Kontroversi terbaru yang dicetuskan oleh mereka adalah kisah mereka dilihat berpegangan tangan pada acara Motor GP di Sepang , Selangor pada 10 Oktober lalu.
Yang membuatkan Cik Ratu Kebaya pening kepala sekarang pelakon kecil manis Tiz tidak mengaku memegang tangan Remy, sedangkan pelakon lelaki itu mengesahkan mereka ada berbuat demikian. Kenyataan penafian Tiz kononya dia berpegangan tangan dengan Remy Ishak telah disiarkan dalam sebuah akhbar baru-baru ini.
Inilah pengakuan Remy Ishak, "Saya akui yang kami berpegangan tangan pada waktu itu. Tetapi bukan sebagai sepasang kekasih. Tiz sekadar seorang kawan.
"Lagipun kami ke acara itu beramai-ramai di mana pada waktu itu keadaannya agak sesak dan masing-masing memegang tangan sesama sendiri.
"Pada saya, ia adalah satu gosip yang cuba menjatuhkan karier saya dan ditokok tambah," tegasnya.

