tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah Ipod Shuffle. Sementara tempat ketiga dimiliki oleh Farhan dan membawa pulang hadiah berupa Tabung Pendidikan bernilai RM5,000, Pakej percutian ke Pulau Sentosa Singapura untuk sekeluarga (empat orang: dua orang dewasa dan dua orang kanak - kanak) termasuk Hotel dan tiket penerbangan, Dua keping tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah Ipod Shuffle.
Walaubagaimanapun, persembahan dari Dayang, Qistina dan Aiman tidak mengecewakan dan mendapat sambutan dari penonton dan mereka tidak pulang dengan tangan kosong. Tempat keempat, kelima dan keenam mendapat Dua keping tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah Ipod Shuffle.
Pada konsert akhir tersebut Wani menyampaikan lagu "Bertamu Di Kalbu" nyanyian asal Jaclyn Victor. Selain Wani, lima lagi peserta ialah Qistina menyanyikan lagu "Dan Sebenarnya" oleh Yuna, Aiman mendendangkan lagu "Lelaki Ini" oleh Anuar Zain, Dayang"Memori Tercipta" Oleh Shila, Farhan "Lagu Untukmu" oleh Meet Uncle Hussain dan Faisal "Salam Terakhir" Oleh Sudirman.
Turut membuat persembahan istimewa malam konsert akhir Kamilah Bintang adalah Aizat mendendangkan lagu "Susun Silangkata", Farah Asyikin "Kembali Lagi Disisimu", Hujan "Pagi Yang Gelap", Stacy "Jahat", Amy SEARCH "Gemuruh", Jaclyn Victor "Gemilang" dan Persembahan kesemua peserta Kamilah Bintang mendendangkan lagu "Kamilah Bintang". Juri pada malam tersebut adalah Adibah Noor, Aznil Hj Nawawi dan Shafizawati Sharif (Cikgu Shafi) dan pengacaranya pula Nora Danish dan Zoey.
 |
| Aksi persembahan bersama ketika mendendangkan lagu "Kamilah Bintang". Turun kelihantan di atas pentas Amy SEARCH. |
 |
| Aksi para juri Adibah Noor & Aznil Hj Nawawi. |
|
 |
| Ini dia aksi juara pertandingan Kamilah Bintang, Wani. |
 |
| Pemenang tempat ketiga Farhan. |
 |
| Dayang |
|
 |
| Aiman |
 |
| Qistina |