Ahhh, nampaknya pelakon yang menjadi pujaan ramai wanita, Robert Pattinson telah menolak tawaran daripada syarikat rakaman milik juri "American Idol", Simon Cowell untuk menjadi seorang penyanyi.
Dipetik melalui Sun daripada Britain, Pattinson merasakan Cowell sememangnya seorang lelaki yang bijak kerana dia 'mencipta' artis yang akan disukai ramai, namun tetap merasakan Cowell mampu melancarkan karier nyanyiannya.
"Saya seorang yang sangat mementingkan muzik saya. Saya akan mengambil gitar dan mainkan apa sahaja yang saya suka. Masalahnya saya tidak rasa ramai yang akan turut menyukainya," kata Pattinson.
Kepada peminat pelakon "Twilight", adakah anda akan membeli album Pattinson sekiranya ia berada di pasaran?


