Saya Tak Tahu Wujudnya Kontroversi Itu - Remy Ishak

Posted by TUPAI

Sebut sahaja teater Natrah pasti ramai yang tahu tentang kontroversi yang melanda teater tersebut. Bahkan untuk pementasan Natrah yang kedua juga telah mencetuskan kontroversi disaat -saat akhir pementasan teater akan mula dipersembahkan kepada orang ramai.

Seminggu sebelum pementasan teater Natrah musim kedua dipentaskan, sang pengarah Erma Fatima telah menimbulkan kontroversi dengan menarik diri dari mengarahkan teater tersebut.

Kesempatan bertemu dengan Remy Ishak yang merupakan Hero dalam teater Natrah untuk bertanya tentang kontroversi yang tercetus, Remy menjawab, "Saya sebenarnya tidak tahu tentang kontroversi tersebut kerana saya sibuk dengan kerja saya. Sampai satu masa diaorang menelefon saya minta untuk datang pada sidang media Kak Erma kembali mengarahkan Natrah baru saya tahu wujudnya kontroversi ini.

Itupun saya terfikir juga masa bila pula Kak Erma menarik diri dari mengarah Natrah". Katanya ketika ditemui selepas habis pementasan teater Natrah di Istana Budaya malam semalam.

Bertanya tentang watak Remy sebagai Mansor Adabi dalam Natrah kedua ini, dia membalas "Bila diberi peluang kali kedua untuk membawakan watak tersebut saya akan memberikan yang terbaik dari yang tahun lepas. Dari segi skrip masih sama, perkembangan watak pun tidak ada, cuma dari pandangan peribadi saya olahan cerita lebih kemas.

Selain Remy, teater tersebut turut dibintangi oleh Maya Karin, Umie Aida, Datin Sofia Jane, Liana Jasmay, Nabila Huda, Aaron Aziz, Fizz Fairuz dan ramai lagi. Teater Natrah akan mula dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula pada 25 November 2010 sehingga 5 Disember 2010.



, , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook