Anda nak jadi RAJA LAWAK?

Posted by TUPAI

Anda pandai melawak? Mampu membuat orang ramai ketawa dengan lawak jenaka anda? Bagus! Mungkin anda lah yang dicari-cari oleh "Raja Lawak". Rancangan realiti televisyen popular yang sudah memasuki musim kelima ini sedang rancak menjalankan uji bakat. Destinasi berikutnya adalah di Go Down Theatherette, Kucing Waterfront, Sarawak pada 30 dan 31 Oktober 2010 dan terakhir adalah di The Mall, Kuala Lumpur pada 6 dan 7 November 2010.

Kepada mereka yang berminat, anda haruslah berumur 18 tahun ke atas dan seorang warganegara Malaysia. Salah satu kriteria yang diperlukan adalah anda mesti mempunyai minat dan bakat di dalam bidang komedi. Iya lah, kalau tak macamana nak jadi the next "Raja Lawak" kan? Mereka yang menghadiri uji bakat ini akan membuat persembahan pentas secara spontan di hadapan juri dalam tempoh maksimum tiga minit. Anda boleh membuat persembahan solo atau berkumpulan tidak melebihi tiga orang.

Jadi, adakah anda the next "Raja Lawak"?

Sekitar uji bakat di Kota Kinabalu, Sabah


Afdlin Shauki jadi juri

Johan dan Zizan masih lagi dikekalkan sebagai pengacara "Raja Lawak"

, , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook