Artis Korea Serang Malaysia Januari 2011

Posted by TUPAI

Berita baik untuk semua terutama kepada peminat - peminat muzik Korea. Syarikat telekomunikasi, Digi Telecommunications bakal menganjurkan satu acara hiburan iaitu 'Parti DiGi Live K-pop 2011' yang bakal menampilkan artis - artis terkenal Korea seperti Beast, 4Minute dan G.Na untuk pelanggan setianya. 'Parti DiGi Live K-pop 2011' akan di adakan pada 13 Januari 2011, di Stadium Negara, Kuala Lumpur. 'Parti DiGi Live K-pop 2011'  ialah acara hiburan yang akan membariskan atrtis -artis ternama Korea yang akan beraksi secara berterusan (back-to-back) di satu pentas pada malam yang sama.

Menurut Ketua Segmen Pemasaran DiGi, Moharmustaqeem Mohamad berkata, Parti tersebut diadakan adalah untuk menghargai pelanggan prabayar dan pascabayar yang secara eksklusif melanggan perkhidmatan DiGiMusic Pluz. Konsert yang berdurasi tiga jam akan bermula pada pukul 8 malam.G.Na, Beast dan 4Minute, masing akan menyanyikan lagu hit dan single terbaru dari album mini mereka iaitu Mastermind (Beast), Muzik (4Minute) dan Supa Solo (G.Na). Setiap artis akan membuat persembahan selama 30 hingga 40 minit.

Kepada pelanggan DiGiMusic Pluz berpeluang menghadiri sesi ramah mersa bersama artis dan menghadiri konsert. Wow..Bestnya. Bukan itu saja, setiap pelanggan DiGiMusic Pluz yang bertuah juga berpeluang untuk menyertai kumpulan peminat bagi mengalu-galukan kedatangan artis-artis pujaan ramai.

Lagi istimewanya, 50 pelanggan pertama servis yang memuat turun paling banyak nada dering sebelum 2 Januari tahun depan akan berpeluang beramah mesra dengan artis Korea pujaan anda dan berpeluang mengikuti rakaman tarian secara langsung yang dihoskan oleh Hitz TV. Memang hebat...Jadi apa tunggu lagi cepat-cepat lah memuat turun nada dering kesukaan anda banyak-banyak supaya anda dapat berjumpa dengan Beast, 4Minute dan G.Na.

4Minute

Beast 

, , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook