Aktres hollywood, Natalie Portman meraikan dua perkara penting dalam satu masa. Baru-baru ini, bintang Israel-America berusia 29 tahun itu mengumumkan tentang kehamilannya dan pertunangannya dengan Benjamin Millepied. Natalie Portman hamil anak pertama dengan tunangnya yang merupakan seorang pereka tari balet. Dia dijangka melahirkan pada musim luruh tahun depan.
Pasangan itu bertemu lewat 2009 ketika melakonkan adegan drama balet, "The Black Swan". Benjamin Millepied yang berasal dari Perancis, 32, seorang penari klasik balet terlatih yang belajar di sekolah Balet Amerika ketika remaja. Dia diambil oleh pembuat filem untuk bertanggungjawab mereka tari tarian Portman dalam drama balet, "The Black Swan".
Drama The Black Swan mengisahkan sorang penari balet terkenal Nina, yang merana akibat tabiat buruknya yang merosakkan diri.


