

Dengan sukses yang dibawakan oleh Afdlin Shauki menerusi filem "Papadom" arahannya pada tahun lepas, kini filem yang diadaptasikan dari "Papadom" versi Tamil iaitu "Appalam" akan menggamit perasaan semua bapa-bapa tidak lama lagi. "Appalam" dilakonkan oleh Gana Pragasam S/O Sebastian, Raja Ilya , Jaclyn Victor, Haanii Shivraj, Shashi Tharan, Tina, Sharifah Amani, Vassantha Kumaran, Afdlin Shauki dan ramai lagi bakal dipersembahkan dengan lebih emosi dan maksud yang mendalam seperti "Papadom".
Jangan lupa menonton "Appalam yang akan memasuki pawagam di Malaysia pada 26 November 2010 ini. Apa kata kita tonton treler filem yang mengetengahkan pelakon-pelakon hebat ini dahulu dibawah ini!

