Masuk minggu ini sudah minggu ketiga bagi filem "Hantu Kak Limah Balik Rumah"(HKLBR) di tayangkan di pawagam. Berita terbaru yang Tupai dengar, khabarnya HKLBR telah mengutip sebanyak enam juta.
Wow...satu angkat yang hebat. Bukan calang - calang filem yang boleh mengutip dan bukan senang untuk mencapai ke tahap jumlah sebanyak itu. Tupai di fahamkan ada setengah peminat sudah tengok filem ini berulang - ulang kali. Kalau sampai macam itu sekali memang ternyata filem ini best.
Jadi kepada sesiapa yang belum menonton lagi filem arahan Mamat khalid ini cepat-cepat tempah tiket. Di fahamkan juga setiap tayangan full house. HKLBR akan mengganas di pawagam sampai minggu depan. Apa lagi cepat pergi ke pawagam tengok filem ini. Kalau terlepas menyesal tak sudah.
"Hantu Kak Limah Balik Rumah" di bintangi oleh pelakon - pelakon hebat seperti Awie, Umi Nazirah, Johan Raja Lawak, Shy8 dan ramai lagi. Sebelum itu apakata layan dulu video klip "Hantu Kak Limah Balik Rumah". Lagu "Cinta Kristal" nyanyian Awie. Enjoy..

