Kisah Tun Dr Mahathir Mohamad Di IB

Posted by TUPAI

Digelar sebagai Bapa Pemodenan, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggemparkan dunia politik apabila bertindak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri keempat pada tahun 2003. Sepanjang 22 tahun memegang jawatan tersebut, pelbagai pancaroba yang dilalui oleh beliau.

Teater Muzikal Tun Mahathir yang sudah pun dipentaskan di Istana Budaya bermula 24 September lalu bakal menyaksikan kehidupan Tun Dr. Mahathir semenjak beliau dilahirkan sehinggalah saat beliau membuat keputusan untuk meletak jawatan.

Diarahkan oleh Rosminah Mohd Tahir, Teater Muzikal Tun Mahathir dilakonkan oleh Mohd Shafeiq Shazwan Zamrus (Mahathir ketika kanak-kanak), Zizan Nin (muda), Esma Daniel (dewasa) dan Erra Fazira sebagai Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.


Jadi kepada mereka yang belum lagi menonton teater muzikal ini, cepat-cepatlah ke Istana Budaya. Teater Muzikal Tun Mahathir akan dipentaskan sehingga 4 Oktober 2010 dam tiket boleh dibeli dengan harga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150.








, , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook