| Hujan berpayung ketika perlancaran |
Seperti kena dengan nama band ini, hujan turun dengan lebatnya semasa perlancaran album terbaru Hujan, Lonely Soldier Boy di pusat membeli belah, Times Square. Walaupun hujan turun dengan lebatnya, ini tidak membantutkan majlis perlancaran album baru mereka.
Kumpulan yang membawa pulang dua trofi di AIM untuk kategori Album Rock Terbaik dan Lagu Rock Terbaik ini hadir dengan 14 buah lagu,dengan 10 daripadanya adalah lagu baru didalam album terbaru mereka, antaranya ialah Inspektor Remos, Kita Tidak Peduli, Bagaikan Matahari dan Kasihan.
Melihatkan kulit album Lonely Soldier Boy yang berunsurkan kartun yang di inspirasi dari kartun jepun tahun 80 an, album terbaru dari mereka nyata membawa sedikit kelainan dari yang lepas. Di majlis perlancaran semalam juga turut ditayangkan klip video bagi lagu terbaru mereka, Muda.
Selesai majlis perlancaran album Lonely Soldier Boy, Hujan persembahan showcase untuk peminat-peminat. Beberapa rakan artis yang turut hadir semasa persembahan showcase mereka antaranya ialah Aizat Af, Jayzuan, Dina, dan beberapa lagi artis lain. Sebanyak lapan lagu telah disampaikan dengan bertenaga dan diakhiri dengan sesi bertemu peminat.

