Sedih Dalam Kegembiraan

Posted by TUPAI

Saat namanya di umum sebagai pengarah terbaik, hanya titisan air mata yang mengiringi langkahnya untuk mengambil trofi yang menjadi rebutan ramai pengarah di Malaysia. Ternyata segala pengorbanan dan penat lelah yang  di lalui oleh Syamsul Yusof telah membuah hasil dengan memiliki kemenangan yang penuh bermakna.

"Saya rasa sebak sangat di atas kemenangan pada malam ini, walaupun saya banyak membuat kesilapan dalam hidup tetapi Allah masih lagi permudahkan apa yang saya nak buat dan apa yang saya buat pula, telah menjadi. Tapi, saya memang tidak menyangka langsung bahawa kemenangan ini akan berpihat kepada saya. Bohonglah, kalau saya katakan saya tidak mahukan kemenangan ini. Memenangi anugerah ini adalah impian setiap pengarah.

"Namun, Banyak lagi pengarah di luar sana yang hebat- hebat termasuk yang tidak bertanding. Saya mengjangkakan  Pengarah Filem Terbaik akan dimenangi oleh Jason Chong (Belukar) atau Mamat Khalid (Estet). Pada awalnya saya rasa Mamat Khalid yang akan menang sebab setiap filem yang dihasilkan olehnya mempunyai kelainan. Sukar untuk meneka apa yang dia akan buat dalam filemnya yang seterusnya. Saya rasa dia layak untuk menang tapi mungkin telah tertulis malam ini rezeki memihak kepada saya.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa dan semua rakan-rakan yang telah banyak menyokong saya selama ini. Jasa dan pengorbanan mereka tak dapat dibalas dengan kata-kata. Lebih-lebih lagi ayah saya. Kalau dia tak pushed saya, saya mungkin tidak akan ada disini seperti mana yang anda lihat hari ini, " katanya yang ditemui di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Bercerita tentang perancangan masa depannya, Syamsul mengakui dalam fikirannya sekarang ini sudah ada beberapa idea untuk mengarah filem baru. Syamsul juga menyatakan akan mengarah empat filem dalam setahun bermula tahun depan.

"Sudah sampai masanya untuk saya lebih produktif. Dulu sasaran saya tiga filem setahun, tapi kali ini saya ingin hasilkan empat filem setahun. Saya yakin boleh lakukannya jika berusaha lebih kuat lagi. Sekarang saya sudah mempunyai beberapa idea untuk filem terbaru. Saya akan buat filem 'Bukit Kepong'. Saya tahu ini bukan kerja mudah dan prosesnya mengambil masa yang panjang tetapi saya positif. Dengan bantuan pelbagai pihak seperti Finas, filem ini pasti boleh dihasilkan dengan baik," ujar Syamsul.

Di dalam kegembiraan meraikan kemenangannya, pemuda yang berusia 26 tahun ini baru saja kehilangan datuk tersayang, Haji Ismail bin Mustafa jam 3.00 pagi semalam di Hospital Pakar KPJ Selangor akibat serangan jantung. Walau bagaimanapun, arwah sempat menyaksikan kejayaan cucu tersayangnya di kaca televisyen.


Reaksi Syamsul ketika di atas pentas 

, , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook