Johan: "Saya Bukan Pelawak, Cuma Penghibur"

Posted by TUPAI


Johan Raja Lawak, satu nama yang semakin meningkat naik ketika ini. Seorang pelakon, pelawak dan juga pengacara ini semakin banyak mendapat tawaran dalam bidang lakonan dan rancangan televisyen. Bermula sebagai seorang peserta dalam rancangan Raja Lawak, Johan telah mengembangkan sayap ke bidang lakonan dalam beberapa filem seperti Hantu Mak Limah Balik Rumah dan terbaru yang masih dalam penggambaran ialah Bujang Terlajak. Pengacara yang kerap kali digandingkan dengan Zizan, mempunyai cara yang sendiri dalam membuat penonton ketawa. Walaupun diulit beberapa kontroversi, Johan tetap berada dalam landasannya tersendiri.

Dalam temubual ekslusif di set lokasi filem Bujang Terlajak arahan Prof Razak Mohaideen  yang lepas, Johan telah menceritakan tentang filem Bujang Terlajak, pengalaman serta kisah setelah bergelar penghibur. Tambahnya lagi tidak senang untuk menjadi seorang penghibur, memerlukan skil dan latihan untuk membuatkan orang ketawa. Selain dari Johan Raja Lawak, Bujang Terlajak turut dibintangi oleh Saiful Apek, Nabil dan Fazura.

Mari ikuti temubual ekslusif bersama Team Tupai!

Boleh Johan ceritakan sedikit tentang watak di dalam cerita Bujang Terlajak ini?
Dalam cerita Bujang Terlajak, saya memegang watak sebagai Johan, nama saya sendiri yang berpura-pura menjadi orang kurang upaya untuk memikat Puteri(Fazura). Tetapi di saing hebat oleh kawan Johan, iaitu Apek dengan Nabil. Seorang menjadi pekak, buta dan bisu.

Bagaimana Johan rasa apabila dapat bekerja bersama Apek, Nabil dan Fazura dalam Bujang Terlajak?
Apek dan Nabil gila-gila dan memudahkan saya berkomunikasi dengan mereka. Selalu juga buat rehearsal untuk mendapatkan keserasian.

Johan sudah dua kali berlakon di bawah arahan Prof Razak, bagaimana rasanya berlakon dibawah arahan Prof?
Prof senang dibawa berbincang, jika ada apa-apa saya akan bertanya dan menunggu arahan dari dia. Dia juga selalu "give and take", jadi kami sama-sama memahami antara satu dengan yang lain

Dikenali dalam dunia hiburan sebagai pelakon komedi. Adakah Johan tidak teringin mencuba watak yang lebih serius?
Dalam cerita Halimah Jongang saya pernah membawa watak yang serius. Itu satu je la setakat ini. Saya tak kisah watak apa yang diberi, itu tanggungjawab saya tetapi bergantung juga kepada pengarah itu sendiri bagaimana dia membawa ceritanya. Pengarah itu yang memainkan peranan dalam pembentukan watak yang saya pegang.

Dalam karier Johan juga dikenali sebagai pengacara Raja Lawak, apa perkembangan Raja Lawak setakat ini?
Raja Lawak dalam perangcangannya akan bermula dalam bulan Januari tahun depan. Tahun ini akan mencari yang berpotensi tinggi dan kami akan terbang ke Sarawak pada tahun ini. Saya sendiri akan kesana dan melihat sendiri peserta, satu pengalaman yang berlainan dan mencabar kepada saya.

Kalau dilihat realitinya Johan, Zizan dan Nabil sahaja yang menyerlah dari Rancangan Raja Lawak. Mana pergi peserta yang lain?
Sebenarnya mereka ada, mungkin ada peluang bagi mereka cuma mereka tidak mahu ambil peluang yang ada. Kalau di ikutkan saya adalah nombor 3 dan Zizan nombor 2, apabila peluang tu datang saya ambil dan tonjolkan apa yang saya ada.


Adakah Johan puas dengan apa yang dicapai sekarang?
Bagi saya, manusia tidak pernah puas, begitu juga dengan saya. Mungkin sampai ke mati saya tidak akan puas dan inginkan lagi dan lagi. Cuma bagi saya yang sederhana sudah mencukupi, cukup dengan tahap saya sekarang ini.

Apa lagi yang Johan belum capai lagi dalam bidang lakonan?
Apa yang saya nak, pertama sekali adalah cari rezeki untuk keluarga saya. Saya mahu keluarga saya hidup senang dan bahagia. Kalau saya dapat anugerah sekali pun saya tidak boleh gadai anugerah tu.

Sebagai anak saudara kepada Salleh Yaakob, bagaimana perasaan menjadi anak saudara kepada seorang pelawak terkenal?
Bagi saya perasaan tu biasa sahaja. Saya menjadi diri saya dana kalau melihat saya dengan pakcik saya lebih kurang sahaja. Kalau ada orang kata saya macam Salleh Yaakob pun saya tak kisah kerana saya ada pertalian darah dengannya, jika ada yang kata saya macam Apek atau Nabil maksudnya saya dah meniru mereka.

Kalau kita lihat Salleh Yaakob sebagai pelakon,penyanyi,pengacara,pelawak dan juga dj radio, adakah Johan akan jadi seperti beliau?
Bagi saya itu adalah kepelbagaian, pelbagai bakat yang ada pada beliau. Saya rasa saya ada  bakat seperti itu dan saya ingin menjadi seperti itu. Tidak semestinya untuk menghiburkan orang hanya dengan berlawak, banyak juga cara lain yang boleh digunakan untuk menghiburkan orang.

Selain dari filem Bujang Terlajak, ada projek lain tak selepas ini?
Buat masa sekarang program Oh Yeah bersama Afdlin Shaukli. Ada juga Alang Menanti Malang oleh Yob Hitler sebanyak 13 episod dan pada tahun depan ada projek terbaru bersama Afdlin Shauki, Along Bukit Beruntung.

Soalan terakhir, bagaimana Johan membahagikan masa bersama keluarga?
Saya kalau sedang bekerja memang kekurangan masa untuk bersama keluarga dan saya cuba mencari masa yang terluang bersama keluarga. Kalau cuti pun saya akan duduk dirumah bersama dengan anak saya.

Itu sahaja temubual khas kami bersama Johan, nantikan kemunculannya pada tahun hadapan dalam Bujang Terlajak.


, , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook