Keseluruhan: 4
Plot: 4
Lakonan: 4
Efek Khas: 3.5
Sinematografi: 4
Tonton filem ini jika anda suka: "Julie And Julia", "Under The Tuscan Sun"
Sebuah filem yang diadaptasikan oleh sebuah novel hebat "Eat, Pray, Love: One Woman's Search for Everything Across Italy, India and Indonesia", filem ini sememangnya menggarit cukup perhatian, mungkin kerana kolaborasi yang dilengkapi oleh pengarah Ryan Murphy ("Running With Scissors", Glee") dan pelakon utama Julia Roberts ("Closer, "Valentine's Day") buat julung kalinya. Tidak cukup dengan itu, kehadiran pelakon Javier Bardem ("No Country For Old Men") dan James Franco ("Date Night"), "Eat Pray Love" nyata memberikan kesan yang cukup mendalam buat peminat novelnya sendiri.
"Eat Pray Love" dimulakan dengan penulis Elizabeth 'Liz' Glibert melawat Bali untuk pertama kalinya. Seorang lelaki telah menilik nasibnya dengan menceritakan bahawa dia akan kecundang didalam hal berkaitan dengan perkahwinan dan kewangan di masa hadapan. Selepas itu, Liz meninggalkan suaminya, mengambil cuti selama setahun dan memulakan sebuah perjalan ke Itali, India dan Indonesia demi mencari erti dan maksud melibatkan pemakanan, sembahyang dan cinta.
Mungkin orang akan melihat watak utama Julia Roberts yang membuatkan filem ini agak seimbang, tetapi sebenarnya watak-watak sampingan didalam filem ini yang banyak membantu dan menyokong dan membuatkan filem ini perlu ditonton sehingga ke penghabisannya. Menariknya, Liz mengucapkan "Terima Kasih" di penghujung filem ini semasa didalam sebuah babak di Bali!