

Nantikan filem terbaru lakonan Denzel Washington berjudul "Unstoppable". Filem bergenre aksi dan seram ini mengisahkan tentang bagaimana Washington yang bekerja sebagai seorang jurutera keretapi didalam misi untuk menahan atau memberhentikan sebuah lokomotif yang bermuatan toksik dari terus menggunakan laluan keretapi biasa dengan kelajuan yang amat tinggi.
"Unstoppable" juga dilakonkan oleh Chris Pine dan Rosario Dawson dan akan memasuki pawagam Malaysia pada 4 November 2010 ini. Jom kita lihat dahulu treler filem "Unstoppable" dibawah ini sekarang!

