Nak beli tiket tengok filem 2 ALAM pada 18 November ini?
 |
| Tiket tayangan perdana 2 ALAM ketika pelancaran Filem Festival Malaysia ke 23 di e@Curve |
Toksah! Beli sahaja album CD-nya!
 |
Ada lagu Ramli Sarip dan Amy Search!
Anda mungkin tertanya-tanya - KENAPA?
Senang sahaja jawapannya: filem 2 ALAM ini sebenarnya suatu music video lagu Ramli Sarip
dan Amy Search yang panjangnya 86 minit!
|
 |
| DDR: "Ya bagusss!!" |
Dalam riuh-rendah siulan sindir pihak media di tayangan perdana filem 2 ALAM ketika pelancaran Festival Filem Malaysia ke-23 yang telah berlangsung minggu lepas di e@Curve, tenyata segala promosi bagi drama keluaran usahawan MLM Che Rozmey Che Din ini memang wajar diwajibkan - apa tidaknya, filem ini dilanyak habis-habisan oleh rata-rata semua wartawan yang hadir! Dengan skrip dan lakon layar yang dikreditkan kepada Imran Ismail (orang yang sama di sebalik filem JALANG tahun lepas), pengalaman menonton filem 2 ALAM ini boleh dikatakan sangat payah dan menjengkelkan, lebih-lebih lagi apabila beberapa babak
out-of-focus yang mengesahkan
production values yang hancur! Indah khabar dari rupa. Memang ada banyak lagi filem yang lagi teruk daripada 2 ALAM namun tindakan "syok sendiri" oleh pihak pengeluar filem dengan menjulung filem ini setinggi-tingginya (RM 40 juta sasarannya!) betul-betul telah mencetuskan kesahihan dua alam yang diperkatakan itu - alam realiti dan alam fantasi!
2 ALAM: Tontonlah di panggung 18 November ini kalau tak percaya!