Keseluruhan: 2.5
Plot: 3
Lakonan: 3
Efek Khas: 3.5
Sinematografi: 4
Tonton filem ini jika anda suka: "Tiran Mati Kemaren", "The Ring", "Ring O", "Nang Nak",
"Sundel Bolong"
"Tiran Mati Di Ranjang" adalah sebuah filem yang dilakonkan oleh Dewi Perssik, Indra L. Bruggman, Ayu Dewi dan Zuzana Chang. Mengisahkan tentang bagaimana seorang wanita yang sedang bertarung nyawa untuk bersalin cuba untuk menelefon suaminya Pak Dayat yang sedang berseronok melayan bahtera asmara bersama perempuan lain. Akibat oleh itu, wanita tersebut pun meninggal dunia diatas katil dirumahnya. Pak Dayat pulang ke rumah dan mendapati yang isterinya sudah tidak bernyawa lagi dengan mempunyai kesan darah mengalir di kakinya. Pak Dayat panik lantas membungkus mayat isterinya dan mengerat tubuhnya kepada beberapa bahagian dan disimpannya di dalam sebuah beg didalam stor di rumahnya.
Katil dan tilam yang mempunyai kesan darah isterinya juga dibungkus dan disimpan di dalam stor sehinggalah pada suatu hari Lisye, tauke sebuah kedai perabot ingin membeli perabot terpakai darinya. Pelbagai kejadian aneh berlaku apabila katil dan tilam tersebut dibeli oleh sepasang suami isteri Sussan (Dewi Perssik) dan Odie (Indra L. Bruggman) yang baru sahaja mendirikan rumah tangga yang juga berjiran dengan Lisye. Sussan yang sedang hamil 3 bulan seakan-akan telah dirasuk oleh hantu dari katil tersebut sehinggakan perangainya juga telah berubah. Hantu dari katil tersebut bangkit untuk membalas dendam terhadap semua termasuklah Pak Dayat dengan menggunakan tubuh Sussan sebagai pengantaranya.
Penulis merasakan yang filem ini mempunyai sebuah jalan cerita yang menarik dan typical, sama seperti filem-filem seram dari Indonesia dan Barat yang lain, motif utama hantunya adalah untuk membalas dendam. Terdapat juga sebuah adegan mengingatkan penulis kepada filem seram "Ring O" dan sebuah lagi filem seram Jepun suatu ketika dulu dimana penglibatan hantunya yang menggunakan teknologi seperti televisyen dan telefon bimbit untuk menakut-nakutkan mangsanya. Penulis merasakan tidak ada originality didalam filem ini tatkala menonton part tersebut. Mungkinkah pengarah Arie Azis merasakan jika memasukkan adegan tersebut dapat mengembalikan nostalgia filem-filem Barat yang pernah meletup pada masa dulu?
Kehadiran seorang hantu kanak-kanak perempuan yang sering mengacau pasangan suami isteri itu juga seolah-olah seperti tidak ada motifnya. Ini kerana jika dilihat dari sejarah awal permulaan filem ini, tidak ada pula menunjukkan yang hantu atau Pak Dayat mempunyai seorang anak perempuan yang perlu difokus didalam filem ini. Cukuplah dengan kehadiran seorang hantu yang ingin membalas dendam terhadap perbuatan suaminya itu supaya tidak diover-shadow oleh hantu kanak-kanak perempuan tersebut.
Apa-apa pun, filem ini hanya mampu untuk menghiasi industri filem seram di Indonesia sahaja selain dari menyajikan beberapa adegan lucah di ranjang!