Selepas muncul dengan dua buah album iaitu "Percubaan Pertama" dan terbaru "Urusan Aizat Amdan", nampaknya penyanyi berusia 21 tahun ini sudah bersedia untuk mengadakan konsert solo pertamanya, Urusan Aizat Amdan - Live in Damansara.
Bakal diadakan di Bentley Music Auditorium, Wisma Bentley, Mutiara Damansara pada 29 Januari 2011, jam 8.30 malam, konsert yang berdurasi dua jam ini diadakan bertujuan untuk mempamerkan hasil kerjanya kepada peminat serta pencinta muzik dengan lebih dekat lagi.
Aizat bakal mempersembahkan 16 buah lagi yang diambil daripada kedua-dua albumnya seperti "Lagu Kita", "Susun Silang Kata", "Pergi", "Kau Aku" dan banyak lagi. Malah Aizat bakal bergandingan dengan DJ Fuzz untuk beberapa buah lagu.
Kepada peminat yang ingin menonton Aizat secara dekat, bolehlah mendapatkan tiket yang dijual dengan harga RM50. Walaubagaimanapun tiket harga promosi RM35 boleh dibeli di laman web rasmi Aizat atau telefon saja Kasi Gegar Entertainment di 03 - 42707020 untuk maklumat lanjut.