Edry belum sedia untuk filem ke-2

Posted by TUPAI

Siapa yang tidak kenal dengan Edry Abdul Halim yang merupakan seorang komposer terkenal yang telah banyak mencipta lagu -lagu hit pada masa kini antaranya "Pakai Buang" nyanyian Stacy. Dengan berbekalkan kebolehan dalam mencipta lagu Edry mengorak langkah dengan menjadi pengarah dalam filem terbaru keluaran KRU Studio iaitu filem "Magika". Berbanding dengan abangnya, Yusry yang berpengalaman dalam bidang pengarahan, filem "Magika" ini merupakan filem pertama arahan Edry. 

Jom Ikuti temu bual bersama Edry Abdul Halim.

Pertama sekali Tahniah kerana penghasilan Filem pertama arahan anda "Magika".  
Kenapa Edry memilih filem bergenre muzikal sebagai filem arahan Edry yang pertama?
Setelah lama tersangkut dalam bidang muzik, semestinya kita mahukan sesuatu kelainan. Saya memilih muzikal kerana muzik adalah kelebihan yang saya ada. Bagi saya, untuk seseorang itu membuat muzikal ia perlu tahu latar belakang muzik, dari segi screenplay, tahu bagaimana untuk mengalunkan screenplay, saya rasa saya mempunyai kelebihan dekat situ. Itu sebab saya pilih muzikal sebagai filem pertama saya.

Semua tahu Edry merupakan seorang komposer, dari mana Edry mendapat idea untuk menerbitkan filem muzikal ini?
Terima Kasih. Dari segi Idea, ia sedikit sebanyak tak lari dari kisah adik beradik sebenarnya ia berkisahkan KRU sendiri. Kadang kala kita menghadapi masalah dalam hidup, apabila kita bersatu ia dapat menghadapi segala masalah. Selepas saya mempunyai anak, saya dapat rasa perasaan anak-anak itu sendiri. Filem ini berkisahkan tentang keluarga sebenarnya. Idea itu sendiri berdasarkan tentang kehidupan.

Sebagai pengarah sudah berapa banyak kali Edry tengok filem ini? U puas tak dengan produk akhir ini sebelum ditayangkan?
Saya dah tengok filem ini sebanyak 157 kali. Dari segi kepuasan kreatif, terus terang saya rasa tak boleh jadi lebih baik dari ini. Bagi saya sebelum di tayangkan di panggung, saya dah puas hati, tak kiralah sama ada kutipan RM sejuta ke atau RM 10 juta ke tak akan berubah bagi saya ia sebuah filem yang bagus, saya tidak kejar semua itu tapi kalau dapat, satu bonus untuk saya.

Kalau dilihat barisan pelakon semuanya mantap-mantap, Bagaimana Edry mendapat idea untuk gabungkan nama-nama besar tersebut dalam filem ini?
Waktu saya buat skrip bersama dengan teman saya Amir, tiap-tiap karakter kita dah tahu siapa yang sesuai untuk memegang watak tersebut.

Adakah Edry yang memilih sendiri barisan pelakon?
Ya, saya yang pilih dan itu adalah pilihan pertama dan terakhir saya. Tidak ada pilihan kedua.

Susah tak untuk berkerjasama dengan mereka semua?
Saya rasa bertuah kerana semuanya adalah kawan-kawan saya dan senang untuk berunding dengan mereka. Bila di lokasi pula, macam lepak dengan kawan daripada bekerja. semuanya seronok macam tak payah buat kerja. Tidak ada siapa yang berlagak diva semuanya ok dan senang, itu yang membuatkan seronok bekerja dengan mereka semua.



Berapa lama masa yang Edry ambil untuk menghasikan skrip dan lagu?
Saya ambil masa tiga bulan untuk lagu dan sebulan saya ambil untuk mengemaskini skrip.

Apa yang membuatkan filem Magika ini lain dari filem muzikal yang lain?
Kalau dilhat filem P.Ramlee dialog dia berhenti lepas itu baru nyanyian tapi untuk filem "Magika" saya ambil pendekatan yang mana cuma dialog yang diucapkan secara berterusan tanpa henti dan dialunkan secara nyanyian.

Apa cabaran yang dihadapi sepanjang proses pembikinan filem ini?
Cabaran ketika penggambaran adalah hujan kerana pada masa itu adalah musim hujan. Cabaran dari segi sudut nak menjadikan sesuatu babak, contoh babak gaduh, saya lukis pergerakan untuk babak tersebut bila sudah siap lukis, saya toleh belakang semua pelakon aneh dan keliru, tidak tahu apa yang akan terjadi tapi nasib baik mereka berusaha dan memberi kerjasama itu yang buatkan babak tersebut jadi.


Dari Segi teknikal, Adakah Edry berpuas hati?
Ya, saya berpuas hati dan saya rasa ia datang sebagai satu pakej. Para pelakon yang berbakat, kesan khas yang bagus dan tenaga kerja yang bagus. Ia bagikan satu "Magika" kalau salah satu tidak ada ia tidak akan menjadi "Magika". Saya rasa gabungan ini yang membuatkan filem ini istimewa.

Apa komen yang Edry terima dari Norman dan Yusry. Terutama dari Yusry yang sebelum ini pernah menghasilkan beberapa buah filem?
Mereka kagum. Untuk filem ini banyak imaginasi. Bila mereka tahu saya boleh uruskan sendiri, mereka sudah mula lepaskan tangan. Saya rasa kebebasan itu yang membuatkan saya bebas untuk berkarya.

Anak-anak Edry dah tengok cerita ini?
Mereka sudah tengok dan mereka suka dengan filem ini kerana ia fantasi dan muzik.

Dari segi pasaran pula, Adakah "Magika" akan dipasarkan di luar Malaysia?
Saya rasa sukar kerana cerita saya banyak mengisahkan tentang cerita donggeng kita, mungkin Singapura dan Brunei boleh terima tapi Indonesia, saya dah tanya kawan saya di sana, yang dorang tahu bawang putih bawang merah sahaja. Mungkin aneh bagi dorang kerana karakter-karakter ini adalah dari Malaysia tapi dari sudut cerita mungkin mereka boleh faham. Kita akan pasarkan di Singapura mungkin pada minggu depan atau minggu seterusnya. Indonesia kita belum ada rancangan lagi.

Sudah ada perancangan untuk filem yang seterusnya?
Saya tidak berani cakap lagi, Kita tengok dulu filem ini macam mana sambutannya. Sebenarnya saya tak nak gunakan "Magika" sebagai alasan untuk membuat filem yang kedua. Saya tak nak ada magika dua, kalau ada orang cadangankan pun saya tak nak buat, biarkan "Magika" sampai setakat itu sahaja. Kalau nak buat saya akan buat cerita lain.

Cerita yang bagaimana Edry akan buat?
Saya tetap akan pilih muzikal kerana itu adalah kelebihan yang saya ada mungkin saya akan tukar cerita dari donggeng kepada pop. Saya akan menggunakan lagu-lagu bergenre pop seperti dalam "Hotel Mania".

Akhir sekali apa harapan untuk filem pertama arahan Edry ini? 
Saya berharap filem ini dapat diterima oleh semua orang dan berharap filem "Magika" atau lebih tepat lagi filem bergenre muzikal akan menjadi "tradmark" kepada saya.



, , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook