NGANGKUNG, Komedi Yang Bermesej

Posted by TUPAI

Filem komedi seram, Ngangkung telah keluar dipawagam bermula semalam, 25 November 2010 dengan jayanya. Ngangkung yang di barisi Shaheizy Sam sebagai watak utama memaparkan kisah dalam kehidupan segelintir orang yang inginkan kesenangan dengan jalan yang mudah. Sanggup memuja untuk mendapatkan kesenangan sehingga keluarga menjadi kucar kacir.

Nama Shaheizy Sam sedang meningkat naik setelah Adnan Sempit. Digelar Johny Depp Malaysia, Shaheizy Sam telah berjaya merangkul beberapa anugerah di dalam kariernya. Walaupun semakin mendapat pujian dari pelbagai pihak, Shaheizy Sam masih tidak berpuas hati dan merasakan perjalanannya masih bermula. 
Team Tupai telah berjaya mendapatkan Shaheizy Sam bagi temubual ekslusif bagi filem Ngangkung. Mari kita ikuti bersama!

Shaheizy Sam memegang watak Azim dalam Ngankung. Boleh ceritakan serba sedikit mengenai Ngangkung?
Dalam cerita Ngangkung, saya membawa watak Azim yang tak ceria dan bosan. Watak yang saya bawa ini inginkan pembaharuan dan telah mengikut kawannya bermain judi serta memuja untuk mendapatkan nombor ekor.

Apa perbezaan watak yang dibawa Shaheizy Sam dengan filem yang lepas?
Perbezaan yang paling ketara ialah ciri fizikal watak yang dibawa, contohnya dari segi suara dan perangai. Pada Ngangkung watak saya adalah serius berbanding filem yang lepas.

Dalam pengambaran Ngangkung, apa perkara yang paling susah bagi Sam?
Perkara yang paling susah sekali adalah jarak, jauh dari rumah. Banyak lokasi pengambaran adalah jauh dari rumah. Susah untuk balik ke rumah. Lagi satu ada lokasi-lokasi yang orang kata 'keras', banyak benda yang perlu dijaga.

Jika dilihat jalan cerita Ngangkung berkaitan dengan pemujaan nombor ekor, adakah Sam percaya perkara-perkara macam tu?
Saya percaya benda-benda halus itu ada. Bergantung pada orang, saya sebagai Muslim percaya benda-benda macam ni walaupun saya tak pernah lihat. Pemujaan seperti ini pun masih lagi berlaku sekarang walaupun dunia sudah moden.

Apa yang menarik dalam Ngangkung supaya orang datang menonton di pawagam?
Cerita ini berunsur komedi, terselit juga mesej-mesej yang ada walaupun cerita ini komedi. Cerita mengenai seorang yang menjadi teruk akibat ingin menjadi senang dengan memuja nombor ekor. Boleh dijadikan teladan kepada penonton dalam bentuk komedi.

Berapa lama Sam menceburkan diri dalam dunia seni?
Saya bermula dengan beberapa babak dalam filem, dan beberapa drama. Bermula dari tingkatan 3 saya mendapat tawaran dalam telemovie sehingga kini. Saya malu pada mulanya, kerana masih baru dalam industri seni. Kira-kira dalam 14 tahun sudah saya menceburkan diri dalam dunia seni.

Dalam filem-filem Sam berlakon sebelum ini ada beberapa perkataan yang menjadi ikutan ramai. Adakah Ngangkung juga ada perkataan yang akan diingati penonton?
Seperti Adnan Sempit, ada perkataan yang diingati penonton, sampai sekarang masih lagi diguna. Bagi setiap filem yang saya berlakon ada tag line yang digunakan seperti Kongsi yang akan keluar tahun depan "Lu Langsi, Lu Mati". Bagi Ngangkung pula anda haruslah datang ke pawagam untuk menyaksikan sendiri komedi yang akan anda ingati.

Itu sahaja temubual Team Tupai bersama Shaheizy Sam, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ngangkung boleh la ke pawagam yang berhampiran untuk saksikannya sendiri.

Untuk melihat trailer Ngankung sila klik di sini. 

Shaheizy Sam dalam Ngangkung

, , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook