Fenomena SEARCH & WINGS Kembali

Posted by TUPAI

Selepas kejayaan dua siri konsert yang berlangsung di Kuala Lumpur dan Johor Bahru pada pertengahan tahun 2010, dua gergasi rock negara, Search dan Wings akan kembali mengegarkan  pentas menerusi dua siri konsert Double Trouble iaitu "DiGi Live : Konsert Gemuruh DT Search & Wings" yang dibawakan secara ekslusif oleh RYE Productions Sdn. Bhd. dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terkenal, DiGi Telecommunications Sdn Bhd.

Dua siri konsert tersebut akan diadakan di utara tanah air bertempat di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 18 Disember dan Surf Beach, Sunway Lagoon pada 25 Disember 2010.

Search dan Wings akan mendendangkan rangkaian lagu-lagu popular mereka yang telah menjadi pujaan peminat sejak sekian lama dalam konsert yang dijangka berlangsung selama dua jam itu. 

Antara lagu akan dipersembahkan oleh Search adalah Fantasia Bulan Madu, Isabella, Pawana, Fenomena, Meniti Titian Usang, Opera Hidup, Derap Komando dan banyak lagi. Sementara Wings pula akan tampil dengan lagu-lagu popular mereka seperti Pentas Opera, Peronda Jaket Biru, Rock 'n' Roll Lu Punya Suka, Sejati, Taman Rashidah Utama dan Bernafas Dalam Lumpur. 

Kepada peminat dua kumpulan gergasi rock ini jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket konsert tersebut. Harga tiket masih kekal iaitu RM70.

Search 
Wings 

, , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook