| Antara barisan pelakon "Suatu Ketika... Akinabalu" |
Dalam loghat Dusun, "Akinabalu" sebenarnya bermaksud 'gunung nenek moyang'. Mungkin ramai yang tidak tahu atau menganggap ia perkara kecil dalam sejarah kita namun peristiwa Perang Dunia kedua yang berlaku antara 1943-1945 terus menghantui keluarga enam orang askar yang hampir terkorban. Sepanjang tempoh tersebut, Kawad Maut Sandakan-Ranau telah mengorbankan 2,428 tawanan perang tentera Kuasa Bersekutu.
Bagi mereka yang kurang tahu mengenai peristiwa ini, anda bolehlah menonton di Astro Citra apabila ia ditayangkan pada November akan datang. "Suatu Ketika... Akinabalu" menceritakan penderitaan yang ditanggung oleh enam askar berani mati dalam versi cereka berdasarkan kejadian sebenar itu.
| Pengarah "Suatu Ketika... Akinabalu", Khabir Bhatia |
Selepas peperangan Singapura pada tahun 1942, tawanan perang Australia dan British telah dihantar ke Utara Borneo untuk dikerahkan membina landasan terbang tentera dan kem tawanan perang di Sandakan. Oleh kerana tidak diberikan makanan dan rawatan perubatan sewajarnya, bilangan tawanan semakin berkurangan dan mereka yang masih hidup terlalu lemah untuk meneruskan kerja pembinaan. Kecewa dengan hasil kerja mereka, komanden kem, Kapten Hoshijima Susumu mengeluarkan perintah untuk menembak mati baki tawanan yang masih hidup. Walaubagaimanapun enam askar British telah berjaya melarikan diri dari Ranau.
"Suatu Ketika... Akinabalu" dilakonkan oleh Dira Abu Zahar, Gavin Stenhouse, Aaron Aziz dan Munif Isa. Siri pendek lapan episod ini yang diarahkan oleh Khabir Bhatia akan ditayangkan di Astro Citra (Saluran 131), setiap hari Ahad bermula 7 November 2010 pada jam 9.00 malam.

