Keseluruhan: 2.5
Plot: 2
Lakonan: 2.5
Efek Khas: 3.5
Sinematografi: 2.5
Tonton filem ini jika anda suka: "Jangan Pandang Belakang Congkak", "Congkak"
Kalau dah genre sebuah lagi filem terbitan MIG Production ini iaitu komedi seram, MisS SaKurA dok ingat satu benda saja, boleh ke jual kat Malaysia ni? Tapi bila dah saksikan filem ini semasa di majlis pra-tontonnya khas buat media, ternyata filem ini mampu disajikan buat pengunjung-pengunjung pawagam terutamanya yang yang berbangsa Melayu.
MisS SaKurA bukan nak cakap apa, cara penyampaian komedi yang agak ringan ini tidaklah memeningkan kepala sangat, itu pasal MisS SaKurA cakap di awal perenggan tadi yang mungkin filem ini disajikan khusus buat pengunjung pawagam yang berbangsa Melayu berikutan dengan lawak yang disampaikan itu, sekadar boleh ditonton gitu-gitu saja. Susah sikit nak buat at least 1 atau 2 babak yang melekat dekat kepala MisS SaKurA untuk diingat-ingat selepas keluar dari panggung tersebut.
"Jangan Pandang Belakang Congkak 2" atau "JPBC2" adalah sebuah kesinambungan dari filem pertama arahan Ahmad Idham iaitu "Jangan Pandang Belakang" yang mengisahkan tentang sebuah congkak yang diwarisi oleh 3 sepupu yang diperturunkan oleh datuk mereka. Disebabkan oleh badi hantu atau saka yang ada di dalam congkak tersebut, mereka dihantui oleh mimpi buruk setiap malam dan gangguan makhluk halus sehinggalah mereka terpaksa meminta bantuan dari seorang bomoh yang berada di Utara Malaysia.
Terasa seperti tidak cukup seri pula bila Shaheizy Sam tidak muncul didalam sekuel kedua ini, kononnya beliau sudah pun melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Walaupun tidak cukup seri, kemunculan Nora Danish sebagai anak kepada bomoh (Wak Ketari lakonan Bob Kuman) yang memberikan bantuan terhadap Punai (Mazlan Pet Pet) dan Asmat (Cat Farish) telah menyerikan lagi filem "JPBC2" ini. Kalau tidak ada Nora Danish, memang hambar sedikit lah cerita komedi seram ini.
Terdapat juga nilai-nilai muzikal yang diterapkan didalam filem ini, siap ada satu babak itu dah nampak macam buat video klip pula oleh Cat Farish, terasa ianya agak draggy juga. Mungkinkah sekuel ketiga (kalau ada) sang pengarah kita nak buat filem ini dalam bentuk muzikal setelah ditest-marketkan didalam "JPBC2"?

