Awie sambut hari jadi di malam gala HKLBR

Posted by TUPAI

Kejutan buat Awie yang menyambut hari lahir ke-42 pada 24 November
Penyanyi rock dan pelakon Awie tidak menyangka menerima kejutan apabila menghadiri malam gala "Hantu Kak Limah Balik Rumah" (HKLBR) yang diadakan di TGV Wangsa Walk semalam. Mencecah usia 42 tahun hari ini, kejutan sambutan hari jadi itu telah dirancang oleh krew Tayangan Unggul

Berbalik kepada HKLBR, anda ingat lagi filem "Zombie Kampung Pisang" arahan Mamat Khalid? Haa, pada tahun ini kisah di Kampung Pisang kembali lagi! Namun kali ini bukan zombie yang datang menyerang, tetapi hantu Kak Limah yang bikin huru-hara di Kampung Pisang!

Filem sekuel "Zombie Kampung Pisang" ini mengisahkan Husin (Awie) pulang ke Kampung Pisang setelah sekian lama membawa diri ke Singapura. Sampainya di rumah, dia telah diganggu oleh hantu Kak Limah (Delimawati) yang merupakan jirannya. Maka gempar satu Kampung Pisang tentang hantu Kak Limah yang mengganggu hidup mereka. Segala jenis bomoh telah dipanggil untuk menghalau hantu Kak Limah tetapi tidak berjaya.

Bakal ditayangkan di pawagam pada 9 Disember 2010, pengarah Mamat Khalid memberitahu kemungkinan bakal ada sekuel daripada filem ini.

Selain daripada Awie dan Mamat Khalid, malam gala HKLBR turut dihadiri oleh penerbit Gayathri Su-Lin Pillai, Pekin, Johan Raja Lawak, Farid Kamil, Ahmad Idham dan ramai lagi.

HKLBR turut dibintangi oleh Ummi Nazeera, Avaa Vanja, Delimawati, Zami Ismail, Sofi Jikan, Johan Raja Lawak dan Pekin.

Mamat Khalid
Farid Kamil turut hadir menyokong filem ini
Johan hadir bersama isteri, Ozlyn
Apa yang kelakar sangat perkara yang disembang oleh Mamat Khalid dan Ahmad Idham?
Ketika sidang media
Shy8 melakonkan watak lembut
Pyanhabib dan isteri
Awie, hero "Hantu Kak Limah Balik Rumah"

, , , , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook